BAB 82

Romance Series 16994

Irhan Hadi menyandarkan tubuhnya malas.Kerusi pejabat yang agak empuk itu seperti sengaja membelai-belai jiwanya.Matanya terpejam rapat. Bukannya dia mengantuk.Cuma fikirannya melayang jauh.

Wajah nan manis Ara Alana seolah-olah berlegar- legar di ruang matanya.Mengingatkan kepada si pemilik wajah, Irhan Hadi menjadi serba-salah.Dia sendiri tidak tahu, apa yang harus dilakukan.

Lagi dua hari lagi, perbicaraan kes penceraian antaranya dengan gadis itu akan diadakan.Di situ akan berlakunya pengesahan lafaz cerai menandakan akan tamatnya hubungan mereka. Namun yang pasti, Irhan Hadi masih belum bersedia untuk melepaskan Ara Alana.

Pada mulanya dia merasakan seperti hubungannya dengan gadis itu sudah menemui jalan buntu.Tetapi apabila mereka bertemu kembali dalam keadaan yang tidak dijangka, Irhan Hadi menyedari bahawa perasaannya terhadap gadis itu sebenarnya masih tidak berubah.Malah pertemuan itu mengukuhkan lagi betapa dia menyanyangi dan takut pula kehilangannya.

Cuma di saat ini dia juga harus memikirkan Mrs Kim.Wanita itu telah banyak menabur jasa membesarkannya.Jatuh bangun Irhan Hadi adalah terletak di bahu wanita tersebut.Masakan dia sanggup membelakangi seseorang yang sudah dianggap sebagai ibubapanya sendiri.

"Mr Boss...", suara itu mematikan lamunannya.
"Mrs Kim sudah tunggu di bawah.Katanya dia malas nak naik ..",Fariz Adha menyampaikan info terkini.

Irhan Hadi sekadar mengangguk.Dia sudah dimaklumi wanita itu untuk makan bersamanya. Katanya, ada perkara yang perlu dibincangkan. Ah! Apa lagi kalau bukan perkara yang melibatkan Ameera Hanna.Tentu si pengadu sudah mengadukan hal tentang layanan tak berapa nak menjadi Irhan Hadi terhadapnya.Huhuhu...ada Irhan Hadi kisah...

Lantas Irhan Hadi bergegas turun.Tetapi matanya menangkap satu kelibat yang dia cuba hindari.Ameera Hanna?Apa lagi yang dia nak ni..? Gadis itu selalu membuatkan hidupnya terasa seperti di neraka.Ke mana sahaja Irhan Hadi pergi, dia selalu mengekori.Naik rimas Irhan Hadi dibuatnya.Jadi Irhan Hadi sengaja membatukan diri.Menyembunyikan dirinya tidak jauh dari situ.

Nampaknya Ameera Hanna sedang asyik berbual dengan seseorang.Wajah si pemilik tidak dapat Irhan Hadi pastikan disebabkan ia tersembunyi di sebalik dinding konkrit itu.Namun daripada intonasi percakapannya Irhan Hadi tahu bahawa itu adalah Mrs Kim.

"I really don't know, what should I do with Irhan Hadi.He's a difficult guys.Nampaknya dia masih belum dapat terima Hanna.Although the wedding ceremony will be held in a few days...",jelas kedengaran butir bicara gadis itu.

"Don't worry, Hanna.Just wait a little longer.After what I've done, Irhan Hadi will be yours.."
Apa yang Mrs Kim dah buat?Apa maksud dia? Irhan Hadi mula berasa tidak sedap hati.Seperti ada yang tidak kena.

"So, how about Ara Alana?"
"Nothing! She can't do anything.She had to sign a divorce application because of her brothers.She has no choice!"

Darah Irhan Hadi menyerap ke muka.Perasaan marah membuak-buak di dadanya.Jadi itukah yang terjadi? Walaupun dia masih tidak tahu hujung pangkalnya tetapi Irhan Hadi sudah dapat meneka bahawa, apa yang berlaku sejak akhir- akhir ini adalah berpunca daripada Mrs Kim. Wanita yang amat-amat dihormatinya.

Irhan Hadi mendengus kesal.Sungguh tidak disangkanya.Mungkin kes penangkapan gambar romantis antara Ara Alana dan Mr Ammar Mirza juga berkait-rapat dengan wanita itu.Seperti sengaja diada-adakan bagi meruntuhkan rumahtangga mereka.Ah! Betul kata Ammar Mirza..

"I hope after this, the bond between Irhan Hadi and Ara Alana will be severed.His family also... From then until now, the family always take a lot of my happiness...I will not to forgive them!"

"Aaa..Aaa..Abang Ir...", gadis itu kelihatan sedikit tergamam apabila Irhan Hadi mula menghampiri mereka.Begitu juga dengan Mrs Kim.Wajah mereka pucat lesi.

Dan Irhan Hadi tidak dapat menahan sabar lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience