BAB 14

Romance Series 16994

Villa mewah tiga tingkat bercirikan moden kontemporari itu tersergam indah di atas bukit di tengah-tengah daerah Itaewon, Seoul Korea Selatan.Kedudukan kediaman yang sedikit tersorok menjadikan villa milik Mrs Kim lebih sunyi dan aman berbanding villa berdekatan.

Irhan Hadi sedang leka memerhatikan sekeliling.Kelihatan tukang kebun warganegara Myanmar sedang asyik mencantas pokok-pokok sambil bernyanyi riang.Gembira betul hatinya. Ahaks! Baharu dapat gaji ke..fikir Irhan.

Di tengah-tengah taman terdapat beberapa pohon Cherry blossom atau lebih dikenali sebagai pokok bunga sakura dilihat megah menghiasi taman.Tambahan pula kini negara yang digelar winter sonata itu berada dalam musim bunga berkembang.

Di saat angin menerbangkan bunga-bunga sakura hingga jatuh ke dalam kolam, Irhan Hadi hanya mampu terbuai dengan pemandangan yang mempersonakan itu. Kakinya pula dibiarkan terjuntai di dalam kolam renang milik nenek Koreanya.Dia duduk bersahaja sambil menghayati keindahan ciptaan Allah SWT.

Bercakap mengenai nenek Korea Irhan Hadi yang satu ini iaitu Mrs Kim..Mrs Kim adalah nenek sebelah ibunya.Dia lahir dalam keluarga kaya-raya berdarah kacukan Korea Amerika yang berkahwin dengan warganegara Korea.Lalu lahirlah ibunya.Ibunya pula berkahwin dengan bapa Irhan Hadi keturunan melayu Malaysia.Lalu lahirlah pula dirinya.Ah! Rumit sungguh salasilah keluarga Irhan Hadi rupanya...

Apa yang pasti, ibu Irhan Hadi meninggal dunia di saat dia masih kecil lagi.Kemudian bapanya juga menyusul tidak lama selepas itu.Memandangkan bapa Irhan Hadi sebatang kara, dia dibesarkan pula oleh kenalan arwah. Sehinggalah usianya 13 tahun, baharulah Mrs Kim mengambil dan menetap bersama-samanya di Amerika.

So, jangan ditanya kenapa dan mengapa Mr CEO Irhan Hadi tidak tahu bertutur dalam Bahasa Korea.Percakapan rasminya tentulah Bahasa Inggeris!Penghijrahannya ke Korea selama dua tiga tahun ini hanya disebabkan komitmen kerja semata-mata.


Walaupun dia sebenarnya tidak begitu menyukai bidang perniagaan tetapi Irhan Hadi tiada pilihan.Syarikat Perisian milik Mrs Kim perlu diwarisi.Lagipun dia harus membalas jasa. Pengorbanan Mrs Kim terlalu besar untuknya. Apatah lagi neneknya itu tidak pernah menghalangnya untuk kekal dalam ajaran Islam.Malah dicarinya seorang ustaz untuk sentiasa mendampingi cucunya ini.

Wah, sungguh hebat seorang yang bernama Mrs Kim di mata seorang Irhan Hadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience