BAB 75

Romance Series 16994

Bangun sahaja dari tidur pagi itu, Irhan Hadi terkejut yang amat sangat apabila mendapati bilik tidur Ara Alana sudah tidak bertuan.Almari pakaiannya kelihatan kosong dan ternyata beg besarnya juga turut hilang.Ah! Adakah Ara Alana sudah pergi meninggalkannya?

Malah gadis itu turut meninggalkan sepucuk surat di atas meja solek.Ternyata ia adalah notis pemberitahuan tentang perletakan jawatan serta-merta gadis itu di syarikat bersamanya.

Irhan Hadi melepaskan keluhan.Dia cukup terkilan.Terkilan dan sedih dengan tindakan tidak profesional Ara Alana.Mengapakah gadis itu bertindak sedemikian rupa.Masakan urusan kerja dicampur-adukkan dengan hal peribadi.

Namun begitu, jiwa Irhan Hadi terasa kosong. Semangatnya langsung luntur.Sama seperti keadaan apartment mewah miliknya yang nampak hilang seri.Tiada lagi wajah manis Ara Alana di mana-mana.Tiada lagi senyum tawanya yang menceriakan suasana.Dan apa yang ada kini hanyalah kenangan indah yang sering kali mengingatkan Irhan Hadi terhadap gadis itu.

Hatinya hancur berkecai.Dadanya sakit seperti dirobek-robek.Dia terlalu sayangkan gadis itu. Malah Irhan Hadi tidak sanggup kehilangannya.

Sebetulnya dia bukan ingin menghakimi gadis itu.Seboleh-bolehnya Irhan Hadi ingin mempercayainya.Dia hanya marah dan cemburu. Jadi Irhan Hadi mahukan sebuah jawapan yang tulus lagi benar.Sebuah kepastian yang akan melegakan hatinya.

Jika masa itu Ara Alana sendiri menidakkannya, menafikannya...Irhan Hadi pasti akan terus mempercayainya.Pasti akan berlapang dada. Menerimanya dengan terbuka.Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.Di luar kotak fikirannya.

Gadis itu bahkan mengatakan bahawa bayi di dalam perut itu bukanlah anaknya.Jadi anak siapa? Ammar Mirza?Ah!

Irhan Hadi akui.Semenjak akhir-akhir ini Ara Alana kelihatan agak rapat dengan lelaki itu.Dan Irhan Hadi juga akui, Mr Ammar Mirza sememangnya menyimpan perasaan istimewa buat gadis itu. Cuma dia tidak menyangka, hubungan yang disangkanya sebagai persahabatan semata- mata, rupa-rupanya membibitkan perasaan lain antara keduanya.

Dalam diam-diam, Irhan Hadi terasa seperti dikhianati.Dia mula rasa marah, geram, benci, cemburu dan segala macam rasa lagi yang kini bercampur menjadi satu perasaan yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.Ah! Tegar sungguh Ara Alana menduakannya.Malah dengan musuh tradisi Irhan Hadi pula tu.

Tetapi dalam masa yang sama, perasaan rindu dan sayangnya terhadap gadis itu seolah-olah cuba mendominasi minda Irhan Hadi. Perlahan- lahan dia mengambil handphone lalu cuba menelefon gadis itu.Namun segera dimatikan hasratnya apabila rasa ego menguasai diri.

Tetapi tanpa disangkanya, Handphone yang masih berada di tangannya itu berdering agak kuat.Mungkinkah itu Ara Alana? Ah! Sudah semestinya bukan.Nampak jelas wajah hampa milik Irhan Hadi apabila screen tersebut memaparkan nama si pemanggil.

"Assalamualaikum, boss....", suara yang amat dikenalinya.
Irhan Hadi hanya menjawab acuh tak acuh sahaja.
"Bos cuti ke hari ni? Saya tak tahu pun..",
"I'm working..Cuma lambat sikit..."

Sesungguhnya Irhan Hadi berasa tidak bersemangat untuk bekerja pada hari itu. Semangatnya tiba-tiba hilang seolah-olah ia pergi bersama Ara Alana.Tetapi digagahkan juga.Ada perkara penting yang perlu dia uruskan.

"Oic...so saya tunggu bos kat pejabat lah, ya..", Fariz Adha menamatkan panggilan.
Irhan Hadi menarik nafas panjang-panjang.Lalu menghembusnya malas.

Ara Alana?Di manakah dia? Mungkinkah dia sudah bergerak pulang ke kampung? Mungkinkah ini penamat hubungan mereka berdua?Ah!Sekali lagi Irhan Hadi mengeluh.Kali ini keluhannya lebih berat dari yang tadi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience