Tiba-tiba sahaja tubuhku terasa kedinginan yang amat sangat.Aku yang masih mamai dan baharu sahaja terjaga dari lena menggigil kesejukan. Hajat di hati ingin menarik selimut rapat ke dada namun wajah itu terlalu hampir denganku.Mataku terkelip-kelip.Adakah ini fantasi atau realiti?
Ah!Sure lah itu adalah fantasi.Rasanya aku sedang bermimpi kisah seram kott...Iyalah! Mustahil lelaki yang seorang ini berani untuk hampir denganku sedekat itu.
Namun walau apapun keadaannya,dapat ku simpulkan bahawa lelaki di hadapanku ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Hidungnya mancung terletak.Alis matanya terukir cantik.Kulitnya tidaklah terlalu putih tetapi ianya bersih tanpa noda.Ah! Produk kosmetik apalah yang dia pakai agaknya.Wajahnya pula iras-iras aktor Chinese Si Yang Yang gitu..Fuh! pasti ramai peminat ni.
Tetapi yang menghairankan aku,kenapa dunia mimpi ku terasa seperti di alam realiti.Ada ke hantu se'handsome dan setampan ini?Tambahan pula lelaki yang sedang tidur di sisi katil ku itu bernafas agak kuat.Huhuhu...I feel you!
Lantas ku cubit lengan ku.Sakit dan sahih! It's is real,Ara Alana..Perlahan-lahan aku cuba mengingati apa yang terjadi.Time tu aku sedang menonton drama Korea yang sedang disiarkan di televisyen.Tengah syok-syok tu, tiba-tiba bunyi pin pintu terbuka.Pada mulanya aku menyangkakan Mr Bos Korea yang balik kerana tertinggal sesuatu tetapi apabila terdengar sahaja suara asing memberi salam, aku terus panik.
Cepat-cepat aku melarikan diri.Tempat yang selamat ku fikirkan pada masa itu adalah di sebalik almari berhampiran bilik ku.Di situ aku dapat meninjau siapakah gerangan tetamu yang tidak diundang itu.Siap boleh tahu nombor pin pintu pula tuu.. Penting sangatkah dia dalam hidup Mr Irhan Hadi?
Tetapi tanpa sengaja aku terjatuhkan pasu di atas almari tersebut.Tetamu tidak diundang itu secara automatik memalingkan wajahnya ke arahku.Opss...!!Itu adalah Fariz Adha.Setiausaha peribadi Mr Irhan Hadi merangkap rakan sekerja ku.
Terus sahaja mataku membulat.Aku harus melakukan sesuatu.Dalam keadaan itu aku perlu menyorokkan diri agar rahsia antara kami berdua tidak diketahui umum.Disebabkan terlalu panik dan tergesa-gesa, aku terpegang serpihan pasu yang pecah di atas lantai.
Terasa sedikit pedih.Namun semua itu tidak ku endahkan.Aku terus bergegas ke bilik lantas menyembunyikan diri di dalam almari baju yang kosong.Sesungguhnya baju dan barang-barang ku masih tersimpan rapi di dalam beg.Beg itu sememangnya dari asal lagi telah ku sumbat di dalam almari tersebut.Sengaja aku tidak mengeluarkan isinya untuk memudahkan aku berpindah dari rumah ini kelak.
Entah macam mana perfume pemberian Imran Na'im yang terletak di sisi beg tertumpah. Harum semerbak baunya.Tetapi apa yang pasti, baunya yang kuat sedikit sebanyak telah memeningkan kepalaku.Ditambah lagi suasana di dalam almari yang sempit dan tidak cukup udara.Dan apa yang pasti,aku mungkin tertidur di dalam sana.
Habis tu, bagaimana aku boleh terjaga dari katil?Adakah aku berjalan sambil tidur?Bajuku juga sudah berganti dengan pijama bercorak harimau bintang.Pemberian hadiah perkahwinan daripada Aina Sofea! Ish..entah apalah yang difikirkan Aina Sofea saat memilih hadiah itu..Emm..Sure lah memang bukan taste aku.So,mustahil untuk aku sendiri memakai baju tersebut.
Jadi mungkinkah dia...Mungkinkah dia..?Arghh...tidakkk...!!! Tanpa sedar aku terjerit kuat.Perasaan malu yang amat sangat mula menguasai diri.Tubuhku secara refleksnya terus bangun lalu berdiri di atas katil.Tidak sanggup rasanya untuk aku berhadapan dengan lelaki ini.
Dia yang sedang tidur beralaskan lengannya terjaga disebabkan oleh tindakan ku itu.Dapat ku lihat dia sedikit terpinga-pinga tetapi masih mampu mendongak dan memandangku. Mata kami bertemu.Lamaa....Lama kami berkeadaan begitu.
Aku meneguk liur.Terkebil-kebil aku jadinya. Perlahan-lahan mukaku mula merona merah.
"Err...what are you doing..?Sit here..",arahnya sambil menepuk-nepuk katil.
Aku masih terkebil-kebil.Masih berdiri di atas katil tidak berganjak.Pergerakan dan mulutku seakan terkunci.
"It's ok..You still need to rest, Ara ..."
Dia bersuara lembut sambil menepuk-nepuk bantalku pula.
"Sini,Ara...duk sini..,"katanya lagi seolah-olah memujuk budak kecil.
Dan si budak kecil ini akhirnya duduk tidak membantah.Dia lagi sekali mengemaskan kedudukan bantal di belakangku.Aku hanya memerhatikan sahaja gelagat lelaki yang seorang ini.Perasaan maluku masih lagi menebal. Seandainya dia yang mengalihkan tubuhku.. Seandainya dia yang menukar pakaianku.. maksudnya..maksudnya dia telah nampak semuanya! Allahuakbar..Saat itu aku seperti ingin menyorok di bawah selimut!
Apa-apapun, perbuatannya nampak lembut dan penuh perhatian pada pandangan seorang yang bernama Ara Alana.Sesungguhnya aku betul-betul tersentuh dengan tindakannya itu.
"Tangan Ara dah okey sikit..?"
Aku sekadar mengangguk.Baharu aku perasan. Tanganku yang terkena serpihan kaca pasu yang pecah kini sudah berbalut.
Dia mengukir senyum.Ada sepasang lesung pipit yang menghiasi pipinya.Ah!Entah mengapa aku rasakan seperti terbuai-buai dengan senyuman itu.
"Tadi Dr Muhammad ada check Ara.Don't worry, nothing serious happened.Ara just fainted sebab panas and bau perfume yang super extreme ",dia tergelak besar.
What?Dia gelakkan aku.It's not funny,Mr Irhan.Tetapi apa yang lebih melucukan ialah apabila ku sangkakan si dia yang menukar pakaian ku.. rupa-rupanya Dr Muhammad.Who is Dr Muhammad? Majistret?Lawyer?Ahli muzik?Yang aku tahu dia juga seorang lelaki.Huhuhu...
"Okey,Ara...You stay here.I want to go to the kitchen. Prepare some food ".
Dia bangun lalu mula mengorak langkah.
"By the way, Dr. Muhammad's assistant who changed your clothes.She is a girl.Jangan fikirkan yang bukan-bukan.."
Sempat lagi dia berkata-kata lalu melangkah pergi.
Mataku membulat.Mukaku kembali merona merah.Wah,dia juga seorang yang talented. Bagaimana dia tahu?
Share this novel