Lama Ammar Mirza memerhatikan gadis itu.Akhir-akhir ini Ara Alana kelihatan tidak seperti kebiasaannya.Dia nampaknya lebih ceria dan gembira seperti merayakan sesuatu.Adakah disebabkan Irhan Hadi?Musuh tradisinya...
Ammar Mirza menggeling-gelingkan kepalanya sendiri.Sempat pula dia mengeluh malas. Seharusnya dia tidak harus berdiam diri sahaja. Dia perlu melakukan sesuatu.Dia tidak patut melepaskan peluang buat seorang yang bernama Irhan Hadi.Ya!Dia harus segera bertindak!
"Hi, dah..dah..la tu Mr Ammar.Tembus cermin tu nanti...", usik Fariz Adha yang tiba-tiba muncul di sebalik pintu.
Fariz Adha sebenarnya tahu siapa gerangannya yang diperhatikan bos bersama ini.Tidak lain dan tidak bukan tentulah Ara Alana orangnya.Gadis manis yang tiba-tiba sahaja menjadi rebutan antara kedua-dua orang penting dalam hidupnya. Sebetulnya Fariz Adha juga buntu untuk memihak kepada siapa dalam hal ini.Seorang adalah bosnya manakala seorang lagi merupakan sahabat baiknya.
Hidupnya diibaratkan seperti diluah mati mak ditelan pula mati bapak.Huhu..Tetapi biar jela.. Malas dia nak pening-pening kepala memikirkan masalah rumahtangga orang.Yang penting dia bukan watak utama dalam cerita ini.
"Eh!Eh...nak ke mana ni...?",Fariz Adha terpinga-pinga apabila Ammar Mirza sudah melepasinya lalu terus meluru keluar.Hajat di hatinya ingin mengajak lelaki itu makan bersama tetapi nampaknya Ammar Mirza seperti mempunyai agenda tersendiri.Dan dia dapat meneka apa yang bermain di fikiran sahabatnya yang seorang itu.
"Ara, are you busy?",dengan bergayanya Ammar Mirza sudah mendapatkan Ara Alana di meja kerjanya.
Terkebil-kebil gadis itu dibuatnya tetapi dia masih jua sempat menggeling-gelingkan kepalanya.
"Jom lunch..ada sesuatu yang harus kita bincangkan..",ajak Ammar Mirza dengan berani.
Dia sudah tidak peduli dengan beberapa pasang mata yang masih lagi tersisa sedang asyik memandang mereka.Yang lain kebanyakannya sudah turun untuk lunch di restoran-restoran yang berhampiran.
Ah! Mungkinkah kredibiliti dia sebagai seorang bos sedikit sebanyak dipersoalkan oleh kebanyakan staff? Apapun Ammar Mirza tidak terkesan dengan semua itu.Apa yang penting..??kerjasama...Nope!Tentu tidak..Dia sebetulnya tidak sanggup menunggu lebih lama lagi..
"Err..", serba-salah Ara Alana jadinya.Dia sudah berjanji dengan Hanis Hyda untuk makan bersama dan meminta gadis itu supaya menunggunya di bawah.Lagipun lelaki yang seorang ini kelihatan seperti ada yang tidak kena.Mungkinkah dia ingin menuntut jawapan daripadanya? Haruskah dia berterus-terang sahaja?
"Please,Ara..I hope you understand..", Ammar Mirza seperti merayu lagaknya.
Sesungguhnya dia tidak mempunyai banyak peluang lagi.Dia betul-betul terdesak!
"Err...okey..",Ara Alana akhirnya mencapai beg tangannya lalu mula mengatur langkah.
Ammar Mirza terus membuntuti gadis itu.
Mereka berselisih dengan Fariz Adha yang masih lagi berdiri di muka pintu bilik Ammar Mirza. Sempat pula Ammar Mirza menghadiahkan sebuah senyuman paling lebar buat sahabatnya itu.Terasa begitu bahagia apabila gadis itu sudi menerima pelawaan daripadanya.Fariz Adha membalas dengan mengenyitkan mata sambil mengangkat ibu jarinya.Hampir tergelak Ammar Mirza dibuatnya.
"Kita nak lunch kat mana?", tanya gadis itu sementara menunggu lif.
"Lunch kat tempat yang special..."Ammar Mirza cuba berteka-teki.Sesungguhnya dia sendiri tidak tahu ke mana arah tujuan sebenarnya.
Namun begitu, Ara Alana tergelak besar dengan jawapan daripada Ammar Mirza.Akhir-akhir ini dia memang mudah terhibur.Ammar Mirza pula sekadar tersenyum sambil terus memerhatikan gelagat gadis itu.Comel sungguh dia..
Serentak dengan itu, pintu lif terbuka secara automatiknya.Mereka segera berpaling.Kelihatan jelas di dalamnya seorang lelaki dengan wajah yang digeruni sedang merenung pasangan itu agak tajam.Tiada senyuman yang terukir dibibirnya.Matanya pula seperti mengatakan bahawa, bila-bila masa sahaja dia akan menerkam mereka berdua.
Ammar Mirza sedikit tersentak.Dia meneguk liur beberapa kali.Dan dia akui.Hatinya seperti tergugat!
Share this novel