Majlis pernikahan ku dengan Imran Na'im hanya berbaki dua hari sahaja lagi.Hatiku semakin berdebar-debar.Inilah detik yang ku tunggu- tunggu sebenarnya.Perkenalanku dengan Imran Na'im sudah lama.Semenjak zaman sekolah menengah lagi.
Kemudian kami sama-sama meneruskan pengajian di sebuah universiti terkenal di ibukota.Waktu itulah hubungan kami bertambah erat.Mungkin kerana kedua-duanya berada jauh daripada keluarga maka kami saling bergantung antara satu sama lain.Setelah berjaya memperoleh ijazah, kami terus sahaja ditunangkan.
Kini detik bahagia antara kami bakal tiba jua.Persiapan yang dibuat sederhana sahaja. Cukup sekadar memenuhi syarat kata orang. Jemputan pun dikhususkan buat sedara-mara dan kenalan rapat amnya.Lagipun kami tidak suka membazir.Tambahan pula kami berdua baharu sahaja menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.
"Achik,yang ni nak letak kat mana?", tiba-tiba muncul Aafi Azeem.Ditangannya terdapat sekotak hadiah yang agak besar.
Dia adalah adik bongsu ku.Selain kami dua beradik,aku mempunyai dua orang abang lagi iaitu Aidan Afeef dan Aalif Amzar.Beza usia antara mereka hanya selang satu tahun sahaja dan itu menjadikan hubungan keduanya agak rapat.Malah ramai yang beranggapan bahawa mereka adalah pasangan kembar seiras. Hahaha...Tipah tertipu,beb!
Bapaku pula, Encik Adam Mukhriz merupakan seorang pesara tentera manakala si ibu Puan Seri Aida surirumah sepenuh masa. Kami tinggal di sebuah perkampungan kecil nun jauh di utara tanahair.
"Letak je atas meja tepi dinding tu..",aku menudingkan jari ke arah yang dimaksudkan.
Setelah selesai,dia terus keluar.Katanya dia perlu menolong kedua abangnya memasang khemah. Kerja majlis perkahwinanku dilakukan sendiri oleh kami sekeluarga dan dibantu pula warga kampung yang memahami.
Aku meneruskan kerjaku menghiaskan bilik.Cadar beropol berwarna baby blue terletak kemas di tempatnya.Langsir berwarna putih berbunga biru terbuai-buai di tiup angin petang. Terdapat gubahan bunga air tangan dariku di atas meja solek dan penjuru katil.Begitu juga di atas katil, masih terlihat hasil nukilanku di situ.
"Ara....!", suara itu mengejutkan ku.
Itulah suara yang ku tunggu-tunggu sejak tadi lagi.
"Aina...Aina Sofea..", gadis itu ku peluk semahu-mahunya.
"Ish...apa ni..aku baharu sampai laa..panas lagi nii..jauh kot aku drive..",dia cuba meleraikan pelukan ku.
"Aku tak kira.. Hukuman sebab kau lambat!", pelukan ku kembali dikemaskan.Malah tanpa segan-silu ku cium pula pipi gebu milik Aina Sofea bertalu-talu.
Sesungguhnya aku terlalu gembira saat itu.Aina Sofea merupakan sahabat baikku semenjak dari sekolah rendah lagi.Dialah insan yang sentiasa bersamaku saat suka dan duka. Keluarga masing-masing juga ibarat keluarga sendiri.Jadi wajarlah gadis manis ini terlalu istimewa bagi Ara Alana.
Share this novel