Aku membuka mata perlahan-lahan.Masih terasa pening.Namun ku gagahkan jua diri ini.Sempat aku memerhati sekeliling.Semuanya putih! 0pss! Kat mana ni?Di alam bunian ke? Semestinya tidak..Aku kini berada di hospital.Ya! Tidak salah lagi..
Kelihatan botol drip yang bergantungan di sebelahku hampir kosong.Nampaknya lama juga aku tertidur.Atau pengsan?Ah! Entahlah...Yang aku tahu, aku dilanggar oleh seseorang. Bukannya dilanggar dengan kereta, tetapi..yalah! Langgar macam tu sahaja..Huhu..susah betul untuk aku jelaskan.
Disebabkan rempuhan lelaki itu yang agak kuat dan tiba-tiba, aku tidak dapat mengawal diri lalu jatuh terduduk.Hentakan yang kuat di bahagian punggungku menyebabkan perutku seperti diserang rasa sakit yang maha hebat.Perutku? Jangan-jangan...
Aku meneguk liur.Tanganku yang sedikit menggigil mengusap-usap perutku.Cuba merasai kehadiran si penghuni rahim yang usianya baharu mencecah dua bulan.Air mataku mula berlinang.Adakah perkara tak elok berlaku? Bagaimana dengan anakku?Selamatkah dia?
Lantas tanpa berfikir panjang, aku bingkas bangun.Cuba untuk menuruni katil hospital yang agak tinggi itu.Hajat di hati aku ingin segera menemui seseorang yang boleh membantuku. Mungkin doktor..mungkin jururawat..mungkin sesiapa sahaja..Janji dia boleh menjawab setiap persoalan yang bermain-main di fikiranku.
"Ara...", suara itu tiba-tiba muncul di balik pintu.
"What are you doing?", lelaki itu tergesa-gesa mendapatkanku.Dipapahnya aku kembali ke katil lalu dibaringkan tubuhku di situ.
Aku terkebil-kebil.Dia?Apa yang dia buat kat sini?
“You need to rest.Doktor dah cakap, habiskan dulu One drip.. baharu boleh balik..", katanya sambil menarik selimut ke tubuhku.
Aku masih lagi terkebil-kebil.Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.Diakah yang telah melanggar dan menghantarkan ku ke hospital? Mungkin juga.Kerana seingat aku, memang ada seorang lelaki semasa kejadian cuma aku tidak begitu mengingati wajahnya.
"Are you hungry?Nak makan sesuatu?Or nak minum?..",tanyanya selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Ish!Dia ni lupa ingatan ke apa..Teruk sangatkah effect pelanggaran tersebut sehingga ini yang terjadi? Bukankah sebelum ini aku dan dia tidak berjumpa berminggu-minggu lamanya.Jangankan bersembang, bertanya khabar juga tidak pernah. Yang pastinya masih ada perselisihan yang belum selesai antara kami berdua.
"Ara, I'm sorry ...", katanya tiba-tiba.
Irhan Hadi minta maaf? Thats so impossible! Tetapi untuk apa?Adakah kerana telah melanggar ku tanpa sengaja atau melukai hatiku dengan sengaja?Yang mana satu betul...
"For what..?",suaraku antara dengar dengan tidak.Wajahnya ku renung dalam-dalam.Dia masih seperti dulu.Handsome nya dia memang tidak boleh bawa bincang! Ah! Jantungku berdegup agak kencang.Masih terasa ada getaran di situ.
"Pasal ini...Maaf, Abang memang tak sengaja langgar Ara.Mujur baby tak apa-apa..Ara cuma terlalu letih.Hanya perlukan rehat..."
"Maksud abang, baby Ara tak apa-apa..dia okay je..?", senyum ku sudah sampai ke telinga.
Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum.Namun ia nampak agak hambar pada pandanganku. Kenapa ya?
Agaknya Irhan Hadi masih belum boleh menerima kenyataan bahawa bayi yang dikandungnya ini adalah anaknya.Tetapi itu salah ku juga.Aku sendiri yang menyembunyikan hal sebenar dari pengetahuannya.Namun di saat itu aku tidak dapat berfikir dengan waras.Tersepit antara dia dan keluargaku.
"Terima kasih sebab bawa Ara ke sini..."
Dia merenung ku tidak berkelip.
"Terima kasih sebab selamatkan baby Ara .."
Kali ini mulutnya hampir ternganga.
"Terima kasih atas semuanya..."
Kini matanya sudah membulat.
Tanpa sepatah kata.Tanpa sebarang ucapan. Irhan Hadi hanya memandangku dengan pandangan yang dia seorang dapat simpulkan...
Share this novel