Sesampai sahaja di pejabat pagi itu, Ammar Mirza menangkap kelibat seseorang yang amat dirinduinya.Gadis itu sedang dikelilingi teman-teman sepejabat yang berpusu-pusu mengucapkan tahniah kepadanya.Ketibaannya yang jarang-jarang sekali itu langsung tidak disedari sesiapa.
Ammar Mirza sebenarnya tidak kisah dengan semua itu.Dia kemudiannya terus melangkah kebiliknya yang terletak di ruangan yang sama.Hanya dinding bercermin gelap yang memisahkan mereka.
Dari dalam biliknya, Ammar Mirza memerhati keadaan di luar sana.Dapat dia simpulkan bahawa Ara Alana seperti kurang selesa dengan suasana itu.
Ah! Tentu sahaja dia kurang selesa.Menurut firasat Ammar Mirza, teman-teman sepejabat semestinya tidak mengetahui tentang pembatalan pernikahan Ara Alana.Dan sekiranya dia berada di tempat gadis itu pun,kemungkinan besar juga dia tidak akan sesekali menceritakan kisah sedih itu kepada sesiapa.
Ammar Mirza tidak pasti, apa yang menyebabkan pembatalan pernikahan antara keduanya tetapi jujur dia akui, berita itu sebenarnya amat menggembirakannya.Tetapi bukanlah itu bermaksud dia tidak bersimpati dengan nasib yang menimpa Ara Alana namun Ammar Mirza menganggap kejadian tersebut merupakan satu peluang keemasan yang tidak akan sesekali dia persiakan.
"Mr Ammar...", suara itu mengejutkan Ammar Mirza.
"Jauh mengelamun..pandang apa tuu..",Hanis Hyda selaku setiausaha peribadinya itu turut membuang pandang ke arah yang diperhatikan Ammar Mirza.Hanis Hyda mengerutkan keningnya.Baginya tiada apa yang menarik. Sekadar pandangan biasa suasana di pejabat.
"Itu Ara kann..?Ara Alana...?"macam pelik je bunyi pertanyaan Mr Bos ini.Matanya tidak lepas dari memerhatikan gelagat mereka di luar sana.
Hanis Hyda cuma terangguk kecil.Tidak pasti samada bosnya itu nampak atau tidak.
"Cantik dia kann... lebih-lebih lagi bila dah bertudung..", kata-kata Ammar Mirza membuatkan Hanis Hyda mengerling lelaki itu dengan pandangan pelik yang luar biasa.Biar betul mamat ni...
"Biar betul Mr Ammar...Mr Ammar suka kat dia ke?Ish.. jangan buat pasal..dah jadi bini orang tuu..Ha,tu..tu...Bibir tu..masih belum okey lagi apa..Tu penangan la tu.Sebab suka jaga tepi kain orang..!", bebelan Hanis Hyda disambut gelak tawa yang besar oleh Ammar Mirza.
Sahih! Satu pejabat tak tahu.Thats good news..Biar semua orang tak tahu.Biar Ammar Mirza seorang sahaja yang tahu!Jadi, peluang dia untuk menawan hati Ara Alana akan lebih cerah.Senyumanya bertambah besar.
"Okey,Hyda...berbalik kepada soal kerja..", sengaja dia cuba mengalihkan topik bual bicara.
"Yes, boss...", Hanis Hyda sudah bersedia dengan ipac ditangan.Itulah tugasan rasminya seawal pagi sekiranya Mr Ammar Mirza bertandang ke pejabat.Dia perlu mencatat point-point penting yang bakal diutarakan oleh Mr Bosnya itu dan akan dilaksanakan dengan jayanya.
"Malam esok kita akan mengadakan majlis makan malam di Restoran Gemilang.Tepat pukul 8.00 malam.Tolong booking kann..Pastikan juga semua staff datang.."
"Untuk meraikan apa ,Mr Ammar..?"
"Nothing...."
Hanis Hyda sekali lagi mengerutkan keningnya. Huhuhu..kalau macam ni, cepat tua lah dia gayanya..Ammar Mirza pula hanya tersenyum penuh erti.Kau dah kenapa ni,Mr Bos..
"Err..takkan kot.. susah staff nak menghadirkan diri nanti jika alasan it's nothing..."
Betul juga tu.Ammar Mirza tercongak-congak sendiri.Takkan la dia nak bagi alasan majlis tersebut disambut bagi meraikan perkahwinan tak jadi Ara Alana..Ishh..!!Tak pasal-pasal dapat penampar free nanti.
"Okey! Just tell them yang kita berjaya dalam projek usahasama dengan syarikat Korea tuu..So majlis tersebut dibuat bagi meraikannya."
Hanis Hyda terangguk kecil.
"Menunya Mr Ammar?"
"It's up to you.Dont worry, semua kos ditanggung. By the way, kamu boleh inform Mr Irhan.Dia dan team nya juga dialu-alukan,"
"Err... I'm not sure Mr Irhan akan datang..."
Hanis Hyda seperti ragu-ragu.Mr Irhan Hadi selaku bos bersama Syarikat perisian tersebut sememangnya jarang menghadiri acara sebegitu. Dia terkenal sebagai seorang yang anti sosial! Buktinya..pejabatnya sendiri juga terpisah dan diasingkan di tingkat empat! Hanya Mr Bos Korea dan Fariz Adha selaku setiausaha nya yang berada di situ.
"It's okey kalau Mr Irhan tak boleh datang.Dia mungkin sibuk.But makesure semua staffnya hadir.Tiasa alasan!"
Ammar Mirza tersenyum dalam diam.Mungkin dengan cara ini Ara Alana dapat menghadirkan diri.Sesungguhnya dia hanya mengaturkan acara tersebut demi gadis itu semata-mata.Harap si gadis dapat melupakan masalahnya buat seketika dan dia pula berjaya mendekatinya..
Share this novel