Irhan Hadi akhirnya ke ruang tamu.Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa buatan Itali.Kemudian, dipasangnya telivisyen bagi menghilangkan rasa gemuruhnya.
Tetapi ternyata dadanya masih lagi berombak kencang.Dia mengurut-ngurut dadanya.Sempat dia beristighfar beberapa kali. Sesungguhnya seluruh tubuhnya seperti bergetar apabila melihat Ara Alana berkeadaan sebegitu.Ah! Dia masih seorang lelaki.Nalurinya tetap tertarik kepada insan yang bergelar perempuan.
Apatah lagi apabila si dia mempunyai hubungan halal dengannya.Tambahan pula Irhan Hadi sendiri sememangnya mempunyai perasaan istimewa terhadap gadis itu.Hampir sahaja dia tidak mampu untuk bertahan.
Masih jelas di ingatannya betapa putih dan gebunya kulit si gadis.Tubuh Ara Alana kelihatan begitu menggiurkan dengan penampakan lekuk-lekuk yang ketara kewujudannya. Berkali- kali dia meneguk liur saat itu dan entah yang keberapa kali juga dia mengesat peluh hangat yang berjaya merembes keluar.
Sebetulnya Irhan Hadi tidak pernah melihat Ara Alana seperti itu.Biasanya gadis itu akan keluar dari bilik mandi dengan lengkap berpakaian.Malah Ara Alana turut menutup kepala.Walaupun bukan bertudung litup tetapi ianya masih juga menyembunyikan rambutnya. Nampaknya gadis itu betul-betul menjaga auratnya setelah berhijab dan auratnya dengan Irhan Hadi.
Tetapi kenapa Irhan Hadi?Ya! kerana itu Irhan Hadi lah, maka gadis itu bertindak untuk menjaga auratnya dengan lebih baik.Dia semestinya tidak mahu perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
"Err...abang...",hampir terbatuk Irhan Hadi apabila gadis itu tiba-tiba memanggilnya.Apatah lagi apabila dia menggunakan kata ganti diri 'abang'. Wah! Seram sejuk pula Irhan Hadi jadinya.Terus hilang rasa merajuknya tempohari.
Irhan Hadi menatap wajah itu agak lama.Ara Alana kelihatan terkebil-kebil.Gelagatnya yang comel itu membuatkan Irhan Hadi sedikit geram. Apatah lagi apabila teringat kejadian sebentar tadi.
"Ni ada laporan berkaitan program.Mr Ammar minta check balik dan tandatangan...",Ara Alana menyerahkan sebuah fail yang agak tebal kepada Irhan Hadi.Sebelum itu, dia terlebih dulu duduk di sampingnya.
"Kenapa tak serahkan esok sahaja..", Irhan Hadi seperti kurang senang.Balik-balik nama itu disebut-sebut.Lagipun mereka berada di rumah bukan di pejabat.
"Mr Ammar perlukannya awal-awal pagi lagi..", mendatar sahaja bunyi suara itu.
Irhan Hadi terangguk kecil.Mungkin gadis itu tidak berniat untuk mengganggunya.Atau mungkin juga dia masih malu dengannya.Tetapi disebabkan komitmen kerja, dia terpaksa melakukannya.Ya,mungkin..
"So, where do I need to sign?", Irhan Hadi mengukir senyuman sinis.Tiba-tiba sahaja terlintas idea nakal dalam fikirannya.Irhan Hadi kemudian merapatkan tubuhnya ke arah Ara Alana dengan sengaja.Wajah mereka saling berdekatan.Mata mereka saling bertatapan. Terkebil-kebil gadis itu dibuatnya.
"Err...",Ara Alana dilihat sedikit menjauh.Dia cuba mengengsot sedikit demi sedikit.Irhan Hadi pula semakin seronok menyakat.Diikutnya perilaku si gadis sehingga Ara Alana sendiri sampai ke penghujung sofa dan tidak mampu menjauh lagi.
Sekali lagi mata mereka berpandangan dan hati berdegup lebih kencang.Kali ini ia juga disertai oleh perasaan aneh yang Irhan Hadi sendiri tidak dapat tafsirkan.Perlahan-lahan tangannya mula menyentuh wajah itu.Ia kemudiannya disertai dengan usapan dan belaian yang lembut.
Ara Alana pula seakan-akan terbuai dan terpukau dengan apa yang berlaku.Dibiarkan sahaja apabila jari-jemari Irhan Hadi terus mengusap-usap bibirnya.Dan tanpa gadis itu duga Irhan Hadi sudah menempelkan bibirnya di situ.
Gadis itu tersentak.Segera ditolaknya Irhan Hadi.Dia kemudiannya terus meninggalkan Irhan Hadi termangu-mangu sendiri.Dan Irhan Hadi hanya mampu mengeluh kesal.
Share this novel