Ammar Mirza menyuap bubur ayam ke dalam mulutnya dengan hati-hati.Dia mengaduh kecil apabila suapannya terkena hujung bibir.Jelas kelihatan bibirnya yang bengkak dan masih lagi berdarah.
Fariz Adha menggeleng-gelengkan kepalanya.Itulah!Suka sangat jaga tepi kain orang.. tidak pasal-pasal dapat hadiah!Omel Fariz Adha di dalam hati.
"Kau okey ke tak ni...?"
Risau juga Fariz Adha dengan sahabatnya itu.
"Okey,okey...",Ammar Mirza mengangkat tangan tanda bagus.Tetapi ia disusuli oleh keluhan si pemiliknya yang agak menyakitkan pada pendengaran Fariz Adha.Sekali lagi Fariz Adha menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Ish!Kau ni...dari semalam lagi aku suruh kau pergi hospital.Tapi tulah!Degilll..!!Tengok sekarang ni..nak makan pun susah..",bebel Fariz Adha.
Ammar Mirza tersengih.Cuba menyembunyikan kepedihan dan kesakitan di bahagian bibirnya.Sebetulnya ada cerita di sebalik semua ini.Mungkin Fariz Adha beranggapan dia penyibuk dan suka menjaga tepi kain orang.Tetapi saat itu dia seperti di luar kawalan.
Teringat dia peristiwa semalam.Di saat dia menunggu kehadiran Fariz Adha di Hotel Sri Astana, matanya tiba-tiba menangkap sepasang merpati dua sejoli sedang asyik memadu kasih. Gelagat mereka berdua yang sedang berpelukan dan berciuman di khalayak ramai sememangnya cukup menggelikan.Pada mulanya dia hanya membiarkan sahaja.Dia bersangka baik dengan mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang dalam mood berbulan madu. Sejujurnya dia tidak suka mencampuri urusan orang.
Tetapi apabila sahaja dia terperasan wajah si lelaki emosinya terus terganggu.Tentulah dia mengenali wajah itu.Wajah yang selalu dicemburui olehnya.Wajah yang menjadi kesayangan Ara Alana dan sudah pasti wajah itulah juga yang menjadi suaminya.
Justeru itu, perasaan amarah Ammar Mirza meruap-ruap.Lelaki itu sememangnya tidak tahu diuntung.Baharu sahaja dia berkahwin dengan Ara Alana kini dia berani berpoya-poya dengan gadis lain.Mengingatkan Ara Alana yang diperlakukan sedemikian rupa, rasa geramnya terhadap lelaki itu tidak dapat ditahan lagi.
Lantas tanpa menghiraukan orang sekeliling, lelaki sasa itu diterkamnya lalu dihadiahkan beberapa das tumbukan.Maka terjadilah pergaduhan sehingga Ammar Mirza sendiri terpaksa tidur semalaman di lokap polis.Mujur juga keluarganya terkenal dan berpengaruh.Jadi urusannya di balai polis selesai pada keesokan hari itu juga.
Perlahan-lahan Ammar Mirza mengukir senyum.Masih jelas perbualannya dengan lelaki yang bernama Imran Na'im itu semasa mereka sama-sama ditahan di lokap polis.
"Mr Ammar...dari tadi lagi aku nak tanya kau..",suara Imran Na'im agak tegas.
Ammar Mirza mengerling lelaki itu sekilas. Kemudian dia mengeluh malas.Dia sebenarnya malas melayan bualan daripada Imran Na'im.Perasaan marahnya kepada lelaki itu masih belum hilang.Ditambah lagi dalam keadaan mereka yang dikurung di dalam sel yang sama, menjadikan Ammar Mirza seperti tidak senang duduk.
"Kenapa kau pukul aku,haa..?Angin tidak..ribut tidak.. tetiba je kau pukul aku.."
"Aku meluat tengok kau..",selamba sahaja Ammar Mirza menjawab.
"Meluat tengok aku..but why?",berkerut muka Imran Na'im.
"Aku meluat tengok kau berkepit dengan perempuan!"
"Hey,the girl is mine. She is my wife you know..!"
Ammar Mirza terkedu.
"Habis Ara...Ara Alana?Bukan ke...bukan ke kau kahwin dengan dia..?"
"Ara?Ara Alana..?Tak lah...aku tak jadi kahwin dengan dia..",mendatar sahaja bunyi suara Imran Na'im.
Tetapi bagi seorang Ammar Mirza, itulah berita yang paling menggembirakan.Ibarat bulan jatuh ke riba! Hampir sahaja dia melompat kegembiraan.Betulkah apa yang dia dengar saat itu?
Dan apa yang pasti, Ammar Mirza masih tersenyum sehingga kini.Walaupun bibirnya masih terasa sakit dan pedih tetapi berita itu betul-betul membuatkan hatinya berbunga.Dalam diam dia bertekad,kali ini Ara Alana akan menjadi miliknya. Ya!dia tidak akan terlambat lagi!!
Fariz Adha yang dari tadi memerhatikan gelagat sahabatnya itu hanya mampu mengerutkan keningnya.Makin pelik dan luar biasa lelaki yang seorang ini...
Share this novel