Selesai sudah majlis tahlil arwah ibu.Selama tiga hari berturut-turut majlis itu diadakan.Aku kini lebih tenang dan perlahan-lahan dapat menerima kenyataan.Sesungguhnya ibu hanyalah pinjaman semata-mata dan aku harus redha.
Beg dan barang-barang ku sudah dikemaskan ke dalam beg beroda itu.Sebentar lagi kami akan berangkat untuk pulang.Sudah tiba masanya untuk kami meneruskan kehidupan.
Setelah selesai, baharulah aku sedari lelaki itu rupa-rupanya sedang duduk bersandar di kepala katil.Aku sedikit tersentak.Adakah dari tadi lagi dia berada di situ? Adakah dia sedang memerhatikan ku? Ah! Tiba-tiba terasa janggal pula.
Seram sejuk dibuatnya.Mulalah hatiku berdebar-debar.Jantung berdegup kencang. Entah jampi apalah yang dipakai lelaki seorang ini sehingga semua yang dibuat olehku menjadi tidak kena.
"Err..You want anything..?",tanyaku sedikit gugup.
Bukan boleh percaya mamat ni.Dibuatnya diterkamnya aku kat sini.Menangis tak berlagu la jawabnya.
Bukan sekali dua lelaki itu bertindak sesuka hatinya.Malah berkali-kali.Dia dengan berani sengaja memegang tanganku.Wajahku juga pernah disentuhnya.Tetapi nasib baik ia segera berakhir di situ.Sekurang-kurangnya dia masih mampu menjaga jarak dalam hubungan kami.
Walaupun di dalam perjanjian sudah dilarang keras untuk melakukan sentuhan fizikal, tetapi aku tidak mahu memandang serius perkara itu.Sesungguhnya aku sudah cukup bersyukur kerana lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan dan sangat-sangat menghormati ku sebagai seorang perempuan.
Irhan Hadi hanya menggeleng.Wajahnya sedikit keruh. Nampak seperti sedang bermasalah.
"Are you, okey?", tanyaku lagi.
Lelaki itu memandangku lama.Seperti ada sesuatu yang berlegar-legar di kepalanya tetapi tidak mampu untuk diucap.
"If there's something you want to talk about, just say it.I heard you.."
Irhan Hadi mengeluh perlahan.Namun aku dapat menangkapnya.Berat sungguh bunyinya.
"I heard from Fariz.Nampaknya Mr Ammar dah tahu.."
"About what?"
"Tentang kita.Tentang perkahwinan kita...", mendatar sahaja bunyi suara Irhan Hadi.
Kali ini aku pula yang mengeluh.Sudah ku duga perkara ini akan berlaku.Sebetulnya aku tidak dapat berahsia lagi tentang hubungan ku dengan Irhan Hadi.Ammar Mirza seperti dapat meneka, ada sesuatu yang tidak kena antara kami.
Jadi aku mengambil keputusan muktamad dengan memberitahunya tentang keadaan yang terjadi saat itu.Aku memberitahunya semasa kami bersama-sama menghirup udara pagi di tepi bendang.Yang jelasnya, aku menceritakan tentang Imran Na'im yang meninggalkanku dan Irhan Hadi pula bertindak sebagai pengantin pengganti.
Ya! Hanya itu.Hanya itu yang ku suarakan. Aku langsung tidak menyentuh tentang perjanjian kontrak antara aku dan Irhan Hadi. Biarlah perkara itu terus menjadi rahsia sehingga ia benar-benar berakhir.
"Oo..itu..memang dia dah tahu.I told him."
"But why, Ara?", suara Mr Bos yang seorang ini sudah mula meninggi.Aku tersentak.Kecut perut pula jadinya.Rasanya sudah lama aku tidak nampak sisi Irhan Hadi yang ini..
"Bukankah kita sudah setuju untuk merahsiakan perkara ini? Tidak ada seorang pun yang patut tahu..Kenapa,Ara..kenapa??!!"
Dia nampaknya betul-betul marah.Renungannya, alahai...adakah dia tergolong dalam kumpulan karnivor? Dan aku pula sebaliknya? Ah! Sudah tentu aku hanya sekadar sekecil-kecil zarah di matanya.Alamak! Aku nak buat macam mana ni..? Patutkah aku memujuknya? Atau merayu kepadanya? Ish!Memang tidak laa..
"Adakah kerana dia Ammar Mirza? That's why you told him?!"
Dahiku berkerut.Apa maksud Irhan Hadi.Nadanya berbau seperti cemburu.Adakah aku pasti?Ah! Apa yang pasti lelaki itu sudah meninggalkanku tertanya-tanya sendiri.
Share this novel