BAB 24

Romance Series 16994

Panggilan yang diterima Fariz Adha sebentar tadi betul-betul mengejutkannya.Setelah berhari-hari hilang dari radar, kini Irhan Hadi yang digelarkan sebagai Mr Bos Korea ingin pulang!Wah...pandai sungguh lelaki yang seorang ini bermain hide and seek.Sudah puas pula dia mencari lelaki itu ke sana ke sini.Namun ternyata lelaki yang seorang ini begitu pandai bersembunyi.

Fariz Adha hanya mendapat khabar dari Korea bahawa Mr Irhan Hadi sudah pulang ke Malaysia beberapa hari yang lalu.Biasanya,dialah orang pertama yang akan menerima panggilan daripada lelaki itu tetapi tidak kali ini.Mr Irhan Hadi seperti menyembunyikan sesuatu daripadanya.


Walaupun begitu,Fariz Adha masih lagi bersyukur.Nasib baik tidak terjadi sesuatu yang buruk ke atas majikannya itu. Mana la tahu kann.. kot-kot dia kena culik ke. .kena bunuh ke .. lepas tu kena buang dalam laut.Nauzubillah...nasib baik itu bukanlah penamat bagi bos anti romantik ini.

"Fariz, don't forget to clean the house. Tidy up the guest room.The fridge ..please fill it up..buy a lot of wet stuff.I don't want any kind of dust to stick to the house.Make sure everything is neat and orderly, ok..,,!!", masih terngiang-ngiang suara lelaki itu menerusi aplikasi WhatsApp secara live tadi.Panjang benar pesanan penaja daripadanya.Fariz Adha menarik nafas lalu melepaskannya malas. Bosnya itu memang pandai memberi arahan.


Bekerja dengan bos seperti Irhan Hadi sememangnya mencabar dari segi fizikal dan mental.Dia sendiri keliru dengan skop kerjanya. Terkadang dia menjadi seorang setiausaha. Terkadang dialah driver.Terkadang pula dia seperti offices boy.

Dan hari ini dia terpaksa menjadi maid pula!Ish,Ish,Ish....kalau hujung tahun ini dia tidak dapat kenaikan gaji dan double bonus...that is impossible!Tak pasal-pasal teruk Mr Irhan Hadi disantaunya. Opss...


Tetapi ada tetamu hendak datang ke?Siapa dia?Mrs Kim?Setahu Fariz Adha,Mrs Kim tidak pernah menginap di apartment mewah milik Irhan Hadi.Wanita itu lebih selesa tinggal di hotel bertaraf lima bintang milik kenalannya.


Sepanjang Fariz Adha bekerja dengan Irhan Hadi, itulah pertama kali lelaki itu memintanya mengemaskan bilik tetamu.Sememangnya bilik itu tidak pernah digunakan melainkan sesekali Irhan Hadi akan menunaikan solat di dalamnya.


Setelah selesai mengemas dan menyediakan apa yang patut, Fariz Adha berehat sebentar menghilangkan penat.Apartment mewah milik Irhan Hadi kelihatan begitu tenang pada pandangan matanya.Dengan pemilihan warna dinding yang lembut dan harmoni seperti light grey, suasananya menjadi semakin mendamaikan.Tambahan pula perabot mahupun hiasan yang dipilih Irhan Hadi cukup minimalis dan kena pula pada tempatnya.Ah!Sejuk setiap mata yang memandang.

Tiba-tiba, iPhone milik Fariz Adha bergetar untuk kesekian kalinya.
"Ya,bos...",sepantas kilat Fariz Adha mengangkatnya.
"What about the work I told you to do?"
"Err... settle dah bos..rumah dah kemas... bilik pun dah kemas..barang dalam peti ais pun dah top-up.. pendek kata perfect and nice...", Fariz Adha tersengih-sengih.Bangga sekejap dia dengan dirinya sendiri.
"Good job,Fariz...But after this, don't come again. Except with instructions,ok.."tegas bunyi suara Irhan Hadi.
"Tapi kenapa,bos...?"
"No...No reason.."


Fariz Adha mengerutkan keningnya. Aikk...makin pelik perangai makhluk Allah SWT ni.Biasanya Irhan Hadi memang selalu mengingatkan dia supaya tidak mengganggu privasinya dengan berkunjung ke rumah.Tetapi kata-katanya sebelum ini tidaklah terlalu serius berbanding kini.

Ah! Entah apa yang Mr Irhan Hadi sembunyikan.Seperti ada sesuatu yang tidak kena dan Fariz Adha teringin untuk menyiasatnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience