BAB 72

Romance Series 16994

Ammar Mirza berjalan mundar-mandir.Dia semakin cemas.Masuk kali ini entah berapa kali Ammar Mirza melakukan tawaf di hadapan pintu bilik doktor pakar terbabit.Rasanya sudah beberapa jam Ara Alana berada di dalamnya. Tetapi sehingga kini, batang hidung gadis itu masih belum kelihatan.

Mengimbau sejenak peristiwa yang berlaku sekejap tadi, Ara Alana tiba-tiba sahaja jatuh pengsan.Dia yang turut panik langsung tidak dapat berfikir dengan waras.Apa yang ada difikirannya saat itu adalah segera bertindak.

Jadi, dia terus merangkul dan menggendong gadis itu lalu terus bergegas ke klinik yang berdekatan.Nasib baik juga keretanya diletakkan betul-betul di hadapan pintu masuk hotel terbabit.

Ammar Mirza langsung tidak menghiraukan mata-mata yang memandang.Dia hanya ingin menyelamatkan gadis itu.Entah apa yang tidak kena dengan si gadis.Wajahnya saat itu seperti menahan kesakitan yang amat sangat.

Dia yang bergegas dari pejabatnya terus datang ke hotel terbabit apabila mendapati Ara Alana berkemungkinan berada di dalam bahaya.Apatah lagi itu ialah Imran Na'im.Kali terakhir Ammar Mirza bertemu lelaki itu adalah semasa dia bertindak kasar terhadap Ara Alana.

Ah! Adakah dia ingin menyakiti gadis itu lagi?
Dan adakah kesakitan Ara Alana kini ada kaitannya juga dengan Imran Na'im?Apa tujuan lelaki itu berjumpa dengan Ara Alana dan menimbulkan masalah ini? Namun Ammar Mirza sedikit kebingungan.Dia pasti.Dia tidak nampak kelibat lelaki itu di mana-mana.Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?

"Encik...", suara itu mengejutkannya.
Segera Ammar Mirza berpaling.
"Encik dah boleh masuk...", jururawat itu sudah membuka pintu untuknya.
Ammar Mirza hanya menunduk hormat sambil mengucapkan terima kasih.

"Ya, Encik...masuk..masuk...", doktor keturunan India itu menyambutnya ramah.
Ammar Mirza melabuhkan punggungnya di sebelah Ara Alana.

Gadis itu kelihatan masih lemah tetapi lebih baik dari sebelumnya.Dia hanya membatu di kerusinya dengan pandangan kosong.Entah mengapa Ammar Mirza merasakan seperti ada makna tersurat disebaliknya.Tiba-tiba sahaja hatinya berasa sakit dan sayu apabila melihat Ara Alana berkeadaan sebegitu.

"Encik...."
"Ammar... Encik Ammar...", Ammar Mirza menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan doktor separuh usia itu.Huluran tangannya bersambut mesra.
"Encik Ammar...Encik Ammar suami Puan Ara?"
"Err...tak..takkk..bukann...saya bukan suaminya..", cepat-cepat Ammar Mirza menidakkan.Dan kalau itulah hakikatnya... Alangkah bahagia hidupnya..

"Maksud Encik Ammar..Encik Ammar tunangan Puan Ara?Atau kekasihnya? It's okay, Encik Ammar.. saya faham.Zaman sekarang perkara seperti itu dah macam biasa...", doktor itu tersenyum-senyum.

Perkara seperti itu? Perkara apa? Ammar Mirza sememangnya tidak faham.Apa maksudnya?
"Jadi Encik Ammar..Tahniah! Puan Ara mengandung!!"
Ahaks! Ammar Mirza tidak salah dengar ke?Hampir terlopong mulutnya.Berita itu langsung tidak dijangka.Sepatutnya doktor itu menyampaikannya kepada Irhan Hadi.Dia yang lebih berhak.Bukan dirinya.

"Tahniah Encik Ammar...",kali ini doktor itu pula menghulurkan tangannya.
"Errr....", serba-salah Ammar Mirza jadinya.Tetapi dia masih menyambut huluran tersebut bagi pihak Irhan Hadi.
Dikerlingnya Ara Alana di sebelah.Cuba membaca reaksi gadis itu.Namun gadis itu masih seperti tadi.Dia seolah-olah berada di dunianya sendiri.

Ah! Kenapa Ara Alana berkeadaan begitu? Tidak gembirakah dia dengan perkhabaran tersebut?Apa yang sedang bermain di minda gadis itu? Cuma apa yang Ammar Mirza dapat ramalkan, Mr Irhan Hadi pasti akan menyambut berita itu terbuka dan gembira.

Setelah selesai membuat bayaran dan mengambil ubat, Ammar Mirza turut membantu memapah Ara Alana ke kereta.Niatnya ikhlas. Bimbang sekiranya gadis itu terjatuh lagi.Malah Ara Alana juga tidak membantah.

"Mr Ammar...", gadis itu akhirnya bersuara.
Baharu sahaja Ammar Mirza ingin menutup pintu kereta di bahagian Ara Alana.
"Tolong rahsiakan perkara ini.Terutamanya dari pengetahuan Irhan Hadi..."

Ammar Mirza terkedu.Adakah ini satu permintaan? Tetapi kenapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience