Setelah selesai makan tengahari di restoran yang berhampiran, kami berempat terus melangkah ke pejabat.Masing-masing ketawa kekenyangan.Menu buffet yang dihidangkan sebentar tadi, nampak begitu menyelerakan. Namun aku sekadar mengalas perut dengan salad buah-buahan dan air limau.Tiba-tiba sahaja aku menjadi kurang berselera saat itu.
"Hey, korang nampak tak tadi?"Fara Deeya kelihatan teruja.Bulat matanya yang sudah sedia membulat itu.
"Yes! Mr Ammar Mirza kann..?",Kak Melati turut teruja.Tersenyum lebar dia.Bab-bab gossip dan membawang ni, memang mereka berdua nombor satu.Sungguh berpengalaman kedua-duanya.The gossip girl kata orang...
"Dia makan dengan seseorang kan...She's really hot!Sexy tapi cantikkk..."
"Yes!Memang merpati dua sejoli.. Agaknya inilah dia gadis yang di war-war kan.Kata Mr Fariz, Mr Ammar sebenarnya sukakan seseorang.Ha! Inilah dia..!!"
Kak Melati sengaja membesarkan matanya. Bersungguh-sungguh betul dia bercerita.Aku pula hampir-hampir terbatuk.Adakah aku yang dimaksudkan Fariz Adha? Huhuhu...Harap-harap tidaklah..Aku hanya mengharapkan agar Mr Ammar Mirza sudah boleh move on dengan apa yang berlaku antara aku dan dia.
Tetapi aku agak perasan, dari tadi lagi Hanis Hyda seperti sengaja memerhatikan ku.Seram pula aku dibuatnya. What's wrong with her? Adakah aku berhutang dengannya?
"Bukanlah..yang itu adik kandung Mr Ammar. Miss Ameera Hanna.Sebelum ini dia menetap di luar negara.", kata-kata Hanis Hyda membuatkan mereka berdua terangguk kecil.
Aku pula seolah-olah baharu tersedar dari mimpi.
Sempat aku menepuk-nepuk dahiku.Kenapalah aku boleh terlupa.Rasanya Mr Ammar Mirza pernah menerangkan siapakah gadis itu sebelum ini.
"Akhir-akhir ini, dia memang selalu datang. Melawat bakal tunangnya..."mendatar sahaja bunyi suara Hanis Hyda.
"Bakal tunang?Siapa?..",ringan pula mulutku bertanya.
"Hi, bukan ke Ara dah pernah terserempak dengannya kat depan pintu lif..dia datang berjumpa siapa time tuu...?Selain Mr Ammar, siapa lagi yang ada..?Ha, itulah dia bakal tunangnya..",Ish.. berteka-teki pula si Hanis Hyda ni..
Aku mengerutkan kening.Cuba mengingat kembali peristiwa di lif tempoh hari.Masa itu aku dan Mr Ammar Mirza menuruni lif untuk makan. Kemudian kami terserempak pula dengan Mr Irhan Hadi.Berlakunya kejadian tarik-menarik namun tiada siapa yang menjadi juara.Selepas itu, kami terserempak pula dengan Hanis Hyda bersama seorang gadis cantik.
Yes! Itulah dia.. itulah dia Ameera Hanna.Ameera Hanna, adik kepada Mr Ammar Mirza.Dan selain daripada Mr Ammar, hanya seorang lagi lelaki yang ada di situ iaitu...Mr Irhan Hadi.Mr Irhan Hadi?
Jadi Mr Irhan Hadi.... bakal tunangan Ameera Hanna.Bakal suami Ameera Hanna...dan aku..?Serta-merta wajahku berubah.Jantungku seperti berhenti berdenyut.Tubuhku menggeletar. Hatiku terasa sakit yang amat sangat.Adakah ia seperti yang aku dengar? Adakah ia seperti yang aku fikirkan? Sesungguhnya aku betul-betul tidak kuat..
"Ara, kau ni dah kenapa?", tanya Hanis Hyda cemas apabila melihat kelainan pada wajahku.
"Haah! Muka kau pucat sangat ni..",Fara Deeya turut bersimpati.
"Mungkin kau silap minum air limau agaknya..", teka Kak Melati pula.
"It's, okay.Sikit je ni.Nanti baiklah...",aku cuba menyedapkan hati-hati mereka yang risau dengan keadaan ku.Malah aku turut mahu melegakan hatiku sendiri.
Ya, Allah! Berilah hambaMu ini kekuatan...
Share this novel