Dua orang lelaki yang dikenali itu semakin menghampiri.Aku sedikit terkesima.Wajahku mula merona merah.Terbit rasa malu dan segan apabila Imran Na'im juga ada bersama.Haruskah aku memperkenalkan tunangku yang seorang ini kepada mereka? Bagaimana pula kata Imran Na'im?
"Eh,Ara...Ara Alana..",Fariz Adha tersenyum simpul.
Aku hanya mampu tersenyum dalam keterpaksaan.Sempat ku kerling Imran Na'im di sebelah.Cuba melihat reaksinya.Adakah dia juga kurang selesa dengan kehadiran mereka?
"Pergi makan ke..?", tanya Fariz Adha ramah.
"Ya,baru sudah...Ni nak masuk dah ni..", sesungguhnya aku baru selesai makan tengahari bersama Imran Na'im di restoran yang berhampiran.
"Err.. kenalkan.Ni Imran Na'im..",aku akhirnya memperkenalkan Imran Na'im kepada mereka.
Imran Na'im menghulurkan tangannya kepada Fariz Adha lalu disambut dengan mesra. "Fariz... Fariz Adha.."Fariz Adha bersuara ramah.
"Imran...Imran Na'im..", tangannya dihulur pula kepada Ammar Mirza.Huluran itu juga bersambut.
"Tunang Ara Alana...",sambung Imran Na'im lagi.
Aku hampir terbatuk kecil.Alahai...Kenapa Imran Na'im memperkenalkan dirinya sebegitu rupa? Mereka tidak seharusnya tahu tentang hubungannya dengan Imran Na'im.Lagipun aku sendiri tidak terlalu rapat dengan mereka berdua. Apatah lagi bila aku mengetahui yang Ammar Mirza Si Mr Gentleman rupa-rupanya bos bersama tempat ku bekerja.
Walaupun pengkhususan ku tidak memerlukan untuk bekerja di bawah Mr Ammar Mirza, tetapi dia juga adalah orang atasan ku.Dia harus ku hormati.Bukan sebagai seorang kawan tetapi sebagai majikan.Jadi wajarlah aku menjaga jarak dalam hubungan kami.
Emm.. Tetapi entah kenapa semacam ada sesuatu yang pelik terjadi antara Imran Na'im dan Ammar Mirza.Lama ku perhatikan sandiwara mereka.Salaman mereka sahaja dilihat semakin agresif.Mata kedua-duanya pula saling merenung tajam.Wajah mereka yang tadinya kelihatan ramah kini sudah mula hijau.Alamak! Adakah mereka Avengers Si Incredible Hulk? Ataupun tergolong dalam spesies Shrek? Mungkinkah perang dunia ketiga bakal menggegarkan dunia? Huhuhu..
Apa yang pasti,aku ingin segera menghilangkan diri!
Share this novel