BAB 79

Romance Series 16994

Angah menumbuk meja agak kuat.Habis tertumpah air teh di cawan.Aku yang berada bersebelahan, hampir diserang sakit jantung. Begitu juga dengan abah dan Along.Masing- masing terkejut beruk dengan tindakan agresif Angah.

"Ini tak boleh jadi, abah! Mrs Kim dan Hadi memang sudah melampau!!",suara Angah kedengaran bergema di tengah ruang tamu yang sederhana itu.Dia yang tadinya duduk kini sudah bangun berdiri.Kedua-dua tangannya disilangkan di bawah ketiak.Wajahnya pula sudah kemerahan menahan marah.Nampak sangat nafasnya turun naik dan tidak terkawal lagi.

Sememangnya Angah dikenali sebagai seorang yang pemarah dan perengus pula.Lagaknya agak kasar, sombong dan terkadang seakan sukar untuk didekati.Ah! Mungkin kerana status profesionnya sendiri yang menampakkan dia seperti itu.Sedangkan he is the best brother's.

"Sabar dulu Angah... Dalam hal ini, rasanya Hadi tak boleh dipersalahkan...", lembut sahaja suara Along meredakan keadaan.Along mempunyai sifat yang bertentangan dengan Angah.Dia lebih tenang dan lembut orangnya.Walaupun kedua- duanya berbeza, tetapi mereka sangat bertanggungjawab dan sering mengambil berat tentang kami sekeluarga.

"Kenapa dia tak boleh dipersalahkan? Senang- senang dia buang Achik..lupakan Achik.. Kemudian tanpa rasa bersalah, terus nak kahwin dengan orang lain.Tak kan kita nak tengok sahaja selepas apa yang dia dah buat kat Achik!!"

"Ini mungkin satu salah faham.Jangan terlalu cepat menilai, Angah.Irhan Hadi yang Along kenal tidaklah sekejam dan sejahat itu..."
"Itu masa kecil dulu, Along...sekarang dah besar. Masing-masing dah berubah.Tambah-tambah lagi dia dah jadi Mr Bos..cucu orang kaya lagi.. Tak mustahil, Along..."
"Apa yang tak mustahil nya, Angah..Sepatutnya kita patut bersyukur.Berterima kasih kat dia. Tanpa dia, mungkin keluarga kita dah pun dimalukan.Angah tak ingat ke...siapa yang punya idea minta Hadi jadi suami Achik?"

Angah terdiam.Terkunci terus mulutnya.Aku hanya mampu membatukan diri.Tidak tahu di mana harus ku mencelah.Nampaknya mereka berdua mempunyai pendapat masing-masing.

Dan bagiku, betul juga kata Along.Irhan Hadi tidak harus dipersalahkan seratus peratus. Semestinya aku turut bersalah dalam hal ini. Sepatutnya aku tidak harus cepat melenting dan berterus-terang dengannya.Namun begitu, aku redha.Mungkin inilah yang terbaik Allah aturkan untuk kami.

"Ya, Along faham.Manusia memang cepat berubah..cepat lupa diri.Tapi Along tak rasa yang Irhan Hadi salah seorang daripadanya.Mustahil untuk dia lupakan Achik...lupakan kita..."

Angah mendengus geram.Sempat dia menggeling-gelingkan kepalanya.Nampaknya Angah masih juga tidak berpuas hati.Perasaan amarahnya masih lagi berbaki.Jika lelaki tersebut berada di hadapannya kini, sudah pasti dia tidak akan teragak-agak untuk melayangkan penumbuk nya buat Mr Bos Korea itu.

"Sudahlah tu.. jangan disebabkan perkara ini, kamu pula bergaduh adik-beradik...", akhirnya abah mententeramkan suasana.
"Dan kamu Achik... jika berlaku lagi perkara seperti ini, jangan cepat melatah.Jangan cepat buat keputusan sendiri.Kami sentiasa ada. Walaupun susah..walaupun sukar...namun kita pasti akan hadapinya bersama-sama."

Air mataku tiba-tiba sahaja bergenang.Terasa sebak meruntun jiwa.Kata-kata abah begitu dalam maksudnya dan terus meresap jauh di sanubari.

"Betul, Achik..hal kami.Kerjaya kami...Biar kami sendiri yang uruskan."
"Ya, Achik..Jangan takut dengan Mrs Kim.Rezeki kita bukan terletak kepadanya."
"Carilah bahagia, Achik...Kami akan sentiasa ada di sisi..."

Kali ini aku tidak mampu menahan air mata itu lagi.Ku biarkan sahaja ia mengalir menuruni pipi. Lama-kelamaan, ia menjadi semakin deras dan seolah-olah tiada tanda-tanda untuk berhenti. Malah esak tangis ku sudah mula kedengaran.

Abah bertindak merangkul ku erat.Tangannya menepuk-nepuk belakang ku.Terima kasih abah.Terima kasih Along.Terima kasih Angah dan juga Acu.Terima kasih kerana menjadi sinar harapan dan kebahagiaan Ara Alana..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience