BAB 67

Romance Series 16994

Meja tetamu di ruang tengah penuh dengan makanan.Pelbagai juadah yang terhidang nampak begitu menyelerakan.Siap ada ketupat dan rendang lagi...Ammar Mirza mengerutkan keningnya.Hari raya dah tiba ke? Rasanya dia masih belum berpuasa sebulan atau dia sebenarnya mengalami amnesia?

Yang pastinya, keluarganya seperti ingin menyambut seseorang yang istimewa.Tentu sekali ia jarang-jarang berlaku disebabkan komitmen ibubapanya yang sentiasa berulang- alik ke luar negara.Ameera Hanna pula, entah sejak bila terlajak rajin.Macam nak sambut putera raja sahaja lagaknya..

Ammar Mirza tidak memperdulikan semua itu.Dia terlalu penat.Setelah seharian berada di pejabat, dia perlukan rehat.Dia juga perlu mandi dan membersihkan dirinya.Hajat di hati, Ammar Mirza teringin untuk memejamkan mata seminit dua. Lantas dia terus bergerak ke tingkat atas banglo tiga tingkat itu.

Namun hajatnya tidak kesampaian apabila namanya dipanggil beberapa kali untuk menyertai tetamu di ruang makan.Ammar Mirza sedikit mengeluh namun dia akur jua. Perlahan- lahan Ammar Mirza turut menyertai mereka.

Apabila terpandang sahaja tetamu mama dan abah, tergamam Ammar Mirza jadinya.Mrs Kim? Apa yang dia buat di sini?Ah! Mungkinkah mereka ingin membincangkan tentang perkahwinan Ameera Hanna?Oh!

Ammar Mirza menggeling-gelingkan kepalanya. Sempat juga dia mengeluh tanda tidak puas hati. Disangkanya perkara tersebut telah berakhir.Ini berikutan tiada sebarang kata putus daripada pihak lelaki.Tetapi kini, apa dah jadi?

Adakah mereka akan tetap menyatukan Irhan Hadi dengan Ameera Hanna? Bagaimana pula dengan Ara Alana? Memikirkan gadis itu sahaja, sudah cukup membuatkan hati Ammar Mirza berasa sakit yang amat sangat.
Ammar Mirza sebolehnya-bolehnya tidak mahu mencampuri urusan tersebut kerana ia turut melibatkan Ameera Hanna.Namun begitu dia juga menginginkan kebahagiaan buat Ara Alana. Sesungguhnya Ammar Mirza tidak sanggup melihat gadis itu terluka lagi.

"Ammar,sini..say hi to Mrs Kim..", kata-kata mama membuatkan Ammar Mirza hampir tergelak.Apa? Ingatkan dia budak-budak baharu nak up ke?
Ammar Mirza hanya tersenyum simpul sambil menundukkan sedikit kepalanya.Entah mengapa terasa benci pula melihat wajah Mrs Kim. Walaupun begitu, dia masih lagi seorang yang beradab dan menghormati orang yang lebih tua.

Wanita yang mempunyai darah campuran Korea Amerika itu tersenyum kepadanya.Tetapi bagi Ammar Mirza, aura arrogant masih sangat menebal dalam diri wanita itu.Kini dia baharu menyedari, dari mana Mr Irhan Hadi mewarisi sikap tersebut..

"So daripada apa yang dibincangkan tadi, semua setujulah, ya.."
"Ya! Kita akan satukan mereka hujung bulan depan..", sampuk Mrs Kim.
Eh! Boleh berbahasa Melayu rupanya dia.Selama ini Ammar Mirza menyangkakan yang wanita itu hanya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Korea sahaja.Rupa-rupanya..Wah!Hebat..Boleh tahan!

Tapi biar betul! Agak-agak apa reaksi Mr Irhan Hadi apabila mengetahui kesudahan perkara ini? Rasanya lelaki yang seorang itu sudah menentang habis-habisan.Ah!Dia pula yang tidak senang duduk.

Namun nampaknya Ameera Hanna begitu senang dengan persetujuan ini.Malah dia turut tersipu- sipu malu.Sekali lagi Ammar Mirza menggeling- gelingkan kepalanya apabila melihat tindak tanduk adiknya.Be a nice girl, Hanna...

"Don't worry, Hanna..I will make sure Irhan Hadi will be yours.If he still refuses, I will use another method.Don't worry, okay..",Mrs Kim menepuk- nepuk tangan Ameera Hanna seolah-olah membuat janji.Jauh di lubuk hati Mrs Kim dia sebenarnya sangat mengalu-alukan gadis itu dalam keluarganya.

Sejujurnya pula, Mrs Kim langsung tidak menyukai gadis kampung yang bernama Ara Alana.Apatah lagi apabila dia mengetahui asal usul gadis itu.Ameera Hanna nampaknya semakin lebar senyumnya.Kembang kempis pula hidungnya setelah mendengar kata-kata Mrs Kim.

Ammar Mirza hanya mampu mengerutkan dahinya.Apa yang Mrs Kim nak buat?She knows everything.Dia seorang jutawan yang kaya raya. Malah dia juga seorang yang amat berpengaruh. So, apa yang dia tidak boleh buat? Entah mengapa Ammar Mirza mula berasa tidak sedap hati...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience