Bilik tidur itu kelihatan suram dan malap sahaja cahayanya.Adakah pemiliknya sudah tidur?Mungkin juga.Jam sudah pun menunjukkan tepat ke angka satu pagi.Memang patut pun kalau dah tidur.Hanya dia sahaja yang baharu beransur ke bilik setelah puas termenung di beranda.
Irhan Hadi sempat memerhatikan sesusuk tubuh di atas katil.Dah tidur dia rupanya.Irhan Hadi kemudiannya mencari toto untuk dijadikan hamparan.Rasanya dia tidak nampak benda alah itu di mana-mana.Dan biasanya pula Ara Alana akan menyediakan tempat tidurnya dengan membentangkan toto di sebelah katil.Tetapi tidak hari ini.
Ah! Adakah gadis itu masih marah dengan usikannya tadi? Adakah dia perlu tidur di sofa yang terdapat di ruang tamu?Selesakah dia untuk tidur di sofa dengan ketinggiannya seperti ini?Apa pula kata abah nanti?Opss! Banyak benar persoalan yang membelenggu Irhan Hadi saat ini.
Dalam sesi pengiraan yang masih belum berakhir, Irhan Hadi telah disapa oleh satu suara.Oh!Belum tidur rupanya dia..
"Abang boleh tidur sini...",gadis itu menepuk- nepuk katil di sebelahnya.
Eh!Biar betul ni.Pucuk dicita ulam mendatang..
"Are you sure?"
Gadis itu sekadar mengangguk.
"Betul ni? Muktamad...??"
"Tak nak sudah...",Ara Alana seolah-olah merajuk. Tubuhnya dipusingkan lalu membelakangkan Irhan Hadi.
"Eh! Nakkk...", tanpa berfikir panjang Irhan Hadi terus melompat ke atas katil.Tersenyum lebar dia.Inilah pertama kali dia dapat tidur dengan gadis itu..berkongsi katil yang sama...selimut yang sama..Ewah..!!
So, haruskah dia meneruskan step yang seterusnya?Ish!Sabar dulu Mr Irhan Hadi. Bukankah sabar itu separuh daripada iman...
Tetapi iman Irhan Hadi sedikit goyah malam ini. Rasanya sudah cukup lama dia bertahan.Melihat tubuh Ara Alana berbaring membelakanginya betul-betul menguji keimanan.Apatah lagi apabila gadis itu melepaskan rambutnya yang beralun cantik.
Perlahan-lahan Irhan Hadi merapati gadis itu lalu mencuit bahunya.Segera si dia menoleh.Seperti biasa dia akan terkebil-kebil.Irhan Hadi mengukir senyum.Tertarik benar Irhan Hadi dengan perilaku Ara Alana yang satu ini.
"I'm sorry, Ara...",bisik Irhan Hadi sambil terus memeluk gadis itu dari belakang.
Ara Alana cuba melepaskan pelukan tersebut. Tetapi Irhan Hadi terlebih dahulu menangkap tubuh itu lalu memusingkan ia bagi berdepan dengannya.
Hampir terlopong mulut gadis itu dibuatnya. Mungkin dia tidak menyangka Irhan Hadi akan bertindak sejauh itu.Tubuh mereka terlalu mendekat.Mata mereka pula saling bertembung. Tiada kata-kata yang terbit daripada kedua- duanya.Suasana malam yang sunyi kini bertambah sepi.
Hanya getaran yang yang maha hebat sedang menguasai Irhan Hadi saat itu.Dia kemudiannya membelai-belai rambut Ara Alana.Aroma wangi syampu yang dipakai gadis itu, seperti menusuk- nusuk lubang hidungnya.Terasa begitu damai dan mengasyikkan.
Tangan Irhan Hadi beralih pula ke wajah gadis itu.Dia mengusap-usap lembut pipinya lalu tersenyum. Ah! Inilah pipi yang dia cubit sebentar tadi.Tentu sakit dan merah jadinya.
Apabila jari-jemari Irhan Hadi bermain dengan bibir Ara Alana, terbit satu perasaan aneh yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.Debaran jantungnya tiba-tiba sahaja menjadi semakin kencang.Dan seperti ada suara berbisik agar dia segera bertindak lebih jauh.
"Sorry, Ara... Boleh abang minta hak abang malam ni..."
Gadis itu kelihatan serba-salah tetapi lama- kelamaan dia mengangguk dengan wajah yang malu-malu.
Irhan Hadi tersenyum lebar.
Jadi, dengan lafaz bismillah Irhan Hadi akhirnya menyempurnakan salah satu tanggungjawabnya buat gadis yang bernama Ara Alana.
Share this novel