Pagi itu seperti kebiasaannya, Irhan Hadi akan meneruskan rutinnya mengetuk pintu bilik Ara Alana.Setiap pagi dia akan mengetuknya sebanyak dua kali.Kali pertama adalah untuk mengejutkan gadis itu supaya solat subuh.Kali kedua pula sekadar memberi isyarat yang dia akan berangkat ke tempat kerja.
Irhan Hadi sebenarnya perasan, tindakannya itu langsung tiada respon mahupun tindakbalas daripada si gadis, samada dia dengar atau tidak.Ah! Nampaknya Ara Alana seperti semakin menjauh daripadanya.Tetapi Irhan Hadi tidak peduli.Dia hanya ingin menjalankan tanggungjawabnya.Dan jauh di dalam sanubarinya, dia berdoa agar suatu hari nanti, hati gadis itu akan terbuka untuknya.
Baharu sahaja Irhan Hadi ingin mengetuk pintu tersebut, tiba-tiba ia sudah terkuak dari dalam.Irhan Hadi terkebil-kebil.Wajah itu tanpa disangka muncul dengan tersengih hingga ke telinga.Dia juga sudah berpakaian kemas dengan mengenakan blouse lengan panjang berwarna pink belacan.Ia dipadankan pula dengan seluar warna sedondon.Paling menarik perhatian Irhan Hadi ialah tudung bercorak bunganya.Yesss..!!!Ara Alana sudah mengenakan tudung! Alhamdulillah... Sungguh cantik ciptaan Allah SWT.Hampir terlopong mulutnya apabila melihat keindahan dan perubahan gadis tersebut.
"Err..Mr Bos..Today I started working...tapi dah lambat..err.. boleh tumpang tak...?", sengihnya masih lagi panjang sampai ke telinga.
"Pleasee..."suaranya berbunyi seperti merengek dan merayu.
Irhan Hadi meneguk liur.Meremang sekejap bulu romanya.Kalau gadis lain yang berkelakuan seperti itu, sudah pasti dia akan melabelkannya sebagai gedik ataupun penggoda.Tetapi berlainan pula apabila ia melibatkan Ara Alana. Ah! Entah kenapa dia merasakan seperti gadis itu menjadi semakin comel!
"Pleasee...", matanya terkulat-kulat meminta simpati.
"Okey,jomm..", cepat sungguh Irhan Hadi membuat keputusan.Sebetulnya dia mula berasa seram sejuk.Gadis itu berdiri terlalu hampir dengannya.Dapat dia rasakan yang jantungnya berdegup kencang.Huhu..
Yang pastinya, gadis itu sudah membuntuti Irhan Hadi.Terkedek-kedek lagaknya apabila dia cuba untuk menyaingi langkah Irhan Hadi yang panjang.
Dalam perjalanan, masing-masing diam seribu bahasa.Sesekali Irhan Hadi mengerling Ara Alana yang nampaknya sibuk dengan telefon bimbitnya.Terkadang Irhan Hadi juga keliru dengan perangai gadis yang seorang ini.Ara Alana boleh jadi peramah dan happy go lucky.Ada masanya dia boleh jadi seorang yang pendiam.Pendek kata, Ara Alana sememangnya seorang yang sukar untuk difahami.Ah! Tentu sahaja dia masih belum move on dengan apa yang berlaku.
"Mr Bos...", akhirnya gadis itu memecahkan keheningan.Tetapi entah kenapa Irhan Hadi seperti tidak menyukai panggilan yang dilontarkan Ara Alana.
"Stop!Stop..!!!",arah Ara Alana tiba-tiba.
Irhan Hadi yang sedikit terkejut memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Okey..cukuplah sampai sini.Dari sini saya akan berjalan ke office.. Rasanya kawan-kawan office takkan nampak kita kat sini..",gadis itu sudah pun membuka tali pinggangnya dan bersedia untuk keluar.
"Ara...", Irhan Hadi sempat menahan Ara Alana dengan menarik tangannya.Gadis itu terpinga-pinga dengan tindakan spontan Irhan Hadi.
"Should we do this?", lembut suara itu pada pendengaran Ara Alana.
"Of course.. Hubungan kita perlu dirahsiakan.I do not want kawan-kawan office bercakap buruk tentang kita..",
Ara Alana cuba untuk menarik kembali tangannya tetapi Irhan Hadi bertindak dengan memegangnya lebih erat.Dalam keadaan itu,mata mereka bertembung agak lama.Irhan Hadi mengeluh.Seperti ada kesalan di mata nya.
"But I don't care.Biarlah diorang nak cakap apa pasal kita.Yang penting,I know you..", suara Irhan Hadi seperti berharap.
"Yes,you know me,Mr Irhan...Tapi kita ada perjanjian.Hati I tetap hati I..Please,jangan memaksa.Hope you understand! "Ara Alana merentap tangannya daripada pegangan Irhan Hadi lalu bingkas keluar.
Dia kemudiannya menutup pintu kereta dengan agak kasar.Berdentum bunyinya.Tetapi dentuman di hati Irhan Hadi lebih hebat lagi.
"Yes, I understand...But my heart .. my feelings..who cares ..It's also hurts,Ara..."Irhan Hadi mendengus untuk yang kesekian kalinya.
"
Share this novel