BAB 20

Romance Series 16994

"Aku terima nikahnya Ara Alana binti Adam Mukhriz dengan mas kahwin sebanyak yang disebutkan tunai..." , suara itu jelas kedengaran diperdengaran ku.
Ah,sah! Akhirnya setelah tiga kali akad,aku kini sahih menjadi isteri orang.
"Alhamdulillah...",ibu terus sahaja memelukku.Terpancar sinar kegembiraan daripada wajah itu.Begitu juga dengan Aina Sofea.Mereka memelukku silih-berganti.


Aku tidak mampu berkata apa-apa.Badanku terasa lemah tidak bermaya.Fikiranku kosong. Hanya air mata yang menjadi saksi.Perasaanku saat itu melayang entah ke mana.Haruskah aku gembira?Atau haruskah aku menangis?


Apa yang pasti,aku terpaksa menerima saranan keluarga ku untuk menerima lelaki itu sebagai suami bagi menggantikan tempat Imran Na'im.Kata Angah,aku perlu menikahi lelaki itu bagi mengelakkan keluarga kami dimalukan.Ah!Lelaki itu?Aku tidak tahu siapa dia.Yang aku tahu,dia pernah menjadi sebahagian daripada keluarga kami semasa kecilnya.Dan kini semestinya, aku tidak mengenalinya lagi.


Doa yang dibaca sayup-sayup diperdengaran. Di aaminkan pula oleh mereka yang terdekat.Air mataku terus mengalir tanpa henti.Seolah-olah tiada noktah dan penghujungnya.Di sinikah akan berakhirnya hidupku?Setelah ditinggalkan oleh seorang yang bernama Imran Na'im... aku harus menghabiskan seluruh jiwa dan raga ku untuk seorang yang tidak pernah aku dambakan..


Ya, Allah! Adakah ini ketentuan dariMu? Adakah ini takdirMu? Sesungguhnya aku tidak ada pilihan.Aku hanya mampu merancang, selebihnya Allah SWT yang tentukan.Tetapi, untuk menerima seorang lelaki tidak dikenali bagi menggantikan tempat Imran Na'im bukan sesuatu yang mudah.Ah!Aku menangis lagi.

"Ara,dia datang...dia datang...",Aina Sofea bersuara teruja sambil berlari-lari anak.Ibu hanya tersenyum memerhatikan tingkah-laku gadis itu.
Dia yang baharu selesai mengintai di sebalik langsir segera mendapatkanku.
"He's very handsome, Ara ... lucky you .. ",puji Aina Sofea.
Aku diam.Itu bukan sesuatu yang penting,Aina..

"Ibu... pengantin lelaki nak masuk,batalkan air sembahyang..",lembut dan tenang sahaja suara Along.
Dan tentu sahaja hatiku tidak setenang itu.Aku hanya mampu menunduk tidak keruan.


Jelas kelihatan lelaki itu semakin menghampiri.Disebabkan aku yang menunduk, aku tidak melihat wajahnya.Yang aku perasan, dia mengenakan baju melayu berwarna hijau apple!Sah,sah!Baju itu milik Imran Na'im pada asalnya.Baju yang ku jadikan sebagai hantaran untuk dipakai Imran Na'im pada majlis resepsi di sebelah keluarganya.Ah!


Atas arahan Along dan ibu,dia duduk disampingku.Ibu menghulurkannya sebentuk cincin bertatahkan berlian untuk disarungkan ke jari manis ku.Lelaki itu menurut sahaja.Berderai lagi airmataku apabila melihat cincin itu.Cincin yang dibeli Imran Na'im dan dipilih sendiri olehku. Bezanya bukan Imran Na'im sendiri yang menyarungkannya tetapi lelaki itu.


Umpama robot yang menurut kata,aku kemudiannya mencium tangan lelaki itu dan dia tanpa ku duga menghadiahkan ku sebuah ciuman tepat ke ubun-ubun.Aku tergamam.Sedikit tersentak dengan tindakan lelaki tersebut.


Perlahan-lahan ku gagahkan diri untuk mendongak.Mata kami bertembung di situ.Lamaa..Oppss...!!Hampir terlopong mulutku. Benarkah apa yang aku nampak?Is he Mr Irhan Hadi?Is it right or wrong?Ah!Makin berkecamuk jadinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience