BAB 8

Romance Series 16994

Aku melabuhkan punggung di atas bangku kayu yang terdapat di situ.Taman mini yang menghiasi perkarangan bangunan bertingkat enam itu kini menjadi destinasi ku.


Sempat aku mendengus kecil.Air mata yang masih lagi berbaki ku kesatkan dengan hujung lengan bajuku.Sesekali aku teresak kecil.Ah!Entah kenapa aku cukup terasa dengan perbuatan Mr Bos si Irhan Hadi itu.Tambahan pula,sejak dua menjak ini, emosi ku sering kali terganggu.Pantang silap sikit.. pasti mutiara berharga itu akan jatuh berjuraian.


Sebetulnya,aku bukan tergolong dalam golongan mereka yang mudah sentap atau sensitif.Tetapi apa yang berlaku dalam hidup ku akhir-akhir ini seperti menguji kesabaran insan yang bernama Ara Alana ini.


Kalau diikutkan, majlis pernikahan ku dengan Imran Na'im hanya berbaki lagi satu bulan.Tiba-tiba muncul pula Sofie Afiya.Gadis Pan-Asia yang tinggi lampai.Dia seolah-olah sengaja mengundang api cemburu ku.Menurut Imran, tiada hubungan istimewa antara dia dengan gadis itu.Mereka sekadar teman biasa semenjak bersama-sama melanjutkan pelajaran di universiti.

Hari itu, Sofie Afiya datang tanpa diundang.Sengaja dia datang sendiri ke tempat kerjaku.Dia meminta ku supaya memutuskan hubungan dengan Imran Na'im.Gila ke apa..Dia tunang aku kot..Lagipun aku mengenali Imran Na'im sejak dari zaman Sekolah Menengah lagi.Mana mungkin sesenang itu untuk aku memutuskan hubungan antara kami.

"Nah,ambil ni..", seseorang tiba-tiba menghulurkan sepaket tisu tepat kepada ku.Aku sedikit terkedu.Namun ku capai jua huluran tisu daripada nya.Rupa-rupanya dia duduk sebangku denganku.Hanya beg laptop kepunyaannya memisahkan kami.
"Terima kasih...", tanpa segan silu terus ku buang saki baki hingus dengan agak kuat.Merah hidungku jadinya.
Lelaki itu tergelak besar.Aku mengerutkan kening tidak faham.
Sempat ku kerling wajahnya.Oh!Lelaki itu?Si hero gentleman..

"Tuu...", dia masih tidak berhenti ketawa.
"Ya,kenapa..?",mataku terkulat-kulat.
"Tisu tuu ..",dia menunjukkan tisu yang berada di
tanganku.Aku memandangnya pelik.
"Kenapa dengan tisu ni..",esakan dan tangisan ku
tiba-tiba sahaja auto berhenti.Hairan bin ajaib!
Aura apa yang mamat seorang ni pakai..
"Takk...Saya bagi tisu tu untuk awak lap airmata..
Tapi awak ...",dia tidak menghabiskan ayatnya di situ.Malah dibantainya gelak semahu-mahunya.

"Suka hati oranglah...",aku mencebik.
"Ok..ok..",dia cuba untuk berhenti ketawa.Gadis itu terasa lucu dimatanya.Comel!
"Tapi kenapa,ya..?"
Automatik aku memandang ke arahnya.Entah kenapa aku merasakan lelaki itu seperti membalas pandangan ku agak lama.Seperti berharap..seperti ada sesuatu yang tidak dapat diucap.Ke aku je yang perasan.Opss..So cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ku ke arah lain.Zina mata tu Ara Alana... Sempat hatiku mengingatkan.
"Kenapa,ya...setiap kali saya jumpa awak, mesti awak sedang menangis.."


Eh!Ya ke.. rasanya ini kali kedua aku bertemu dia..Mana ada setiap kali.Tapi setiap dua kali itulah, first stepnya..mesti dengan airmata.Huhu..

"Maaf,ya.. saya tak sangka.Setiap kali jumpa awak.. mesti saya jadi macam ni.."
"It's ok..saya suka..",dia tergelak lagi.Nampaknya dia seorang yang mudah terhibur dan dia suka..?Apa maksudnya..apa yang dia suka..??
"Cik Ara Alana... nampaknya awak seperti seorang trouble maker.So apa pula masalahnya kali ini?"

Aku??Trouble maker ..Salah orang dia ni..Tapi nama aku betul dah.. bagaimana dia tahu?Huhu..
"Ala.. benda kecik je..Biasa la.Kena marah dengan bos",aku tergelak kecil.
"Mr Irhan Hadi..??"
"Kenal ke?"
"Sure la kenal..Saya pun kerja kat situ jugak.But Don't worry Ara..setahu saya,Mr Irhan Hadi tidaklah seteruk yang dibayangkan.."
Aku sekadar mengangguk.Dengar boleh percaya jangan.Ahaks!
"Ok,Encik....?"
"Ammar Mirza.."cepat-cepat dia menjawab.
"Ok Encik Ammar Mirza.. saya naik atas dulu",aku meminta izin.
Dia hanya tersenyum memerhatikan ku pergi.
"Hope kali ketiga kita jumpa,awak tak nangis dah..!!", jeritnya kuat sambil melambai-lambai kan tangan.
Alamak! Gila ke apa mamat seorang ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience