Wajah gadis itu direnungnya lama.Mukanya pula sudah berkerut seribu.Api kemarahannya semakin membuak-buak.Masuk hari ini,entah berapa kali gadis tidak diundang itu datang ke pejabat.
Tetapi kali ini, dia nampaknya lebih berani.Dia tanpa segan-silunya telah menceroboh masuk ke bilik pejabat Irhan Hadi tanpa mendapatkan keizinan.Irhan Hadi mengetap bibirnya geram.
"Err..sorry Mr Bos.. saya dah suruh dia tunggu tadi..",Fariz Adha kelihatan serba-salah.Hampir tercabut nyawanya apabila gadis itu terus meluru masuk ke bilik Mr Irhan Hadi. Sesungguhnya dia telah mencuba sedaya-upaya untuk menghalangi gadis tersebut tetapi apa kan daya.Nasi sudah menjadi bubur.Gadis bertubuh tinggi lampai itu mempunyai aura yang sungguh menakutkan. Huhuhu..
Fariz Adha tahu.Malah amat-amat mengetahuinya.Mr Irhan Hadi memang pantang jika ada sesiapa yang bertindak sebegitu.Apatah lagi sekiranya dia adalah seseorang yang langsung tidak disukainya.
Jadi, terpaksalah dia bersiap sedia untuk menerima hakikat diberhentikan kerja immediately! Mr Bos Korea yang seorang ini bukan sahaja lebih menakutkan, seram...malah jika nasib tidak baik, tong gas pun boleh bertukar menjadi Superman!Opss..
"It's okay, Fariz.I can handle this.."
Fuh! Fariz Adha menarik nafas lega. Alhamdulillah..Nampaknya rezekinya masih ada!
So cepat-cepat dia menutup daun pintu lalu beredar dari situ.Meninggalkan Mr Irhan Hadi sendiri bersama adik kepada sahabat baiknya itu.Hope bosnya itu tidak apa-apa dan berilah dia kekuatan.Fariz Adha sempat mengaminkan doanya sendiri di dalam hati.
"So, why are you here?", Irhan Hadi mengerling gadis itu sekilas lalu kembali mengadap laptop nya.Dia cuba berlagak biasa sedangkan hatinya berbisik agar segera menghalau gadis itu.
"I'm here because of you lah, Abang Ir.."
"I miss you so much...", suara Ameera Hanna kedengaran seperti menggoda.
Tetapi Irhan Hadi tidak rasa tergoda pun.Sedikit pun dia tidak tergugat.Makin meluat adalah!Lagak gadis itu yang ala-ala manja dan mengada-ngada selalu sahaja membuatkannya geli-geleman.Namun itulah! Gadis itu terlalu degil untuk diatasi.
Walaupun sudah ditolak berkali-kali, tetapi dia masih lagi cuba memikat dan menarik perhatian Irhan Hadi.Ah! Adakah dia tidak tahu malu?Yap!Mungkin juga... Kerana itu dia berani berpenampilan seseksi itu.Baju ketatnya betul-betul macam sarung nangka.Skirtnya pula separas paha.Oh! Tidak..It's not his a type..Ara Alana jauh lebih sopan dari itu!
Ikutkan hati, mahu sahaja Irhan Hadi sekolah kan gadis tersebut.Selepas itu, akan dibacanya talkin kuat-kuat di telinganya.Biar anasir-anasir jahat yang menghantuinya lari kepanasan.Tetapi apabila memikirkan Mrs Kim, tiba-tiba hasrat tersebut terkubur dengan sendirinya.
"Jom teman I lunch..I lapar lah...", sengaja Ameera Hanna merapati Irhan Hadi.Kemudian dengan berani dia bertindak memicit bahu Irhan Hadi.
Irhan Hadi tersentak.Cepat-cepat dia menangkis tangan tersebut dengan aksi spontannya. Hampir-hampir pula dia mengeluarkan jurus Tae Kwan do yang dipelajarinya.Kalau tidak, dia sendiri tidak tahu nasib yang akan menimpa gadis tersebut.
"Hey! What are you doing?", bulat mata Irhan Hadi menahan marah.
Gadis itu hanya terkekeh-kekeh ketawa.Jarang benar ada lelaki yang menolaknya.Dia terasa sedikit tercabar.Sikap Irhan Hadi yang jual mahal itu sememangnya satu dalam seribu.The limited edition!
"Ameera Hanna! I already told you.I'm married..So, please.. jauhkan diri"
Irhan Hadi sememangnya sudah memberitahu perkara itu kepada gadis tersebut.Alasannya agar si dia segera menjauh.Irhan Hadi tidak mahu kebahagiaan yang baharu dibinanya bersama Ara Alana runtuh di tengah jalan.
"So, apa buktinya you dah kahwin?Where is your wedding photos..where is the ring ..? dan mana dia..mana dia gadis tu..?"
Irhan Hadi terkedu.Haruskah dia berlari mendapatkan Ara Alana dan membawanya sebagai bukti.Its impossible! Dia masih belum mempunyai kekuatan untuk menceritakan perkara tersebut kepada gadis manis itu.Dia juga takut memikirkan, apakah tindakan yang bakal Ara Alana ambil sekiranya perkara ini terbongkar. Ah! Terasa berat keluhan Irhan Hadi.
"Abang Ir...Don't worry.Jika you dah kahwin pun, rasanya tak salah kan?I rela je bermadu..janji you kahwin dengan I.."
"What do you means?",makin besar biji mata Irhan Hadi dibuatnya.Dia yang tadinya duduk kini sudah berdiri tegak.Ibaratkan tiang bendera lagaknya.Ish!Makin gila agaknya perempuan yang seorang ini..
"Maksud I...You boleh je kahwin lagi satu..Your quota is four, right? My parents sure tak kisah.They prefer our bisnes than the marriage...", Ameera Hanna sudah mula melangkah keluar.
"But, I'm always prefer you...", sempat gadis itu mengenyitkan matanya sebelum meninggalkan Irhan Hadi termangu-mangu sendiri.
Share this novel