Lelaki separuh usia itu merenungnya lama.Irhan tersenyum dalam diam.Iya! Itulah orangnya.. Itulah dia!Walaupun rambutnya sudah berubah warna dan raut wajahnya telah dimamah usia tetapi Irhan Hadi masih ingat lagi.Itulah Pak Long,bapa angkatnya yang dicari-cari Irhan Hadi selama ini.
"Hadi...Hadi ke ni...?", lelaki itu menggenggam erat bahunya.
Irhan Hadi terangguk kecil.Jelas kelihatan sinar gembira pada wajahnya.Akhirnya mereka ketemu jua.
Tanpa berlengah lagi Pak Long terus memeluk Irhan Hadi erat.Ada esak tangis kedengaran di situ.Pak Long menangis? Mustahil bapa angkatnya menangis kerana bertemu dengannya.Setahu Irhan Hadi,dia bukanlah seorang yang mudah menangis.Pekerjaannya sebagai seorang anggota tentera telah mengajarnya berjiwa kental dan kuat semangat. Ah!Tentu ada sesuatu yang mengganggu..
"Dah besar kamu...hampir tak kenal Pak Long tadi..".
"Maafkan Hadi,Pak Long...Hadi ambil masa yang lama untuk mencari Pak Long.."
"Tak ada apa yang perlu dimaafkan..Kamu tak buat salah apa-apapun.Kamu dah membesar dengan baik.Itu sudah cukup bagi Pak Long. Syukur Alhamdulillah.."
Ya, syukur Alhamdulillah.Pertemuan Irhan Hadi dengan lelaki yang hampir dilanggarnya tadi membawanya terus ke rumah ini.Semasa dalam perjalanan,Irhan Hadi menceritakan tentang tujuan sebenar dia ke kampung itu dan tanpa disangka-sangka lelaki itu mengakui dia merupakan anak sulung Pak Long!
Jadi dialah yang Irhan Hadi gelarkan sebagai Along semasa kecilnya. Allahuakbar.. kecilnya dunia.Selain Along, Pak Long mempunyai dua orang anak lelaki lagi iaitu Angah dan Acu.Angah sebaya dengannya manakala Along tua setahun daripada mereka.Mereka juga mempunyai seorang saudara perempuan yang dipanggil Achik.Achik ni bolehlah dikategorikan sebagai budak nakal pada zaman kanak- kanaknya dahulu.Ah!Entah macamana transformasi Si Achik ni agaknya...
"Hadi harap..Hadi dapat balas jasa dan pengorbanan Pak Long sekeluarga.."
"Yes, that's right.. itulah yang patut kau lakukan..", seorang lelaki muncul.Daripada raut wajahnya yang seiras Along, Irhan Hadi dapat meneka bahawa dia adalah Angah sekutu Si Achik.
Irhan Hadi terkebil-kebil.Tidak pasti dengan maksud kata-kata itu.Pak Long dan Along saling berpandangan.Begitu juga beberapa pasang mata yang memerhati.
"Kau dah kahwin?",pelik pertanyaan Angah bagi seorang Irhan Hadi.Irhan Hadi hanya sekadar menggeleng.
"Dah ambil kursus kahwin?",makin pelik pulak rasanya.
Tetapi kali ini Irhan Hadi mengangguk pula.
"Kalau macam tu...Nah! Ambil baju ni...Pakai..Kejap lagi Tok kadi sampai.Kau akan dinikahkan dengan Achik!!".
What? Irhan Hadi tersalah dengar ke? Dinikahkan dengan Achik?Are you crazy...Dia datang untuk mencari bapa angkatnya yang hilang bukannya mencari isteri yang hilang!! Of course lah dia masih belum bersedia lagi.Dia pun baru sahaja cuba melupakan Ara Alana.
Dan kini dia harus dinikahkan dengan Achik?Achik si budak nakal?Part timer sebagai pembuli tegar yang hobinya suka membuli Irhan Hadi walau di mana sahaja berada. Alahai...takdir apakah ini?
Tapi yang pasti,wajah Pak Long,Along dan Angah kelihatan seperti berharap.Seolah-olah hanya Irhan Hadi harapan mereka.Apa yang patut Irhan Hadi lakukan? Haruskah dia menurutinya atau abaikan sahaja?Ah! Serba-salah Irhan Hadi jadinya.
Share this novel