Jaket berwarna denim biru itu ku tarik lebih rapat ke tubuhku.Suasana awal malam yang sedikit kedinginan itu membuatkan aku kurang selesa. Tambahan pula ada seseorang yang dari tadi asyik membuntuti ku.Entah mengapa ku rasakan seperti ada yang tidak kena dengan lelaki itu.
Turun sahaja dari bas tadi dia terus mengikuti ku.Sedangkan aku tahu lelaki itu perlu menempuhi beberapa hentian lagi supaya sampai ke destinasinya.Aku yang dihimpit tanda tanya akhirnya berhenti melangkah dengan tiba-tiba.Hampir sahaja dia merempuh belakang ku.Melihat tindakannya itu aku tahu yang dia agak terkejut dengan situasi di luar jangkaan tersebut.
Lantas aku beranikan diri untuk menatap, memandang dan apa sahaja jenis penerokaan ke atasnya supaya aku dapat menganalisa maklumat tersembunyi difikiran lelaki yang bergelar Mr Bos ini.Dia yang berlagak selamba hanya membatukan diri tidak bergerak. Seolah- olah seperti merelakan.Ah! Siapa yang perhatikan siapa sebenarnya ni.
Emm..Matanya kecil sahaja.Tetapi disitulah terletaknya daya tarikan Si Irhan Hadi.Anak matanya berwarna hazel!Alamak..!Sure ramai gadis-gadis yang terpesona termasuklah aku.Opsss...
"Err... rasanya tak perlulah Mr Bos hantar saya lagi.Rumah saya tak jauh dah... depan tu aje.."
Sesungguhnya aku kurang selesa dengan tindakannya.Apa kata teman serumah ku nanti apabila dia ternampak lelaki itu?Apa kata jiran-jiran ku pula?Apa kata Imran Na'im?Alahai..
"Who says I want to send you home? I'm just walking.. "
Mataku membulat.Biar betul mamat ni.. agak -agak le nak jalan-jalan..Ni bukannya Cameron Highlands ataupun Bukit Fraser. Lagipun, bukankah dia sakit kepala?
"Oooo..",aku teranguk-angguk.Nak tergelak pun ada sebenarnya.Akukah yang salah faham atau si dia cuba membuatkan ku salah faham?
"So, saya balik dululah..",terus sahaja kakiku melangkah.
Tetapi lelaki yang seorang itu masih juga mengikuti ku.Aku mengetap bibir perlahan.Makin parah dia ni.Nak marah,takut sentap pulak..So ku biarkan sahaja.Mungkin niatnya baik.Sekadar ingin menghantarkan ku pulang.Kerana itu dia tidak mahu aku tersalah anggap akan
kebaikkanya.Ya,mungkin..
"Mr Bos, saya dah sampai..",kataku sambil menoleh ke belakang.Namun akhirnya aku terkebil-kebil sendiri.Eh!Mr Bos sudah tiada? Bila masa dia pergi? Pergi macam tu sahaja?Ermmm.. Akhirnya aku menarik nafas lega.Apatah lagi apabila terpandang Imran Na'im tidak jauh dari situ.Ah! Itulah wajah yang selalu ku rindu...
Share this novel