BAB 27

Romance Series 16994

Fariz Adha menekan nombor pin keselamatan di pintu apartment milik Irhan Hadi dengan hati- hati.Terdengar dengan jelas bunyi pintu terbuka menandakan Fariz Adha berjaya log in dengan jayanya.Ish!Mr Irhan Hadi ni...Entah bilakah dia nak tukar password pintu nya.Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah.Dibuatnya dia tidak boleh dipercayai,habis dikerjakan harta pusaka milik bosnya itu baharu tahu!

"Assalamualaikum... saya nak masuk ni...", rutin biasa Fariz Adha sekiranya mengunjungi rumah bosnya tanpa pemiliknya berada disitu.
Dia terus bergegas mencari report yang dikehendaki.Bos kata di atas meja.Meja mana?Mungkin di ruang tamu.

Melihat keadaan di ruang tamu matanya hampir tersembur keluar.Betul ke ini rumah Mr Irhan Hadi? Selalunya rumah itu sentiasa berada di dalam keadaan yang kemas dan teratur. Tambahan pula dengan sikap Irhan Hadi sendiri yang sentiasa inginkan sesuatu perkara itu sempurna di matanya. Tetapi kini keadaan rumah tersebut agak bersepah dengan plastik makanan dan minuman ringan merata-rata.Sisa-sisanya pula habis bertaburan di atas meja serta carpet buatan Itali itu.

Terdapat juga beberapa buah novel cinta romantis di atas meja.Aikk!!?? Sejak bila Mr Bos yang seorang itu membaca kisah-kisah seperti ini?Bukankah dia lebih suka membaca buku berkaitan psikologi ataupun motivasi?Apa yang lebih pelik, televisyen terpasang dan ia sedang menayangkan drama Korea!

Aduhai,Mr Bos... tahulah berdarah Korea but it's not funny,okey.. Sampai terlupa tutup televisyen.Makin pelik perangai..

So Fariz Adha mematikan saluran televisyen tersebut lalu terus mencapai report yang di failing kemas di atas sofa. Dibeleknya report itu beberapa kali bagi memastikan ianya adalah sesuatu yang dia cari.Sahih! Itulah ia..

Panggg...!!!!
Tiba-tiba bunyi benda pecah jelas kedengaran.Fariz Adha tersentak. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke arah bunyi tersebut.Dia semakin mendekat.Rupa-rupanya sebiji pasu kaca yang terletak di atas almari jatuh berderai.Almari itu terletak betul-betul di sebelah bilik tetamu.Terdapat titik-titik berwarna merah di situ.

Fariz Adha mengerutkan keningnya. Bagaimana pasu itu boleh terjatuh?Dan apakah titik-titik berwarna merah itu? Adakah ianya sejenis darah?Hairan... Tetapi yang lebih menghairankan Fariz Adha adalah dia seperti terpandang susuk tubuh seseorang berbaju putih serta berambut panjang di sebalik almari tersebut.

Serta-merta perasaan tidak enak menghantuinya.Dadanya mula berombak kencang.Bulu romanya pula secara automatik meremang dengan sendiri.Fariz Adha menelan liur berkali-kali.Adakah kelibat yang kelihatan itu seperti apa yang difikirkannya saat ini? Adakah ianya entiti paranormal?Atau pun Dracula penghisap darah?Eeii...Memikirkannya sahaja sudah cukup membuatkan Fariz Adha berasa seram sejuk.


Walaupun begitu,Fariz Adha masih cuba memberanikan diri.Dikuatkan semangat kerana situasi sebegitu belum pernah terjadi dalam hidupnya.Di siang hari pula tu! Malu kalau orang lain tahu.Opss!!

Akhirnya dia merapati juga almari tersebut. Kosong. Fuh! Sempat Fariz Adha menarik nafas lega.Namun begitu kelegaannya tidak berpanjangan apabila matanya terlihat pintu bilik tetamu seakan sedikit terbuka.


Lagi sekali dadanya berombak kencang. Peluh dingin merembes menuruni dahinya. Dibuatnya kelibat yang hilang tadi muncul di dalam bilik tersebut...muncul pula dengan mata merah menyala dan taring berdarah.. Uiii...semakin seram bunyinya.Apatah lagi dengan keadaan apartment itu yang agak malap serta sunyi sepi menambahkan lagi keseramannya.

Namun Fariz Adha gagahi jua dengan memasuki ruangan tersebut.Pemandangan di dalam bilik itu sama sahaja seperti kali terakhir dia memasukinya.Cuma bezanya keadaan cadar katil bersaiz king itu sedikit tidak kemas. Mungkinkah ada seseorang yang baharu duduk di situ?Perasaaannya menjadi lebih tidak enak apabila dirinya merasakan seperti ada sesuatu yang memerhati tingkah-lakunya.Apatah lagi apabila hidungnya tiba-tiba menghidu aroma wangi yang tidak pernah dia hidu sebelum ini.


Ah!Sudah...Dia harus cepat-cepat pergi dari situ.Lantas dipercepatkan langkahnya. Ditinggalkan apartment bosnya itu dalam keadaan yang tergesa-gesa.Mungkinkah Mr Irhan Hadi ada membela saka ataupun hantu raya? Nauzubillah.. Semoga perbuatan syirik itu dijauhkan daripada bosnya dan imannya masih lagi utuh sebagai hamba Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience