Sudah beberapa hari Ammar Mirza tidak masuk ke pejabat.Dia membawa diri jauh dari hiruk pikuk kota.Rumah peranginan keluarga nya yang terletak nun di atas Bukit Tinggi, Pahang menjadi pilihan.
Walaupun banyak kerjanya yang tertangguh tetapi dia bersikap sambil lewa sahaja.Hanis Hyda selaku setiausaha nya juga kerapkali menelefon.Tambahan pula Irhan Hadi masih lagi di Korea.Jadi sepatutnya urusan syarikat adalah tanggungjawab dia sepenuhnya.
Namun entah mengapa dia seperti tidak bersemangat.Apa yang dia buat semuanya tidak kena.Fikirannya bercelaru. Hatinya pedih... sakit..dan bermacam-macam lagi perasaan yang dia sendiri tidak mampu untuk tafsirkan.
Pertemuan Ammar Mirza dengan tunangan Ara Alana tempohari betul-betul memberi kesan dalam hidupnya.Apatah lagi apabila dia mengetahui gadis yang telah berjaya mencuri hatinya itu bakal menamatkan zaman bujang dengan lelaki tersebut.Betapa luluh hati Ammar Mirza.
Sesungguhnya dia belum sempat berbuat apa-apa.Jauh sekali untuk dia mengenali si empunya diri dengan lebih dekat.
Tahu-tahu sahaja Ara Alana dah nak kahwin.Ah! Terlalu lambatkah dia?
Tangan itu tiba-tiba menepuk bahu Ammar Mirza.Dia sedikit terperanjat.Rasanya dia tidak mengenali sesiapa di cafe ini.Lamunannya segera terhenti.Oh! Fariz Adha rupanya. Bagaimana dia boleh tahu Ammar Mirza berada disitu? Dia bela hantu raya ke?Sahabatnya itu tanpa segan silu sudah mula melabuhkan punggungnya.
"Kat sini kau rupanya..puas aku cari..",Fariz Adha memulakan bicara.
Ammar Mirza mengerling sahabatnya itu sekilas.Tanpa perasaan.
"Kau ni dah kenapa, Amm...masuk pejabat pun tak.. telefon pun tak berangkat.. Keluarga kau sendiri pun tak tahu kau kat mana...!Aku ingatkan, kau dah pengsan kat mana-mana.."
Fariz Adha dah start berceramah.
"Kau tahu tak,Si Hanis Hyda tu dah meroyan macam kucing hilang anak.Kesian dia...dah tak tahu nak cakap apa bila orang tanya.. Alih-alih kau duk kat sini.Bersantai sambil minum kopi.."
Fariz Adha menggeleng-gelengkan kepalanya.
Rasanya bukan Hanis Hyda sahaja yang macam kucing hilang anak.Dia pun sama. Mungkin lebih teruk lagi.Habis satu ibukota dia tawaf.Pendek kata di mana Ammar Mirza pernah menjejakkan kakinya maka di situlah berkemungkinan dia akan berada.Jadi Fariz Adha sendiri berusaha untuk mencari Mr CEO yang seorang ini.Itupun nasib baik dia terpandang risalah berkaitan rumah peranginan milik keluarga Ammar Mirza di ruang pejabatnya. Emm...
Apapun,Fariz Adha cukup pelik dengan tingkah-laku Ammar Mirza sejak akhir-akhir ini.Pada pandangan Fariz Adha, sahabatnya itu sudah banyak berubah.Kalau dulu dia seorang yang ceria, banyak cakap dan happy go lucky orangnya..kini Ammar Mirza lebih suka menyendiri, pendiam dan perahsia pula.Adakah sesuatu yang kurang baik menimpanya?
"Amm..kau tak sihat ke?Atau ada masalah? Beritahu je.. Walaupun aku mungkin tak dapat tolong,tapi sekurang-kurangnya..aku masih boleh mendengar.Aku sentiasa ada dengan kau, Ammar.."
Ammar Mirza memandang Fariz Adha lama.Terpancar keikhlasan di situ.Perlahan-lahan air hangat mula bergenang di kelopak matanya. Dia cuba menyeka butiran jernih itu dari terus jatuh membasahi pipi.Perbuatan Ammar Mirza itu tentu sahaja diamati Fariz Adha.Lantas tangan seorang yang bernama sahabat itu cepat-cepat menepuk belakang Ammar Mirza lembut.
Keadaan itu membuatkan Ammar Mirza yang cuba membendung tangis kini tidak mampu lagi untuk bertahan.Dia menangis semahu- mahunya.Posisi duduknya yang dalam keadaan membongkok jelas menampakkan bahu tegap itu terhenjut-henjut.
"It's ok,Amm.. menangislah.. mungkin itu yang kau perlukan..",Fariz Adha sudah memeluk Ammar Mirza erat.Biarlah mata-mata nakal yang memandang.Yang penting lelaki di hadapannya ini perlu ditenangkan.Tapi dari segi apa?Fariz Adha akhirnya tercongak-congak sendiri.
Share this novel