Encik Adam Mukhriz melepaskan satu keluhan berat.Foto keluarga yang berada di dalam bingkai cantik itu diusap dengan penuh kasih sayang. Gambar dia dan allahyarmah isterinya sedang diapit anak-anak.Itulah kenangan terakhir mereka bersama sebelum isterinya itu pergi dijemput Ilahi.
Wajah itu kelihatan begitu bahagia.Perasaan rindu yang teramat sangat menyentap lubuk hatinya.Seperti baharu semalam isterinya itu meninggalkan dia dan anak-anak.Namun begitu, Encik Adam Mukhriz redha.Allah SWT lebih menyayanginya.
Mata Encik Adam terhenti pula ke wajah satu- satu anak perempuannya.Entah mengapa hatinya tiba-tiba menjadi sayu.Dia sebenarnya tidak tahu apa yang harus dilakukan.Memikirkan perkara itu sahaja sudah cukup membuatkan Encik Adam serba tidak kena.
Teringat dia peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas.Tanpa diduga, Encik Adam menerima kunjungan tetamu yang tidak diundang ke teratak usangnya.Kehadiran wanita tersebut sedikit sebanyak mengimbau kenangan lampau.
Lebih kurang empat belas tahun yang lalu, wanita tersebut juga pernah datang untuk merebut hak penjagaan ke atas Irhan Hadi.Pada mulanya dia tidak berhasrat untuk menyerahkan anak angkatnya itu kepada wanita terbabit.Tambahan pula arwah ayah Irhan Hadi juga sudah mengamanahkannya untuk menjaga anak tersebut.
Tetapi dia tiba-tiba sahaja kehilangan pekerjaan. Khidmatnya sebagai seorang anggota tentera ditamatkan serta-merta.Dia tanpa rela terpaksa pencen awal.Encik Adam sendiri tidak tahu di mana silapnya.Wang simpanannya turut habis digunakan untuk membayar duit guaman bagi menyelesaikan kes tersebut.Namun, ia masih jua belum membuahkan hasil.
Hutangnya menjadi semakin banyak.Rumah yang dihuni bersama keluarga terpaksa dijual.Dia dan keluarga akhirnya berpindah jauh ke utara tanahair.Irhan Hadi pula diserahkan kembali hak penjagaannya kepada wanita itu dengan syarat agar agamanya tidak ditukarkan dan Irhan Hadi perlu dididik dalam ajaran Islam.
Setelah itu, hubungannya dengan Irhan Hadi terus terputus.Sehinggalah terjadinya satu peristiwa di mana mereka dipertemukan kembali dalam keadaan yang tidak terduga.Ya!Allah itu maha kaya dan berkehendak..
Encik Adam Mukhriz tahu, peristiwa yang berlaku dahulu, ada kaitan dengan wanita itu sendiri.Dia juga amat-amat mengetahui bahawa, nenek Korea Irhan Hadi ini bukan calang-calang orangnya.Dia mempunyai duit, kuasa dan berpengaruh pula.Tidak mustahil untuk dia mendapatkannya dengan mudah.
Kini wanita itu datang lagi..
"Saya harap ini dapat membantu!",wanita yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu itu mengarahkan pembantunya membuka sebuah beg.Beg itu berisi penuh not-not berwarna ungu. Hampir membulat biji mata Encik Adam apabila melihat duit sebanyak itu.Tetapi...
"Apa maksud Mrs Kim?"
"I don't mean anything.Saya hanya mahu membayar gantirugi di atas semua kehilangan. You and your daughter."
"Maksudnya apa? Saya masih lagi tidak faham"
"That's so simple, Mr Adam.You take this money and give me Irhan Hadi!"
Muka Encik Adam Mukhriz memerah menahan marah.Mrs Kim ingat perkara itu boleh diselesaikan dengan mudah?Bagi duit semuanya boleh on.Semuanya boleh dijual beli? Ini melibatkan hati dan perasaan, Mrs Kim...It's not easy!
"Sorry,Mrs Kim.Ini melibatkan anak perempuan saya.Biarlah dia dan Hadi sendiri yang membuat keputusan.Kita sebagai ibubapa tidak sepatutnya campur tangan.Kebahagiaan adalah milik mereka.."
Kali ini muka Mrs Kim pula yang memerah. Wajahnya terus berubah.Nafasnya turun naik kerana marah.Dia tidak menyangka, masih ada lagi manusia yang menolak mentah-mentah duit sebanyak itu.
Jika dulu, Mrs Kim cuba sedaya upaya untuk memisahkan lelaki itu dengan Irhan Hadi. Digunakan segala macam cara.Duit mahupun kuasa.Dan akhirnya Irhan Hadi kembali jua kepadanya.Cuma kini dia terlalu leka.. Irhan Hadi rupa-rupanya telah dewasa!
"Abah...", suara itu tiba-tiba mematikan lamunan Encik Adam.
"Eh! Along....awal balik?Tak kerja ke?Tak sihat..?", Encik Adam tertanya-tanya.Wajah anak sulungnya itu direnung lama untuk mendapatkan penjelasan.
"Sihat je...",
"Habis tu?"
"Along resign..!"
Hampir ternganga mulut Encik Adam Mukhriz dibuatnya.Biar betul...
Share this novel