Seperti biasa, aku mencium tangannya dengan hormat.Dihadiahkan pula secarik senyuman yang paling manis aku rasakan.Teristimewa buat lelaki yang bergelar suami itu.Tersenyum lebar dia dibuatnya.
Baharu sahaja kakiku mula menjejak tanah, dia tiba-tiba menahan ku.
"Ara lupa, ya.."
Aku mengerutkan dahi.
"Lupa apa?", terus sahaja mataku melilau mencari sesuatu di dalam kereta.Takut-takut ada sesuatu yang tertinggal.Walhal aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang sedang aku cari.
Dan apabila mataku bertembung dengannya, dia hanya tersenyum nakal.Matanya seperti sengaja menyembunyikan sesuatu.Dia kemudiannya membawa jari telunjuknya ke pipi. Mengetuk- ngetuk pipi tersebut dengan hujung jari lalu menghantar isyarat minta dicium.
Ish!Dia ni kann...sempat aku merungut di dalam hati.Tetapi aku masih jua menuruti kemahuannya.Lantas dengan malu-malu, aku menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kanannya. Makin lebar senyumannya.
Namun dia masih belum berpuas hati.Diarahkan pula jarinya ke pipi yang satu lagi.Aku mencebik geram.Nakal dan berani betul Mr Bos Korea yang seorang ini.Jadi, aku cuba mengabaikannya.Jika dilayan, makin menjadi-jadi pula nakalnya nanti.
Justeru itu, cepat-cepat aku cuba melangkah keluar.Dia pula tanpa ku duga, cepat-cepat pula menarik, memeluk lalu mencium ku semahu- mahunya.Terkebil-kebil aku jadinya.
"Woi! Dah lah tuu...aku ada nii...",suara yang agak kuat itu segera membuatkan Irhan Hadi melepaskan pelukannya.Sempat dia tersenyum sendiri sambil menggeling-gelingkan kepalanya. Hujung bibirnya pula digigit berkali-kali.Ah! Aku suka kalau dia beraksi sebegitu.Opss!!
Hampir terlupa pula.Aina Sofea yang dari tadi lagi bersama kami, terlebih dahulu keluar dari kereta. Aku dan gadis itu bercadang untuk menghabiskan masa dengan bershopping bersama.Jadi Irhan Hadi menumpangkan kami ke Pasaraya tersebut.
Aina Sofea yang memerhatikan pasangan baharu nak up itu kini sudahpun bercekak pinggang. Geram pula dia apabila diabaikan sebegitu rupa. Geli-geleman pun ada dengan aksi terlampau mereka berdua.Eiii...terasa meremang bulu romanya.Bercinta selepas kahwin ni, memang sesuatu yang berbeza....
"Ala, janganlah marah.. Sorry okay..",aku memaut lengan Aina Sofea setelah Irhan Hadi bergerak meninggalkan kami.
"Sorry aje....?",Aina Sofea seperti merajuk.
"Tentulah takkk..Hari ni aku belanja.Cakap je nak makan apa..nak beli apa..it's up to you.."
"Wah! Gaji dah masuk dah ke..?"
"Bukan gaji yang itu.Gaji yang iniii...", sengaja aku menayang-nayangkan kad kredit platinum tanpa had kepunyaan Irhan Hadi di hadapan gadis itu.
"Untunglah...orang ada laki CEO..."
Akhirnya kami berdua serentak ketawa.
Kami kemudiannya singgah di sebuah restoran makanan Korea di dalam pasaraya tersebut.
"Pak Long Adam apa khabar?"
Lama Aina Sofea tidak mendengar khabar daripada bapa sahabat baiknya itu.Kalau dulu, sebelum Puan Seri Aida meninggal, selalu juga dia bertandang ke rumah mereka sekiranya pulang bercuti di kampung.Tetapi kini, Aina Sofea menjadi segan pula.Apatah lagi apabila Aidan Afeef, abang sulung Ara Alana tinggal bersama.
"Dia okay...okay...", terangguk-angguk kepalaku sambil terus menyuapkan makanan.Berselera betul aku makan.Semenjak akhir-akhir ini aku menjadi taksub dengan makanan Korea.Adakah kerana Irhan Hadi? Ahaks!
"Along...??"
Segera aku mengerling Aina Sofea dengan ekor mata.Tersenyum simpul aku dengan pertanyaan itu.Sesungguhnya aku suka kalau sahabatku yang seorang itu bertukar status menjadi kakak ipar.Mereka sebenarnya sungguh serasi bersama.Hanya Aina Sofea sahaja yang jual mahal.
"He looks okay..."
"Kau cakap dia dah resign..."
Aku terangguk-angguk lagi.
"Lama dah kot dia kerja kat situ.Tetiba...dia resign macam tu je..."
"Yup! Dia cakap dia dah boring.."
"Aikk..biar betul!Hari tu dia cakap, dia akan mengabdikan seluruh jiwa dan raganya kat hotel tu.Dia sanggup buat apa sahaja demi menaikkan nama syarikat.Dia juga tidak akan berhenti selagi khidmatnya diperlukan.."
"Yezza...aku pun selalu dengar Along cakap macam tu..by the way, Angah pun tengah bercuti sekarang..."
Aina Sofea mengerutkan keningnya.
"Dia digantung kerja selama sebulan..gaji potong.."
Bulat mata gadis itu memandangku.
"Katanya ada masalah disiplin..."
Kali ini mulutnya pula hampir terlopong.
"Are you serious, Ara?Ini kebetulan atau suratan?"
Aku hanya tersenyum pahit.Sesungguhnya aku tidak tahu itu kebetulan atau suratan.Yang aku tahu, hatiku mula berasa kurang sedap.
Di dalam fikiranku terbayang-bayang wajah Mrs Kim.Terbayang-bayang perbuatannya terhadap keluarga kami berbelas-belas tahun yang lalu. Adakah dia masih seperti itu? Adakah apa yang berlaku kepada keluarga ku kini, bersangkut-paut dengannya?
Allahuakbar! Sesungguhnya kita hanya merancang...
Share this novel