Irhan Hadi mengerling gadis itu sekilas.Ya!Dia masih seperti tadi.Masih lagi diam seribu bahasa.Apa yang gadis itu lakukan kini hanya menikmati pemandangan di kiri jalan.Seolah-olah kepalanya seperti melekat di situ dan tidak mampu berpaling lagi.Ah! Entah apa yang menarik perhatian gadis itu, Irhan Hadi sendiri tidak tahu.
Irhan Hadi kemudiannya membelokkan kereta yang dipandunya ke sebuah hentian rehat.Sudah lebih dua jam dia memandu, terasa mengantuk pula matanya.Tambahan pula malam sebelumnya Irhan Hadi tidak dapat tidur dengan lena.
Lagu yang berkumandang di corong radio seperti membelai-belai matanya.Ara Alana di sebelahnya pula langsung tidak membantu. Setidak-tidaknya boleh juga dia berbual kosong dengan Irhan Hadi.Tetapi itulah! Gadis tersebut masih seperti itu.
"Let's stop here first. Take a break ... ",Irhan Hadi sudah memberhentikan keretanya di petak parking yang kosong.
"I want to go to the toilet.You want anything?", tanya Irhan Hadi sebelum beredar.
"No, I don't want...It's ok.."Ara Alana menggeleng-gelengkan kepalanya.
Irhan Hadi terangguk kecil tanda faham.Dia mengisyaratkan agar gadis itu mengunci pintu kereta terlebih dahulu.Bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini semasa ketiadaannya. Lagipun enjin kereta masih lagi terpasang dan kunci masih setia di tempatnya.Dalam dunia sekarang, apa-apa pun boleh berlaku.
Setelah selesai urusannya di tandas, Irhan Hadi terus bergerak ke restoran yang berhampiran.Dia membungkus dua set burger,dua cup kopi panas dan dua botol air mineral.
Walaupun Ara Alana tidak meminta dia membelikan makanan, tetapi Irhan Hadi dapat mengagak yang gadis itu juga kelaparan seperti dirinya.Sememangnya mereka berdua tidak menjamah makanan semenjak bertolak dari kampung seawal 11.30 pagi tadi.
Setibanya Irhan Hadi di keretanya, dia seperti termanggu-manggu sendiri.Serba-salah jadinya apabila melihat Ara Alana sedang tertidur keletihan.Irhan Hadi akui, semenjak dua tiga hari ni... gadis itu lebih banyak termenung dan menyendiri.Tetiba sahaja dia berubah menjadi seorang yang cukup pendiam.Terkadang dia juga menangis teresak-esak di tengah-tengah malam.
Ah! Sakit hati Irhan Hadi melihat gadis itu berkeadaan sebegitu.Kalau diikutkan,mahu sahaja dia memeluk gadis itu bagi menenangkannya.Dia ada hak!Dia ada hak sebagai seorang suami!
Tetapi Irhan Hadi tidak mahu.Dia tidak mahu Ara Alana menganggapnya sebagai seorang lelaki yang cuba mengambil kesempatan.Biarlah Ara Alana perlahan-lahan melupakan Imran Na'im dan biarlah takdir dan waktu yang menentukan hala tuju hubungan mereka.
Irhan Hadi melabuhkan punggungnya di atas batu besar yang terdapat berhampiran dengan keretanya.Dia terus mengalas perutnya dengan menu yang ada.Kemudian menghirup kopi kegemarannya pula.Terasa lebih sihat bertenaga jadinya.
Sesekali Irhan Hadi memerhatikan Ara Alana.Lena sungguh dia tidur.Kepalanya kelihatan terlentok ke cermin tingkap kereta. Mulutnya pula hampir terlopong dibuatnya.Ah!Comel betul desis hati kecil Irhan Hadi.
Teringat dia kata-kata Pak Long sebelum mereka berangkat pagi tadi.
"Hadi...walaupun Achik banyak kekurangan, tapi terimalah dia seadanya.Jadilah imam yang dapat membimbing Achik ke arah kebaikan.Layan lah dia dengan baik.Hargai dan jagailah dia. Perlakukanlah dia dengan rasa tanggungjawab dan kasih sayang.Ingat Hadi...Rasa cinta dan sayang akan hadir sekiranya ia dibaja dengan kaedah yang betul.".
"Ya,Hadi...kami akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu berdua..",suara Mak Long kedengaran sebak.Dipeluknya Ara Alana untuk yang kesekian kalinya.
Gadis itu teresak kecil.Mungkin perpisahan kali ini meninggalkan seribu makna buat dirinya.
Insyaallah Mak Long...Pak Long...Hadi akan buat yang terbaik.Ara Alana tidak akan dipersia-siakan.Bisik Irhan Hadi sendiri sambil terus memerhatikan si gadis yang masih dibuai mimpi.
Share this novel