BAB 80

Romance Series 16994

Masuk kali ini entah berapa kali Irhan Hadi melepaskan keluhannya.Gelagat gadis yang seorang itu betul-betul merimaskan.Ada sahaja yang tidak kena dimata.Butik pengantin ala-ala kayangan itu juga turut tidak menepati seleranya.

Naik meluat pula dia dengan aksi mengada- ngada si gadis.Ikutkan hati, mahu sahaja Irhan Hadi menghadiahkan penampar free.Biar dia rasakan.

Tetapi apabila memikirkan Mrs Kim, terpaksa dia membatalkan hasrat sucinya itu.Nama baik dan air muka Mrs Kim juga perlu dijaga.Walaupun jauh di dalam hati, Irhan Hadi tidak pernah mengimpikan untuk berkahwin dengan gadis itu.Namun dia terpaksa.Dia terpaksa demi Mrs Kim!

Pada mulanya, dia sememangnya berkeras dengan keputusannya.Dia cuba mempertahankan Ara Alana.Tetapi apabila mengetahui tentang penyakit jantung dan darah tinggi Mrs Kim yang bertambah parah, dia sedikit berbelah-bagi. Akhirnya dia terpaksa dalam keterpaksaan.

Lagipun, hubungan dia dengan Ara Alana seperti menuju ke jalan yang buntu.Ara Alana dengan sikap degilnya manakala dia sendiri masih di dalam keegoan.Masing-masing tidak mahu mengalah.Sudahnya dia kini terasa terbeban.

Menurut Mr Ammar Mirza, tiada sebarang hubungan istimewa antaranya dengan Ara Alana. Apa yang berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kecemasan yang berlaku secara tiba- tiba.Tidak lebih dari itu.Menurutnya lagi, kemungkinan ada seseorang yang berniat tidak baik cuba mengambil kesempatan di atas apa yang sedang berlaku.

Ah! Haruskah Irhan Hadi percaya? Ammar Mirza bukanlah seorang yang rapat dengannya. Hubungan mereka hanya sekadar pemilik bersama yang saling mengejar keuntungan. Sedangkan Ara Alana sendiri tidak mahu berterus-terang.Sepatutnya dia yang harus menceritakan tentang perkara yang sebenarnya.

Lagipun, siapakah orangnya yang berniat tidak baik dan cuba mengambil kesempatan itu?Mrs Kim?Wah! Itu memang mustahil..

Irhan Hadi akui, wanita itu tidak begitu menyukai hubungannya dengan Ara Alana, tetapi untuk memusnahkannya, tentu sahaja dia tidak sanggup! Irhan Hadi adalah satu-satu cucunya. Satu-satu pewarisnya.He's the only one!Tentu mustahil untuk wanita itu cuba menghancurkan kebahagiaan Irhan Hadi sehingga sedahsyat itu.

"Sorry, Hanna..I have to go now...", Irhan Hadi cuba mengundur diri.
"Hey, I'm not finished yet.Banyak lagi baju-baju yang I tak sempat nak try..."
"Yes, you can go on.I have a meeting soon."

Terus ditinggalkan gadis itu tanpa menunggu jawapan daripadanya.Langkahnya agak tergesa- gesa.Sesungguhnya Irhan Hadi mahu cepat berlalu dari situ.Biarlah gadis itu nak kata apa. Mungkin dia marah.. mungkin dia merajuk.Atau mungkin juga dia ingin mengakhiri hubungan ini? Yezza!! Itu semestinya satu berita yang gembira.

Tetapi Irhan Hadi tidak peduli dengan semua itu.Yang penting dia segera terlepas daripada cengkaman si gadis.

"Opss...", tanpa sengaja dia telah terlanggar sesusuk tubuh.Disebabkan rempuhan tubuhnya yang agak kuat, gadis bertubuh kecil yang tidak kelihatan wajahnya itu jatuh terduduk. Habis bertaburan buah oren yang dibawanya.

Irhan Hadi kelihatan serba-salah apabila gadis itu seperti berada di dalam kesakitan.Tanggannya memegang-megang perut seolah-olah sakitnya berpunca dari sana.Alamak!Apa yang dia perlu buat ini?

"Err..are you okay...? I'm sorry.. i'm sorry...", Irhan Hadi bertindak cuba mengangkat tubuh gadis itu.Gadis yang masih berada di dalam kesakitan itu segera menoleh.Mungkin dia terkejut dengan tindakan spontan lelaki yang tidak dikenalinya itu.Dan mata kami bertentangan...

"Aaa..Aaraa..", antara realiti dan fantasi.
Dan realitinya Ara Alana sudah terkulai lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience