Ammar Mirza leka memainkan pen di tangannya. Dipusing-pusingkan pen tersebut, digigit.. lalu diketuk di atas meja pejabatnya.Tidak cukup dengan itu, Ammar Mirza mengayun-ayunkan kerusinya pula.Lagaknya seperti sedang memikirkan masalah negara!
Ah! Ada sesuatu yang merunsingkan dia saat ini. Fikirannya semakin bercelaru.
Dari tadi lagi dia tidak nampak wajah itu. Selalunya dia dapat memerhatikan gadis itu terus dari biliknya.Biasanya gadis itu merupakan antara staff yang terawal datang ke pejabat dan boleh dikatakan juga paling lewat untuk pulang. Ara Alana ternyata seorang staff yang rajin dan berdedikasi.Patut dicalonkan sebagai penerima anugerah pekerja cemerlang!!
Walaupun begitu, Ara Alana terkadang seperti sengaja menjauhkan diri daripadanya. Namun, dia masih jua menunjukkan sikap yang baik. Ajakannya untuk keluar makan secara berdua selalu ditolaknya dengan berhemah. Ammar Mirza sebenarnya berasa terkilan tetapi sekurang- kurangnya gadis itu tidak membenci dirinya.Ini bererti dia masih mempunyai harapan untuk menambat hati Ara Alana.
Tetapi kenapa dengan Ara Alana? Sakitkah dia? Cutikah dia? Apa-apapun, dia turut berasa seperti ada yang tidak kena.Hatinya tiba-tiba sahaja berdebar-debar.Seolah-olah gadis itu berada di dalam kesusahan.Ah! Hilang terus semangatnya untuk bekerja.
Jadi, diambilnya telefon bimbit yang terletak di atas meja.Ammar Mirza cuba untuk menelifon gadis itu tetapi segera dia membatalkan hasratnya. Ah! Apa kata Ara Alana nanti.Dia bukanlah seorang bos dalam team Ara Alana. Nampak pelik sekiranya dia berbuat demikian.
Teringin juga untuk bertanya kepada Hanis Hyda tentang situasi Ara Alana.Tetapi segan pula.Sudahlah setiausahanya itu seperti dapat meramal apa yang bermain di hatinya.Ish! Mati hidup balik pun, sure Ammar Mirza tidak berani bertanyakan hal itu kepada gadis tersebut.
"Jauh termenung Mr Ammar..?", tiba-tiba suara itu mengejutkannya.
Ayunan kerusinya berakhir di situ.
Ah! Entah bila lelaki yang seorang itu muncul. Orang nak feeling pun tak senang.Suka hati je muncul tak kena tempat.Desis Ammar Mirza sendiri.
"Kau ni dah kenapa? Pagi-pagi lagi dah tercongok kat sini.Tak takut bos kau mengamuk ke nanti,"
Fariz Adha hanya tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.
"Biasa la...bos aku takde..Boring la sorang-sorang kat atas tuu.."
"Aikk.!! Pelik benar bunyinya.. Jarang aku dengar bos kau tu ambil cuti.."
"Tu lah..dia ambil emergency leave.."
Ammar Mirza terangguk-angguk.Cuba buat-buat faham.Tetapi jauh di lubuk hati dia langsung tidak mahu memahami lelaki yang telah dianggap musuh tak rasmi itu.
"Sudahnya...banyak la kerja aku.Si Ara Alana pun tak datang juga...Tak boleh nak minta tolong.."
Keluhan Fariz Adha sedikit sebanyak menarik perhatian Ammar Mirza.Apatah lagi apabila nama yang dirindu itu disebut-sebut.
"Tak datang juga..kenapa?", Ammar Mirza seolah-olah sangat terdesak untuk tahu.
"Dengar-dengar dia balik kampung..Mak sakit katanya... Macam kritikal.."
"Innalillahiwainnalillahirajiun..", hanya itu yang mampu diucapkannya.
Saat itu Ammar Mirza dapat membayangkan betapa sedihnya Ara Alana.Masih jelas di ingatannya, bagaimana gadis tersebut menangis teresak-esak hampir di setiap pertemuan mereka. Tidak sanggup rasanya membiarkan gadis itu berdukacita sendiri.Tentu sahaja Ammar Mirza tidak mampu memeluknya tetapi sekurang- kurangnya dia ada untuk menenangkan gadis itu.
Jadi tanpa berfikir panjang lagi Ammar Mirza terus mencapai beg sandangnya lalu mula mengatur langkah.Dia nekad.Tujuannya hanya satu.
Fariz Adha yang dari tadi terpinga-pinga hanya mengekori lelaki itu dari belakang.
Share this novel