BAB 17

Romance Series 16994

Pemandangan di kiri kanan jalan begitu mengasyikkan.Sawah padi yang luas terbentang umpama padang tanpa sempadan.Pasti sejuk setiap mata yang memandang.Ah!Betapa indahnya ciptaan Allah SWT.

Irhan Hadi tidak jemu-jemu memerhatikan sekeliling.Dibiarkan tingkap keretanya terbuka agar angin kampung dapat membelai wajahnya. Terlalu lama rasanya dia tidak merasai suasana seperti itu.Kalau dulu, dia selalu mengikut keluarga angkatnya pulang ke kampung. Suasananya juga lebih kurang sama.Kawasan sawah padi yang serba menghijau.

Di situlah dia berlari berkejar-kejaran di batas bendang. Salah langkah, habis jatuh bersalut lumpur.Disebabkan takut dimarahi bapa angkatnya yang dipanggil Pak Long itu, masing- masing terus terjun ke sungai.Kononnya ingin membersihkan diri.Tut..tut..bapa angkatnya datang.Sudahnya,berbirat betis masing-masing.


Emm.. itulah pengalaman yang tidak mungkin dia lupakan.Semenjak dia berpindah mengikut Mrs Kim, hubungan nya dengan kenalan baik arwah bapanya itu terputus tiba-tiba.Apatah lagi apabila keluarga tersebut berpindah tanpa pengetahuannya.Langsung hilang khabar daripada mereka.


Namun kini, Irhan Hadi telah mendapat khabar gembira.Menurut penyiasat persendirian yang diupahnya, keluarga angkatnya itu telah dijumpai.Dia tanpa berfikir panjang lagi terus bergegas balik ke Malaysia.


Berbekalkan alamat yang diberi, Irhan Hadi menyewa sebiji kereta lalu terus menuju ke destinasi.Dia sebenarnya sengaja merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan setiausahanya, Fariz Adha.Malah, kepulangannya juga tidak diberitahu.


Dia tahu,Fariz Adha kini sedang bercuti di sebuah pusat peranginan tanah tinggi di Negeri Pahang.Sesungguhnya dia bukanlah seorang bos yang terlalu kejam terhadap staff nya.Sudah tentu Irhan Hadi tidak mahu mengganggu privasi juga ketenteraman Fariz Adha.


Fariz Adha... setiausaha peribadi nya itu ada mengatakan bahawa si gadis manis Ara Alana bakal menamatkan zaman bujangnya. Terkejut bukan kepalang dia saat itu.Irhan Hadi akui, gadis itu sudah mempunyai seorang teman istimewa apabila susuk tubuh lelaki itu muncul tempohari.Namun begitu, perkahwinan mereka dirasakan terlalu mengejut oleh Irhan Hadi.


Lama juga dia termenung sendiri selepas mendapat perkhabaran tersebut.Semua yang dibuat serba tak kena.Kata orang, mandi tak basah tidur tak lena.Begitulah diibaratkan kehidupan Irhan Hadi saat itu.Tetapi dia segera bangkit.Perasaan dia terhadap gadis itu masih di peringkat awal.Dia redha.Sudah ditakdirkan mungkin, yang gadis itu bukan miliknya.

"Eh...eh...eh...apa ni...!!",suara itu mengejutkan Irhan Hadi.
Dia sebenarnya hampir melanggar seorang lelaki yang sedang menunggang motosikal.
Matanya segera membulat apabila lelaki yang sudah hilang kawalan itu jatuh ke petak bendang. Habis berlumpur tubuh badannya.Alamak! Apa kau dah buat ni Irhan Hadi...
Cepat-cepat dia turun dari keretanya.

"Are you ok ..?", suara Irhan Hadi sedikit bergetar.
Cemas dia melihat keadaan itu.Tangannya sudah disuakan untuk membantu lelaki yang dianggarkan berusia lebih kurang sama dengannya itu.Lelaki itu kemudiannya memandang Irhan Hadi atas dan bawah.Irhan Hadi meneguk liur.Habislah dia ..

"Ok..ok...aku ok je..", akhirnya huluran tangan Irhan Hadi bersambut jua.
"Sorry, saya tak sengaja.."
"Oo..pandai cakap melayu rupanya..muka cam chinese.. Korean pun ada jugak..",omel lelaki itu sendiri sambil membelek motosikalnya.
"Rosak ke... Sorry, saya memang tak sengaja.Saya akan bayar gantirugi", Irhan Hadi sudah menyeluk poket seluarnya.Dikeluarkan beberapa keping duit berwarna ungu lalu dihulurkan kepada di empunya diri.
"Tak..tak apa...sikit je ni.Lagipun saya pun salah jugak.. saya nak cepat sebenarnya...Ada kecemasan..",lelaki itu menolak dengan baik.

Serba salah pula Irhan Hadi jadinya.
"Err.. Encik nak ke mana sebenarnya?kalau tak keberatan, biar saya sahaja yang hantarkan.."
"Klinik tepi simpang besar tuu...ibu saya pengsan kat rumah.Nak bawa doktor datang...boleh ke..?Tapi, baju kotor ni.."
Oo ..begitu ceritanya.Mudah-mudahan ibu lelaki baik ini dilindungi Allah SWT.
"It's ok.Jom...",kami bergegas menuju ke destinasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience