BAB 39

Romance Series 16994

Rumah yang asalnya penuh dengan kehadiran orang kampung sudah mula lengang.Selesai majlis pengkebumian tengahari tadi, dan kini majlis tahlil yang berlangsung juga sudah sampai ke penghujungnya.Yang ada saat ini cuma Pak Long dan anak-anaknya sahaja.Suasana yang sememangnya sunyi semakin dirundung sepi.

Kelihatan Pak Long sedang termenung panjang.Walaupun Pak Long tidak menangis dan nampak seperti kuat, tetapi apa yang dapat Irhan Hadi simpulkan di sini ialah, lelaki itu sebenarnya terlalu lelah.Masakan tidak, bidadari yang sentiasa ada bersamanya di saat suka mahupun duka kini sudah pergi bertemu penciptaNya. Perginya terlalu mengejut.Perginya yang tidak akan kembali lagi..dan semestinya tiada ganti.

Acu sedang khusyuk membaca yasin.Dari tadi lagi dia tidak henti-henti membacanya. Penuntut tahun dua Pengajian Islam Undang- undang dan Syariah Universiti Teknologi Mara itu sesekali mengesat jua air matanya yang tumpah.

Angah pula entah ke mana hilangnya. Mungkin dia menyorok ataupun menangis di mana-mana.Selesai sahaja majlis, dia terus melarikan diri.Lelaki yang seorang ini memang terkenal dengan sikap egonya yang melangit. Mustahil untuk dia menunjukkan rasa sedih itu di hadapan semua.

"Hadi...", tangan itu menepuk lembut bahunya.
Sempat Irhan Hadi menoleh sekilas.
Aidan Afeef ataupun lelaki yang di panggil Along itu sudahpun melabuhkan punggung di sebelahnya.
Seperti biasa, dia kelihatan tenang walaupun terpancar jua raut sedih di wajahnya.

"Kenapa tak temankan Achik dalam bilik..?"
Irhan Hadi meneguk liur.Perlu ke? Dia sebenarnya tidak tahu bagaimana caranya untuk menenangkan hati gadis itu yang tengah bersedih.
"Pergilah, Hadi... dalam keadaan ini Achik perlukan seseorang yang dapat menemaninya. Mungkin Hadi lah orangnya.Kehilangan ibu tentu memberi kejutan yang sangat besar buat Achik.."

"Apatah lagi apabila Achik tidak sempat untuk bertemu arwah ibu di akhir hayatnya.Tentu dia sedih sangat-sangat.", kata Aidan Afeef lagi apabila Irhan Hadi seperti serba-salah.

Ya! Ara Alana sememangnya tidak sempat untuk mengucapkan selamat jalan buat ibundanya yang tercinta.Panggilan telefon yang dibuat Along memaklumkan bahawa ibu Puan Sri Aida berada di dalam keadaan kritikal disebabkan serangan jantung.

Terus sahaja mereka menempah tiket penerbangan terawal untuk ke utara.Tetapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Selebihnya Allah SWT yang menentukan.Ternyata ibu lebih disayangi oleh Tuhan pencipta alam.

"Pergilah...",desak Along lagi.
Akhirnya Irhan Hadi menurut sahaja. Dipanjangkan langkahnya yang sudah sedia panjang itu.Terus menghala ke bilik Ara Alana.
Kemudian diketuknya pintu itu beberapa kali. Langsung tiada tindak-balas dari dalam. Pengsankah dia? Tidur matikah dia? Atau...Ish..!! Nauzubillah...In Sya Allah, Ara Alana masih seorang hambaNya yang beriman..

Jadi, haruskah Irhan Hadi redah sahaja.Tetapi bagaimana sekiranya ada tong gas yang melayang?Ataupun periuk belanga yang terbang?
Alahai Irhan Hadi...Ara Alana bukannya sedang marah..She's not an Angrybird.She is grieving!!

"Ara...",Yes! Akhirnya Irhan Hadi hampir berjaya menyelesaikan misinya.
Dia memasuki ruangan itu dan kemudiannya
melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah gadis manis itu.
Nampaknya Ara Alana langsung tidak memberikan reaksi.Pandangannya kosong.Matanya kelihatan bengkak.Mungkin kerana terlalu banyak menangis.

Diraihnya tangan halus gadis itu rapat ke pahanya. Mungkin kerana terkejut dengan tindakan spontan Irhan Hadi, Ara Alana cuba menarik tangannya kembali.Irhan Hadi tidak mahu mengalah.Dikemaskan lagi genggaman tangannya.Malah kali ini Irhan Hadi bertindak berani dengan mengusap-usap lembut tangan itu.

Terkebil-kebil Ara Alana dibuatnya.Mata mereka saling bertaut.Ada debaran yang maha dahsyat mula menghentam dada Irhan Hadi di saat itu..Ah! Adakah gadis itu turut merasainya?Apapun yang berlaku, Irhan Hadi ada misi yang perlu diselesaikan.

"Ara, I know you sedih...I know you sayangkan ibu..but Allah berkali-kali lebih sayangkan ibu. Jangan lupa juga bahawa ibu adalah pinjaman kepada kita semata-mata.Kerana itu Dia ambil ibu.Kerana Dia ada perancangan yang lebih baik untuk ibu.Dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita semua.In Sya Allah..."

"Ada masanya pelangi yang akan muncul selepas hujan.Begitu juga aturan hidup ini, Ara..Allah tidak akan menguji hamba-Nya jika tidak mampu. Yang penting kita redha...",panjang lebar kata-kata Irhan Hadi.Sudah macam ustaz tidak bertauliah gayanya.

"Don't worry, Ara..I am always on the side..", suara Irhan Hadi kedengaran begitu lembut di perdengaran Ara Alana.Dia tanpa segan silu sudah merangkul bahu gadis itu supaya betul-betul berhadapan dengannya.Mata mereka sekali lagi bertentangan.Lama juga mereka berkeadaan sebegitu.Irhan Hadi seolah-olah terbuai dengan tarikan yang ada di depan mata.

Tetapi cepat-cepat pula Irhan Hadi tersedar diri.Sengaja dia berdehem kecil beberapa kali bagi mengembalikan semula kesedarannya yang hampir hilang.Apabila duduk berdekatan dengan dengannya, mulalah hatinya berbisik yang bukan-bukan.Terasa ingin memeluk dan mencium gadis itu semahu-mahunya.Ah!

"Dah, pergi ambil wudhuk..Kita solat sama-sama.Kita doakan agar roh arwah ibu ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman..",arah Irhan Hadi dan gadis itu hanya menurut sahaja.

Ya, Allah! Izinkan aku untuk menjadi imam yang terbaik buat makmumku Ara Alana binti Adam Mukhriz... Aamiin.. Sempat juga Irhan Hadi berdoa rupanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience