Siapakah gadis ini? Kulitnya kuning langsat. Rambutnya pula berwarna perang dan sedikit beralun melebihi bahu.Sikapnya pula agak manja dan keanak-anakan.Dari segi penampilannya pula, dia kelihatan agak seksi dengan skirt pendek paras peha dipadankan dengan t-shirt ketat berwarna putih.Ah! Berbeza benar daripada Ara Alana.
Namun begitu, dari tadi lagi gadis itu asyik menempel dengannya.Naik rimas Irhan Hadi dibuatnya. Rasanya sudah agak lama juga, tiada gadis yang berani bertindak sebegitu.Kalau dulu dia sering sahaja didampingi oleh gadis-gadis hidung belang.Tetapi apabila Irhan Hadi buat acuh tak acuh dan bersikap dingin pula, perlahan-lahan mereka semakin menjauh.
Sesungguhnya Irhan Hadi lebih senang seperti itu.Hidupnya lebih tenteram dan aman damai.Dia boleh melakukan apa yang dia mahu.Apa yang dia suka...Dan apa yang dia suka saat ini,esok dan mungkin selama-lamanya, tentulah gadis manis bernama Ara Alana!
Ewah..!Apapun, dia sedikit geram dengan Ara Alana.Ada ke patut ditinggalkannya dengan gadis tersebut.Itupun setelah mereka berdua berjaya melalui hari-hari yang menggembirakan semenjak akhir-akhir ini.Malah gadis itu turut berjanji untuk cuba menerima Irhan Hadi seadanya.
Ish..!!Memang tak patut.Dia pula pergi bersama Mr Ammar Mirza, si musuh tradisi.Entah ke mana tujuannya.Yang Irhan Hadi tahu, mereka berdua keluar untuk makan tengahari.Ah!Panas hati Irhan Hadi memikirkannya.Dia dan Ara Alana baharu sahaja hendak menjalinkan hubungan special.Tiba-tiba pula, ada yang nak kacau daun. Ish!Ish!Ish ..!!Tak patut benar ni...
"Abang Ir.., jom la kita pergi makan...I lapar ni..". gadis itu memujuk rayu dalam nada yang menggoda.Naik geli-geleman Irhan Hadi jadinya.
Kemudian dipautnya pula lengan Irhan Hadi lalu menggesel-geselkan kepalanya di situ.
Terkejut betul dia dengan tindakan spontan gadis yang tidak dikenalinya itu.Cepat-cepat Irhan Hadi menguis tangan gadis tersebut lalu menjarakkan diri.
"Hey,girl! Are you crazy?"
"Of course I'm crazy... I'm crazy because of you, Mr Irhan Hadi...", terdengar ketawa mengekek di penghujung ayat tersebut.Eii...dah serupa langsuir bunyinya..
"I don't know you..Why you can do like that..?", Irhan Hadi sedikit berang.Sudahlah dia ditinggalkan Ara Alana, kini terpaksa pula berhadapan dengan makhluk Allah yang entah dari mana asal usulnya!
"Yes, you tak kenal I.But I know you, Abang Ir..and after this, I'm sure..You will always know me.."
"By the way, I'm Ameera Hanna.Just call me, Hanna...and you also call me 'sayang' or anything you want..", gadis itu tersenyum menggoda sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman.Irhan Hadi sedikit pun tidak tergugat. Kalau itu adalah Ara Alana, mungkin...
Huluran tangan itu dipandang Irhan Hadi sepintas lalu sahaja.Dia langsung tiada niat untuk menyambutnya.Baik dia segera beredar dari situ.Ya! Itulah yang terbaik.Lantas Irhan Hadi terus melangkah mendapatkan lif yang terbuka tanpa menoleh lagi.
Ameera Hanna hanya mampu tersenyum sinis. Dia terasa tercabar.Jarang benar ada lelaki yang menolaknya.Lelaki yang seorang ini memang lain daripada yang lain.Jika dibandingkan dengan lelaki yang pernah dikenalinya, Irhan Hadi ternyata bersikap lebih dingin dan jual mahal orangnya.
Namun itulah tarikannya.Dan Ameera Hanna akan pastikan yang lelaki yang seorang itu akan menjadi miliknya.
Share this novel