Irhan Hadi cuba untuk membuat panggilan untuk kesekian kalinya.Masuk kali ini sudah dua belas panggilannya tidak berjawab.Dia semakin tidak keruan.Lantas kelajuan kereta nya dipertingkatkan.
Ah! Entah bagaimana Irhan Hadi boleh membuat kesilapan sebegitu rupa.Adakah patut dia mengarahkan Fariz Adha mengambil urgent report yang tertinggal di rumahnya sedangkan Ara Alana berada di sana.Alahai..boleh kantoi jadinya.Itupun dia hanya menyedari kesilapannya setelah tiga puluh minit Fariz Adha meninggalkan pejabat.
Kerana itu dia cuba menelefon Ara Alana. Namun gadis itu langsung tidak mengangkat panggilannya.Perasaan risau semakin menerjah fikirannya.Bagaimana sekiranya gadis itu tertangkap oleh Fariz Adha?Apa yang harus mereka katakan? Sedangkan antara dia dan Ara Alana mempunyai perjanjian yang harus dirahsiakan.
Bimbang dengan situasi yang bakal berlaku, Irhan Hadi mengambil inisiatif dengan memandu sendiri ke rumahnya. Harapannya agar Ara Alana dapat mengawal keadaan itu dengan bijaksana.
Tiba-tiba handphone Irhan Hadi berbunyi dengan nyaring.Sempat dia mengerling nama si pemanggil lalu mengaktifkan mod pembesar suara.
"Hello,boss...", suara Fariz Adha kedengaran sedikit bergetar di hujung talian.
"Where are you,Fariz...I called you many times.."
"Sorry bos, handphone tertinggal dalam kereta.Ni baharu turun dari rumah bos.Tengok ada limaaaa... miss call daripada bos.Nape bos .?Bos rindu ek....",terdengar gelak nakal daripada Fariz Adha.Dia sebenarnya cuba menyembunyikan perasaan takutnya yang masih belum hilang.Huhuhu...
Irhan Hadi faham.Perkataan lima yang disuarakan Fariz itu seperti sengaja dikuat dan dipanjangkan harkat nya.Irhan Hadi juga akui dia sememangnya seorang yang lebih gemar menggunakan teks mesej dari menelefon seseorang.Apatah lagi sehingga lima kali.Fuh! Memang boleh catat sejarah. Irhan Hadi pasti, mesti saat ini Fariz Adha tertanya-tanya kenapa dia berperangai sebegitu.Semestinya dia memerlukan alasan yang kukuh untuk menyembunyikan kebenaran.
"Err...I just call you because I want to tell you where the report is ..I'm afraid you'll have trouble to finding it,"
"It's okey,bos..Dah jumpa dah pun..",Fariz Adha tergelak lagi.Tak sangka rupa-rupanya Mr Irhan Hadi risaukan dirinya.Tetapi macam ada yang tidak kena.Apa ya?
"So,are you okey?".
"Sure la okey,bos.. report ni saya terus bawa kepada Mr Ammar ya,bos..dia dah tunggu di Hotel Sri Astana.Nanti kita jumpa di office petang nanti."
"Okey, see you soon,"
Irhan Hadi sedikit lega.Dari perbualannya bersama Fariz Adha sebentar tadi,dia dapat menyimpulkan bahawa lelaki itu tidak terserempak dengan Ara Alana.Mungkinkah Ara Alana tiada di rumah atau dia bersembunyi di mana-mana?Apa yang pasti Irhan Hadi ingin memastikan keadaan gadis itu dahulu.
"Ara,Ara..!!", Irhan Hadi terus memanggil nama gadis itu sebaik sahaja kakinya melangkah ke apartment mewahnya.
Tiada sahutan.Hatinya mula berdebar-debar. Entah-entah Ara Alana sudah lari meninggalkannya? That's is imposible.Baharu sahaja semalam kontrak tentang hubungan mereka dimaterai, mustahil Ara Alana melanggar janji secepat itu.Apa dia tidak sayang duit ke..?
"Ara,Ara...!!,panggil Irhan Hadi lagi sambil terus mencari ke serata pelusuk rumah.Hampir sahaja dia terpijak serpihan kaca yang bertaburan di hadapan bilik Ara Alana.Ya, Allah! Adakah itu darah?
Irhan Hadi menjadi semakin tidak keruan.Terus sahaja dia berlari masuk ke dalam bilik.Matanya melilau melihat sekeliling. Mencari kelibat gadis itu.Cepat benar matanya menangkap titisan darah yang menghala ke arah almari baju.Biar betul minah ni?Kat sini dia menyorok rupanya...
Apabila dibuka sahaja almari baju tersebut,bau wangi yang teramat sangat seperti menyengat hidung Irhan Hadi.Dia mendengus perlahan.Ternyata gadis yang tertidur di dalam almari baju ini sedang basah bermandi peluh. Tangannya kelihatan terluka dan berdarah.Irhan Hadi panik.Masih hidupkah dia?
Apa yang pasti Irhan Hadi tidak sanggup untuk membiarkan gadis yang kini berjaya mencuri hatinya itu berada di situ.
Share this novel