Gadis itu menghidangkan sepinggan ayam goreng di atas meja.Kini lengkap menu tengahari untuk hari ini.Walaupun hanya sekadar ayam goreng,sayur kailan ikan masin,sup ayam,sambal belacan dan sedikit ulam-ulaman tetapi ia segera membangkitkan selera Irhan Hadi.
Apatah lagi apabila ia disediakan sendiri oleh Ara Alana.Inilah juga pertama kalinya Irhan Hadi dapat merasa air tangan daripada gadis itu.Tak sabar rasanya dia ingin mencubanya.
Namun kesabarannya seolah-olah menipis apabila Irhan Hadi dapat menangkap kerlingan penuh makna daripada Ammar Mirza teristimewa buat si gadis.Lelaki itu kelihatan begitu asyik memerhatikan tingkah laku Ara Alana.Nampak seperti si gadis tidak menyedarinya.Atau mungkin juga si gadis pura-pura tidak menyedarinya? Aduhai...
Masih jelas pandangan yang kurang menyenangkan di awal pagi tadi.Dia tanpa sengaja telah menangkap kelibat mereka sedang duduk di atas pangkin betul-betul di tepi bendang.Entahkan menyaksikan matahari terbit..entahkan sekadar berbual-bual kosong. Ah! Romantis sangatlah kononnya..
Tetapi apa yang Irhan Hadi dapat simpulkan saat itu, rasa cemburu semakin menebal di dalam dirinya.Mungkin ia disebabkan perasaan sayang terhadap gadis itu yang semakin bercambah dari hari ke hari.
Walaupun secara hukumnya Ara Alana merupakan isterinya yang sah tetapi secara logiknya pula hubungan mereka hanya sekadar di atas kertas semata-mata.Jadi dia tidak dapat memaksa gadis itu untuk menyukainya.Hati Ara Alana memang sukar untuk diramal.
Sesungguhnya Irhan Hadi telah banyak berusaha dalam hubungan mereka.Irhan Hadi seboleh-bolehnya cuba untuk melindungi gadis itu dengan cara dia sendiri.
Jika diizinkan-Nya, dia ingin melanjutkan perkahwinan tersebut hingga ke hujung nyawa. Dia juga ingin menjadi imam dan pembimbing buat gadis itu di setiap rakaat dalam solatnya. Bahkan dia turut ingin meminjamkan bahunya di kala si dia memerlukannya.
Pendek kata dia ingin berada di samping gadis itu pada saat suka dan duka.Susah dan senang.Walau di mana sahaja berada.Cuma yang menjadi pemisahnya saat ini hanyalah hati milik gadis itu.Bolehkah Irhan Hadi memilikinya?
"Aikk... masing-masing termenung sahaja..Tak nak makan?", suara Encik Adam memecahkan kesunyian.Mereka kini berada di ruang makan keluarga.Namun begitu hanya Acu sahaja yang menyertai mereka.Along dan Angah berada di luar untuk menguruskan sesuatu.
"Eh! Nak...nak. .", dengan muka selamba Fariz Adha sudah menyeduk nasi putih ke dalam pinggannya.
Sempat dia mengerling Mr Bosnya itu sekilas. Irhan Hadi memandangnya dengan renungan tajam.Seram sejuk pula Fariz Adha dibuatnya.
Sudahlah peristiwa semalam masih segar di ingatan.Masih terbayang-bayang bagaimana terkejutnya dia apabila mengetahui Mr Irhan Hadi merupakan suami kepada Ara Alana. Alahai...melepas lagilah Ammar Mirza..
"Sikitnya makan, Hadi... tambahlah lagi..", Encik Adam a.k.a Pak Long bersuara.
"Atau Achik masak tak sedap..?", tanyanya pula.
"Eh! Tak...tak.. bukan macam tu..",sempat Irhan Hadi mengerling Ara Alana.Bimbang sekiranya gadis itu tersalah faham.Gadis itu sekadar memandangnya tanpa perasaan lalu meneruskan suapannya.
Sesungguhnya dia tiba-tiba sahaja menjadi tidak berselera apabila melihat aksi K-drama di depan mata.Gelagat Ammar Mirza yang berani betul-betul mencabar kelakiannya.
"Selepas makan ni, kami dah nak balik, Pak cik..", kata Ammar Mirza.
Lagi sekali dia mengerling Ara Alana.
Hey, hello..!! I'm here..I am her husband! Please be respect, okey.. Irhan Hadi menjerit di dalam hati.Geram betul dia dengan makhluk yang seorang itu.
"Cepatnya.. tunggulah dulu..malam ni kami nak buat majlis tahlil.."
"Maaf, Pakcik.Masih ada kerja yang perlu kami settlekan.."
"Lagipun, bos bersama kami iaitu me..nan..tu.. pakcik berada di sini.Jadi makin bertambahlah kerja kami jadinya...", akhirnya Ammar Mirza tertawa di penghujung ayat.
Irhan Hadi merasakan terdapat nada-nada sindiran di dalam kata-kata musuh tradisi itu.Apatah lagi perkataan me..nan..tu.. itu seperti sengaja dikuatkan.Seolah-olah lelaki itu mengetahui sesuatu.Tetapi apakah ia?
Share this novel