Irhan Hadi membuang pandang jauh menembusi dinding.Kalaulah dia mempunyai kuasa laser, tentu sudah berlubang dinding itu dibuatnya. Nasib baik dia hanyalah seorang Irhan Hadi yang sedang memikirkan sesuatu. Atau lebih tepat lagi, Irhan Hadi sebenarnya teringat akan perbualannya dengan Ara Alana lewat malam tadi.Permintaan Ara Alana seperti sengaja menghantuinya.
"I've thought about it. I think this is the best for us",Ara Alana menghulurkan beberapa helai kertas bersaiz A4 kepada Irhan Hadi.
Irhan Hadi terpinga-pinga.Namun dia masih juga menyambut huluran tersebut.Dibacanya ayat-ayat yang tertera di mukasurat terbabit dengan teliti.
Sahih!Itu adalah sebuah kontrak jangka pendek tentang hubungan mereka!Usai membacanya, Irhan Hadi seperti mengeluh kesal. Kesal dengan sikap gadis di hadapannya itu.
"What do you think, Ara? !", Suara Irhan Hadi sedikit meninggi.
Tetapi cepat-cepat dia cuba mengawal keadaan dan semestinya dia tidak mahu mengeruhkan suasana.
"Seperti yang saya katakan tadi, saya dah fikirkan perkara ini masak-masak.Rasanya ini cara yang terbaik untuk menjelaskan tentang hubungan kita.I hope Mr Irhan understands",tegas nada suara gadis itu.
"Do you hate me ?"
"Tak....I really like you..but only as staff and employers.Seperti dulu-dulu dan ianya akan kekal sampai bila-bila.I'm sorry Mr. Irhan.Saya memang tak boleh terima keadaan ini.I don't really know about you, Mr Irhan ..Dan saya lebih suka mengenali pasangan saya sebelum berkahwin...".
"We used to know each other, Ara ... ".
"Yes...tapi sekurang-kurangnya bercinta dulu.. Mengenali hati budi masing-masing.."
"Mengenali dan mencintai...and then.. ditinggalkan..that's you,Ara...".
Gadis itu tersentak.Mungkin terkejut dengan ayat yang keluar daripada mulut Irhan Hadi.Air matanya secara automatik bergenang di kelopak mata.Ah! Cepat benar hati si gadis terusik.
Serba-salah Irhan Hadi jadinya.Sebetulnya Irhan Hadi tidak berniat untuk berkata sedemikian rupa tetapi kandungan kertas ditangan seperti sengaja merobek hatinya.
Irhan Hadi sememangnya bersyukur dan redha dengan apa yang terjadi.Tambahan pula dia sudah lama menyimpan perasaan istimewa terhadap gadis itu.Dia juga sudah berjanji dengan keluarga Ara Alana untuk menjaga dan menyanyangi gadis itu sebaiknya.Tetapi permintaan gadis itu langsung tidak masuk akal!
Hubungan perkahwinan mereka hanya di atas kertas semata-mata!That's crazy.. Sah-sah mereka sudah menjadi pasangan suami isteri. Tiada sentuhan fizikal..Itu masih boleh dipertimbangkan.Irhan Hadi sememangnya tidak suka mengambil kesempatan.
Antara mereka pula bebas meneruskan kehidupan masing-masing seperti sebelumnya. Yezza...Itu tiada masalah.Irhan Hadi sendiri tidak berniat untuk mengawal kehidupan Ara Alana. Irhan Hadi juga dilarang memasuki ruang privasi milik Ara Alana tanpa persetujuan.Ah! Semestinya dia bukan jenis lelaki sebegitu. Mungkinnnn...
Memandangkan apartment tersebut hanya mempunyai sebuah bilik air, maka Ara Alana menetapkan bahawa dia adalah orang pertama yang akan menggunakannya setiap pagi.Irhan Hadi juga tidak dibenarkan untuk memasuki setiap ruangan di dalam rumah tersebut sekiranya dia berada di situ.Ah!Semakin mengarut bunyinya.
Seolah-olah Ara Alana ingin menghadkan jarak antara mereka dan Irhan Hadi dapat merasakan dia seperti di anak tirikan di rumah sendiri! Hubungan kontrak itu pula hanya akan berlanjutan dalam tempoh setahun sahaja.
Setelah itu mereka akan berpisah tanpa syarat.Keluarga Ara Alana tidak perlu mengetahui tentang isi kandungan kontrak tersebut.Apa yang pasti perkahwinan mereka akan dirahsiakan!!
Opss...ada lagi.Barang siapa di antara mereka yang melanggar intipati kontrak,dia harus dikenakan penalti berupa denda saguhati yang akan ditetapkan oleh pihak satu lagi.Fuh!Macam materialistik pun ada Ara Alana ni...
Irhan Hadi hanya mampu mengeling- gelingkan kepalanya.Kemudian dipicit-picit kepalanya itu yang sudah mula berdenyut- denyut. Jika difikirkan, sememangnya dia tidak berpuas hati dengan syarat yang ditetapkan gadis itu.Nampak sangat seperti berat sebelah tetapi dia sendiri tiada pilihan.Gadis itu berhak menentukan masa depannya.
"Aikkk..boss.. baharu masuk kerja sehari dah sakit kepala..Maaf la bos..",Entah bila wajah itu muncul di hadapannya.
Mata Irhan Hadi membulat.
Melihat pandangan Mr Bos yang tajam,Fariz Adha meremang seram.
"Err...bos jangan salahkan saya.. Saya dah ketuk pintu tu banyak kali.Tapi,bos yang tak dengar kott ..",Fariz Adha tersengih macam kerang busuk.
"So, saya redah jelah...sebab perkara ni penting...".
Irhan Hadi merenung setiausaha peribadinya.Bersedia untuk mendapatkan penjelasan di atas tindakan lelaki itu melanggar hak privasinya sebagai seorang bos.Fariz Adha sememangnya seorang yang hati kering.Jika staff lain, mati hidup semula pun mereka tidak berani untuk bertindak sebegitu. Mungkin kerana itu juga Fariz Adha boleh bertahan lama bekerja dengannya.
"Mr Ammar call tadi.Dia mintak report tentang projek usahasama dengan Korea tu.Dia perlu jumpa client tengahari ni.."
Irhan Hadi terangguk-angguk.Itu sememangnya perkara yang penting.Dicapainya beg galas yang selalu diusung ke hulu dan ke hilir lalu terus dikeluarkan isinya.Namun apa yang dicarinya tidak dijumpai.Tanpa sedar dia menepuk dahinya sendiri.Sah!Report itu tertinggal di rumah!
"Sorry,Fariz..You have to go back to my house.I think I missed the report.So,take that report. Mungkin di atas meja.Then serahkan directly to Mr Ammar".
Fariz Adha terkebil-kebil.Pelik benar dia dengan perangai Mr Bos Koreanya ini.Terlupa sesuatu yang penting? Hairan bin ajaib!Nampak tidak kena pula pada seorang Irhan Hadi.
So, Fariz..what are you waiting for.Be faster...Mr Ammar sedang menunggu!"sergahan daripada Mr Irhan Hadi membuatkan dia tersentak.Hek!Eleh...nak marah orang pulak..Dia yang salah..Dan kata-kata itu hanya mampu berlegar-legar di fikiran Fariz Adha sahaja.Tidak berani untuk dia luahkan.Apa yang mampu dia lakukan adalah beredar cepat-cepat dari situ!
Share this novel