Ammar Mirza menggeling-gelingkan kepalanya. Dia cukup tidak menyenangi penampilan gadis di hadapannya ini.Rasanya telah banyak kali dia menasihati gadis itu supaya berpakaian sopan terutama ketika berada di tempat awam ataupun restoran seperti ini.Tetapi nampaknya, adiknya itu masih juga belum diberikan hidayah untuk berubah.
Dalam hal ini, dia tidak mahu menyalahkan sesiapa.Dia juga tidak boleh menyalahkan Ameera Hanna seratus peratus.Gadis itu dibesarkan di luar negara dalam keadaan keluarga yang terlalu terbuka.Mungkin kerana itu adiknya menjadi seperti itu.Terpesong sejauh itu..
Sebagai seorang abang yang sangat-sangat menyanyangi adiknya, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik.Semoga Ameera Hanna menemui seorang pembimbing yang dapat menunjukkan jalan yang sewajarnya.
"Hanna tak bosan je?"
"For what?", Ameera Hanna merenung wajah abangnya.Bersedia untuk mendengar butiran- butiran yang lebih lanjut daripada si penyoal.
"Yalah! Hari-hari abang nampak Hanna kat sini.Apa yang Hanna cari?"
Gadis itu tergelak besar.
"Ish!Abang Ammar ni... buat-buat tak tahu pula".
Ammar Mirza hanya terangguk kecil.Dia sebenarnya tahu.Tahu akan tujuan sebenar gadis itu berkunjung ke pejabatnya saban hari.Ah!Tak lain dan tak bukan, tentu sahaja Ameera Hanna ingin memikat dan mendampingi Mr Irhan Hadi, si musuh tradisi.
Jika diikutkan, Ammar Mirza kurang menyenangi tindakan keluarganya untuk menyatukan mereka berdua.Walaupun Irhan Hadi sudah terang-terang mengaku yang dia sudah berkahwin, tetapi keluarganya masih juga berkeras.Begitu juga dengan Mrs Kim.Mereka nampaknya hanya menginginkan hubungan perniagaan dilanjutkan menjadi perjanjian pernikahan!
Apa yang Ammar Mirza tahu, perkara ini hanya diketahui oleh keluarga kedua belah pihak sahaja. Staff-staff dan kenalan masih lagi tidak mengetahui tentang rahsia ini.Hanya Ara Alana. Ya! Hanya Ara Alana..Hanya Ara Alana yang Ammar Mirza tidak dapat meneka, apakah situasinya saat ini.
Adakah Ara Alana mengetahuinya? Adakah Irhan Hadi memberitahunya?Ah!Tentu sahaja Ammar Mirza sendiri tidak tahu.Dia tidak mempunyai deria keenam yang dapat meramal apa yang berlaku dulu, kini dan selamanya..
"Why him?"
"Sebab Yang Yang...",gadis itu tergelak besar.
"Sebab dia mengingatkan Hanna kepada actor Yang Yang ..", Ameera Hanna masih lagi tergelak.
"Be serious, okay..", geram pula Ammar Mirza dibuatnya.
"Tiada sebab.I know he is my mr right..I have made my decision.He's the only one.."
"But he's already married, Hanna.. Jangan hancurkan rumah tangga orang.."
Ammar Mirza menarik nafas panjang- panjang.Kemudian melepaskannya dengan malas.Sengaja dia melemparkan pandangannya ke arah kumpulan manusia yang berkerumun di kaunter bayaran.
Ah! Susah betul bercakap dengan adiknya yang seorang ini.Dia sudah cukup mengenali Ameera Hanna.Gadis itu selalu sahaja bertindak mengikut kata hatinya.Jika A katanya, maka A lah jadinya.Jika B mahunya, maka B lah yang terpaksa diikut.
Ah! Dalam keadaan itu, Ammar Mirza hanya memikirkan Ara Alana.Sesungguhnya dia tidak mahu gadis itu terluka.
"Tapi kan Abang Ammar.. Hanna teringin sangat nak berjumpa dengan wife kesayangan Mr Irhan Hadi ni..Who is the girl? Abang Ammar kenal..?"
"Ara....",tanpa sengaja nama itu keluar daripada mulutnya apabila matanya tertangkap kelibat gadis tersebut di celah-celah kumpulan terbabit.
Ameera Hanna mengerutkan keningnya.
"Siapa..?", Ameera Hanna kelihatan teruja.
"Eh!Takkk...gadis tu... gadis tu namanya Ara...", tunjuk Ammar Mirza ke arah seorang gadis bertudung merah jambu.Sempat Ammar Mirza meneguk air liurnya sendiri.Seharusnya dia perlu menyembunyikan identiti Ara Alana!
"Cantikkk....crush Abang Ammar, ya..?", Ameera Hanna tergelak untuk yang kesekian kali. Direnung abangnya yang seorang ini.Nampaknya Ammar Mirza sudah mula bertukar wajah.Gaya duduknya sahaja melambangkan dia tidak keruan.Dan Ameera Hanna tergelak lagi.
Share this novel