Pintu itu diketuk perlahan.Aku yang baru selesai membentangkan toto untuk Mr Bos Korea segera melompat ke katil.Lantas ku hempaskan tubuhku ke situ.Tangankku cepat-cepat menarik selimut di hujung kaki sehingga menutupi hampir separuh tubuhku.
Tombol pintu sudah digerak-gerakkan menandakan si empunya diri berhajat untuk masuk.Aku meneguk liur.Sesungguhnya aku tahu siapa itu.Jantungku mula berdegup kencang. Perasaan tidak enak pula makin menyelubungi diri.Kalaulah aku ditakdirkan sebagai Puteri Elsa, sudah pasti pintu itu telah ku bekukan.
Tetapi aku tidak mempunyai super power. Aku bukanlah The Avengers mahupun The Fantastic Four.Aku sekadar gadis biasa yang bernama Ara Alana! Dan aku hanya mampu menutup rapat mataku.Yess...aku harus berpura-pura tidur..
Dapat aku rasakan,pintu yang sudah terbuka itu membawa seseorang terus ke dalamnya.Kemudian perlahan-lahan pintu itu ditutup kembali olehnya.Dia berjalan menghampiri ku lalu berhenti.Lama dia berkeadaan begitu.Adakah dia memerhatikan ku?Apa yang dia fikirkan?
Ah! Sekali lagi aku meneguk liur.Kali ini degupan jantungku bertambah laju dari sebelumnya.Fikiranku mula memikirkan yang bukan-bukan.Adakah kegadisanku bakal diragut sekejap lagi?Huhuhu...Hope dia tidak bertindak di luar kawalan!Dan dia tetap juga bertindak. Menggeletar tubuhku jadinya.Tapi dia...tapi dia hanya bertindak menarik selimutku hingga ke bahu dan mengemaskannya pula!!!Opss..aku terkedu.
Setelah itu, dia terus menuju ke bilik air.Walaupun rumahku adalah rumah kampung sahaja tetapi di dalam bilikku terdapat bilik air yang dikhususkan semata-mata untuk ku. Mungkin kerana aku satu-satunya anak perempuan mereka maka ibu dan abah sentiasa menjaga aurat dan kebajikanku.
Tidak lama kemudian,dia keluar lalu terus membentangkan sejadah.Oh! Dia mahu solat rupanya.Tak ku sangka di sebalik position nya sebagai seorang CEO yang digeruni, terselit sisi lain yang tidak ku ketahui.Suaranya kedengaran begitu merdu dan menginsafkan apabila mengalunkan bacaan-bacaan dalam solat.
Apatah lagi ketika dia menutupnya dengan doa.Terasa seperti di awang-awangan ketika dia menyebut nama dan mendoakan kebahagiaan ku.Allah...Sesungguhnya aku begitu tersentuh. Ternyata Mr Bos Korea ini lelaki yang baik walaupun terbukti dia dibesarkan di luar negara oleh seorang non muslim!Hebat...Hebat sungguh didikannya..
"Tak tidur lagi ke..?"
Aku tersentak.Begitu asyik aku memerhatikan si dia sehingga aku sendiri tidak sedar rupa-rupanya dia sudah menyudahkan solatnya.
Dan tiba-tiba aku tersipu malu.Malu kerana tembelang ku pecah.Malu kerana lakonan tidur pura-pura ku tidak menjadi.Ah! semestinya aku malu kerana dia menyedari aku memerhatikannya!!
"Err...tidur dahh..tidur dah tadiii...",aku cuba menidakkan.
"Maaf kalau mengganggu...", first time dia berbicara full Bahasa Melayu denganku. Opss..hampir tergelak juga aku dibuatnya.Tak di sangka-sangka, rupa-rupanya dia masih pandai berbahasa Melayu.
So, cepat-cepat ku kalihkan tubuhku membelakangi nya. Bimbang kalau ketawa ku meletus.Bimbang juga sekiranya dia ingin meneruskan perbualan.
Maafkan aku Mr Irhan Hadi.Aku masih belum bersedia untuk menerima semua ini.Apa yang berlaku betul-betul mengejutkan...
Share this novel