BAB 65

Romance Series 16994

Balik sahaja dari pejabat petang tadi, Ara Alana terus sahaja berkurung di dalam bilik.Irhan Hadi sedikit pelik.Rasanya sebelum berangkat ke tempat kerja pada sebelah paginya, gadis itu kelihatan begitu ceria dan manis seperti biasa.

Sebelah tengaharinya pula, Irhan Hadi sendiri sibuk dengan jadual kerjanya yang agak padat. Walaupun sedikit terganggu dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang, tetapi dia masih jua sempat menaip teks mengucapkan kata rindu buat si gadis.Dan ianya masih diterima baik oleh Ara Alana.

Sehinggalah mereka pulang bersama-sama dari pejabat.Wajah gadis itu sudah mula mencuka. Tiada senyuman manis berlesung pipit yang selalu menyambutnya.Tiada juga kata-kata yang terbit dari bibir comel itu.Yang ada dari awal perjalanan sehinggakan mereka tiba ke destinasi, hanyalah bunyi deruan kenderaan yang silih- berganti.

Rasanya ada yang tidak kena dengan Ara Alana. Tetapi apakah dia?
"Ara...", Irhan Hadi mengetuk pintu bilik itu beberapa kali.
Semenjak mereka pulang dari kampung beberapa minggu yang lepas, inilah pertama kali gadis itu menyepi di biliknya sendiri.Biasanya Ara Alana akan menghabiskan masa bersamanya. Bersenda-gurau dengannya.Malah turut tidur bersamanya.

"Ara...",kali ini Irhan Hadi bersuara sambil memulas tombol pintu tersebut.Tak berkunci. Haruskah dia masuk? Ya! Dia harus..
"Ara, abang masuk, ya...", Irhan Hadi terus masuk ke dalam bilik tersebut dengan hati-hati. Harap-harap dia tidak akan ditendang keluar sekejap lagi..

Gadis itu kelihatan sedang termenung di kerusi berhadapan dengan meja solek.Matanya seperti membengkak.Nampaknya dia baharu sahaja lepas menangis!

"Ara, are you okay..?", Irhan Hadi sudah merapati gadis kesayangannya itu.Terbit rasa risau yang amat sangat.Perkara apakah yang menimpa si dia?Berat sangatkah dugaan yang menimpanya?Ah! Apa yang pasti, Irhan Hadi turut berasa pedih di lubuk hatinya apabila melihat Ara Alana berkeadaan sebegitu rupa.

Perlahan-lahan Irhan Hadi mengambil sikat di atas meja solek.Kemudian disisirnya rambut Ara Alana yang kusut-masai itu sehingga menjadi rapi.Gadis itu membiarkan sahaja.Tiada kata-kata yang terucap di bibirnya.Dia hanya memerhatikan sahaja gerak-geri Irhan Hadi menerusi cermin yang berada di hadapannya.

Setelah selesai, Irhan Hadi bertindak mencium ubun-ubun gadis itu seikhlas hatinya.Sempat dia menitipkan doa agar dilembutkan hati sang isteri.Dan kali ini Ara Alana segera menoleh. Wajahnya kelihatan sayu.Ada air hangat yang masih bertakung di kelopak matanya.

Cepat-cepat Irhan Hadi menyeka air hangat itu dari terus jatuh.Dia yang sebelumnya berdiri, kini sudah duduk melutut di hadapan Ara Alana.

"Kenapa, Ara? Abang ada buat salah ke..?Kalau betul abang buat salah, I'm sorry okay..", suara lunak Irhan Hadi kedengaran ikhlas. Sesungguhnya dia amat menyayangi gadis itu. Dia juga sanggup membuang egonya semata- mata gadis yang bernama Ara Alana.

Ara Alana tertunduk.Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir turun dengan deras.Entah mengapa dia menjadi terlalu sensitif.Melihat wajah Irhan Hadi yang ikhlas itu sudah cukup membuatkan hatinya terasa pedih.Di manakah tempatnya nanti?

"Ara..Ara..Ara dah tahu..Ara dah tahu tentang Ameera Hannaaa...", dengan sedu-sedan, akhirnya terluah jua apa yang Ara Alana pendamkan.

Irhan Hadi kelihatan tersentak.Nampaknya gadis itu sudah tahu.Dari mana dia tahu? Ah! Itu bukanlah perkara yang penting.Apa yang penting saat ini, dia harus meyakinkan Ara Alana.Lantas dipegang dan diusapnya tangan gadis itu dengan lembut.Kemudian dicium pula tangan sedingin salju itu tulus dari hati.

"Ara, Don't worry.Walau apa pun yang berlaku, Ara tetap isteri abang.Abang tak akan sesekali menduakan Ara dengan gadis yang lain. Percayalah Ara.Abang akan pastikan tiada sesiapa yang dapat memisahkan kita..."

Irhan Hadi mencium tangan itu sekali lagi.
"Trust me, Ara.."
Ara Alana sekadar mengangguk.Hatinya sedikit lega dengan pengakuan Irhan Hadi.Lalu dipeluknya tubuh tegap itu semahu-mahunya.

Irhan Hadi tersenyum senang.
"Dah!Jom...abang lapar..Kita makan.Abang dah order food panda.Kejap lagi sampai...", Irhan Hadi sudah menarik tangan Ara Alana keluar dari bilik tersebut.
"Ala..food panda lagi ke..."

Irhan Hadi tergelak besar.
"Ya..ya... nanti abang masakkan spageti carbonara, okay ."
"Nope! Tak nak yang itu..Ara nak nasi goreng kampung.Buat pedas-pedas.Letak telur mata kerbau with Mr Irhan Hadi style..."
"Ish! Mana abang tahu masak yang itu.Abang hanya pandai masak spageti je..."

Ketawa Irhan Hadi semakin besar.Sesungguhnya dia memang tidak pandai memasak.Hari itu pun dia hanya berlakon ala-ala chef profesional untuk menarik perhatian Ara Alana.Hakikatnya, Mr Irhan Hadi hanya tahu memasak sejenis hidangan sahaja iaitu spageti carbonara!Muktamad!!

Dan loceng di pintu pun berbunyi menandakan Encik food panda telah tiba.Tetapi betulkah itu food panda?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience