Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Terasa begitu segar dan mendamaikan.Suasana petang di Pantai Sri Tanjung seakan menggamit setiap kenangan indah.
Kami bergerak menyusuri pantai.Mencari tempat yang lebih sunyi.Jauh dari keriuhan warga tempatan yang sibuk melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan taulan.Akhirnya kami sepakat melabuhkan punggung di atas batu besar tidak jauh dari situ.
Setelah masing-masing menyudahkan kerja di pejabat, Mr Irhan Hadi mengajak ku bersiar-siar di pantai.Pada mulanya aku sedikit keberatan. Tambahan pula aku cuba mengelakkan diri daripadanya.Fikiranku saat ini masih lagi berserabut.Jadi aku tidak sanggup untuk berdepan dengannya.
Terlalu banyak peristiwa yang berlaku.Aku hampir-hampir hilang kawalan.Sesungguhnya aku masih lagi tidak mempunyai jawapan kepada persoalan Mrs Kim tempohari.Siapakah yang harus ku pilih.Irhan Hadi atau family? Betapa sukarnya membuat pilihan.
Malah, ia ditambah pula dengan berita kehamilanku.Demi Allah! Aku sebenarnya sangat terkejut saat itu.Emosiku tiba-tiba sahaja menjadi tidak stabil.Aku belum bersedia untuk menghadapi semua ini.Sememangnya ia sesuatu yang tidak dijangka dan serba tak kena jadinya.
Ah! Perlahan-lahan aku mengusap perut yang masih lagi rata itu.Aku tidak tahu, apa yang harus aku buat.Dalam keadaan ini, patutkah aku gembira?Atau patutkah aku bersedih?Yang pastinya aku masih tetap di dalam delima.
"Pregnant..?", pertanyaan Irhan Hadi yang tiba-tiba itu membuatkan aku tersentak.Aku meneguk liur.Dia pula berkali-kali mengerling ke arahku terutama di bahagian perut.Alamak! Dia tahu ke? Kalau dia tahu, adakah dia gembira? Sepatutnya dia gembira...
Tetapi apabila melihat gayanya, aku tahu yang lelaki itu tidak gembira.Tetapi kenapa? Adakah kerana dia mengetahuinya daripada orang lain?Dia tahu daripada siapa? Ammar Mirza? Mustahil!Lelaki itu sudah berjanji untuk merahsiakannya dan aku juga mempercayainya.
Semenjak dari dalam kereta lagi kami langsung tidak berbicara.Dia asyik dengan pemanduan dan aku pula asyik menghayati pemandangan di kiri dan kanan jalan.Dia nampaknya begitu serious. Tiada langsung senyum yang terukir di wajah itu. Sikapnya yang ini sedikit sebanyak mengingatkan aku kepada Irhan Hadi yang dulu.Wah! Tiba-tiba, meremang bulu roma ku...
"Siapa...?"
Aku mengerutkan kening.
Wajah lelaki yang ku gelar Mr Bos Korea ini ku renung untuk mendapatkan penjelasan.
"Siapa bapanya...?", Suara Irhan Hadi antara dengar dengan tidak.
"What do you means...?"aku sedikit curiga. Macam ada yang tidak kena di situ.Apa maksudnya?
"I'm just asking.Who is the baby's father.Mr Ammar?"
Mataku hampir terbeliak.Apa lelaki ini merepek yang bukan-bukan.Sah,sah! Itu anak awak, Irhan Hadi.Tak kan tak mahu claim...
Aku menarik nafas panjang-panjang.Kemudian melepaskan keluhan yang berat.Entah mengapa aku cukup terasa hati dengan pertanyaan Mr Irhan Hadi.Sepatutnya dia tidak harus bertanya seperti itu.Aku isterinya.Isterinya yang sah!Aku juga teramat mencintainya.Jadi, tergamakkah aku mengandungkan anak orang lain?
"Why don't you answer me, Ara.."
"Apa? Perlukah Ara jawab? Sedangkan pertanyaan abang sudah cukup menggambarkan yang abang sebenarnya tidak pernah mempercayai Ara...",air mataku sudah mula bergenang.
"Abang sekadar bertanya.Tak salahkan? I got a pictures of you with Mr Ammar Mirza.So, abang inginkan penjelasan..."
"Jadi?Abang lebih mempercayai sekeping gambar daripada Ara?!! Mempercayai sesuatu yang bisu dari sesuatu yang boleh berbicara?Begitu?!!!", suaraku sedikit meninggi.Dadaku sudah mula turun naik.Hatiku terasa pedih yang teramat sangat.
Di manakah letaknya kepercayaannya kepada ku?Ah! Air mata ku tumpah jua.
Lelaki itu terkedu.Mungkin dia sendiri tidak menyangka aku akan bersikap seperti itu.
"Ara, I don't mean that..."
"No! You mean it..",saat itu perasaan sedih,geram dan marah sudah menghantui diri.
"Ara, just tell me the truth.That's all.."
Aku mengerling wajah itu tajam.Agaknya ini sebenarnya yang harus aku lakukan.Mungkinkah ini satu petunjuk? Petunjuk yang membawa kepada kepercayaan dalam sesebuah hubungan. Dan dalam hubungan kami berdua, ia langsung tiada makna!
Jadi...adakah aku sudah membuat pilihan?
"Kebenarannya...This baby is not yours!!"
Irhan Hadi terdiam.Kelu lidahnya tidak bersuara. Hanya raut wajahnya yang berubah menahan amarah.
Dan saat itu, aku hanya terbayangkan wajah abah, Along, Angah dan Acu tersenyum menyambut kepulangan ku...
.
Share this novel