Aku melepaskan lelah dengan berbaring terlentang sambil mendepakan tangan. Perjalanan yang memakan masa lebih enam jam begitu memenatkan.Terasa nikmat yang amat apabila dapat menghempaskan diri di atas tilam empuk itu.Suasana bilik yang berhawa dingin itu tentu tidak sehangat bilikku tetapi keadaannya sudah cukup mendamaikan.
"You can use the guest room at the other end", kata-kata Mr Irhan Hadi disambut baik oleh ku.Hampir terlompat kegembiraan aku dibuatnya. Sesungguhnya aku sedikit risau sekiranya rumah milik lelaki itu hanya mempunyai satu bilik sahaja.
Semasa di kampung, aku menjadi serba tidak kena apabila berkongsi bilik dengannya. Masakan tidak,selama ini aku mengenalinya sebagai seorang majikan, alih-alih angin tidak ribut tidak,tetiba sahaja dia dinobatkan sebagai suami segeraku.Wah,Hari itu dalam sejarah!
Tetapi itulah kan.. sudah namanya suami isteri, nak tak nak aku terpaksa menerima keadaan itu seadanya.Walaupun sebenarnya hatiku masih lagi sakit dan takut untuk menerima kehadiran insan yang bergelar lelaki.Namun setidak-tidaknya aku harus menjaga air muka abah dan ibu.
Oleh kerana menjaga air muka abah dan ibu lah maka aku terpaksa membawa diri ke rumah ini.Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku terus menetap di rumah sewa lamaku bersama Aina Sofea.Sememangnya barang-barangku masih berada di rumah itu.
Mengikut perancangan,aku akan memindahkan barangan ku setelah selesainya majlis perkahwinan ku dengan Imran Na'im. Tetapi kita hanya mampu merancang selebihnya Allah SWT yang menentukan.
Apabila tersebut sahaja nama itu perasaan ku mula bersenandung hiba.Entah mengapa hatiku terasa sakit dan pedih yang amat sangat. Sesungguhnya aku terlalu menyayanginya sehinggakan aku langsung tidak menyangka dia akan meninggalkanku dan bertindak sejauh itu.
Ah! Akhirnya mutiara hangat yang tadinya bergenang di kelopak mata kini turun jua. Lama-kelamaan ianya menjadi semakin lebat dan disusuli pula oleh esak tangis yang agak kuat.
"Ara...Araa..,"panggil suara itu berulang-kali. Ketukan di pintu di ketuk bertalu-talu.Alamak! Dia boleh dengar ke?
Aku mengesat lelehan air mata di pipi.Nafas ditarik dalam-dalam.Walaupun esak tangisku masih kedengaran, sekurang-kurangnya aku sudah mampu mengawal keadaan.
Lantas pintu bilik ku buka malas.
"Are you okay..?, wajah itu muncul di sebaliknya.Terdapat riak-riak cemas di situ.
Aku sekadar mengangguk.Namun begitu aku masih tidak dapat menyembunyikan riak sedihku.
"Err...Is that really okay? ", Rasanya dia tahu apa yang sedang berlaku saat ini.
Aku mengangguk lagi.
"No, you're not okay actually ... ", katanya sambil terus menarik tanganku.Aku terpinga-pinga.Terkejut dengan tindakan spontan lelaki itu.
"You sit here.. ", arahnya sambil menarik kerusi untukku.
Aku yang tadinya terpinga-pinga kini terkebil-kebil pula.
"Just sit..", arahnya lagi sambil tersenyum.Dan senyuman itu jarang-jarang sekali dapat dilihat. Aku seperti terpesona dalam diam.
"Don't worry...I have something for you, Ara..Wait a minute. ".
Dia kemudiannya terus ke dapur.Ruang dapur yang terbuka membuatkan aku dapat memerhatikan gerak-geri lelaki itu satu-persatu. Oh!Dia ingin memasak rupanya... Adakah dia ingin memasak sesuatu untuk ku?Wah!Kalau betul, you are so lucky, Ara Alana...Dia bukan sahaja seorang CEO yang berjaya malah pandai memasak pula tu! That's is so amazing...
Ku perhatikan sahaja dia.Gerakan tangannya yang lincah menggunakan segala peralatan dapur, seolah-olah seperti seorang chef profesional adanya.Adakah aku tersalah pandang?Rupa-rupanya terlalu banyak sisi lain yang istimewa pada seorang Mr Bos Korea ini.
"Just try...", dia meletakkan sepinggan spageti carbonara di hadapanku.
"Untuk Ara ke...?",Aku sedikit teruja.Melihat pinggan yang cantik berhias itu mengingatkan aku kepada rancangan Masterchef.Tak sangka, berbakat besar sungguh lelaki itu.
"I know you lapar... tenaga you dah banyak hilang sebab menangis tadi....Better you makan dulu.. Nanti menangis lain..."
What? Dia nak pujuk aku ke or just nak perli aku.Sia-sia sahaja aku memujinya melambung. Aku mencebik.Geram pulak rasanya.Lelaki itu tergelak besar.Dan aku seperti terpesona untuk kesekian kalinya.
Share this novel