Jam menunjukkan tepat ke angka 8 malam.Ini menunjukkan hampir 13jam aku dan Mr Ammar terperangkap di dalam kesesakan.Terasa lemah longlai satu badan.Ajakan Mr Ammar untuk singgah makan malam juga ku tolak dengan berhemah.Sesungguhnya bateri tenagaku benar- benar berada di paras bahaya.
Tetapi aku memang respect gila dengan Mr Ammar.Entah dari manalah sumber tenaganya datang.Dia memandu tanpa henti.Tidak mengantuk mahupun tidur.Hanya sesekali dia berhenti untuk ke tandas dan solat.Ish! Robot pun boleh kalah lagu ni...
Aku jangan cakaplah.Siap mimpi naik rollercoster lagi.Berkali-kali juga aku hampir terbabas.Terlentok-lentok dibuatnya. Entah-entah sekali dengan pakej air liur basi.. Eeiii...Buat jatuh saham je...Tetapi itulah! Boleh pula aku syok tidur sedangkan Mr Ammar memandu di sebelah. Ish!Ish!Ish...mungkinkah aku terlalu selesa dengan lelaki itu?
Ah! Tentu sahaja ianya berbeza dengan Mr Irhan Hadi.Berada berdua-duaan dengannya di dalam kereta membuatkan aku seperti tidak senang duduk.Walaupun mataku terlalu mengantuk saat itu, tetapi zahirnya aku tidak mampu untuk tidur.Aduhai...jampi apakah yang dikenakan lelaki itu ke atasku agaknya?
Menyebut tentang lelaki itu, di manakah dia?Masih di tempat kerja lagikah?Memandangkan apartment dalam keadaan bergelap, aku menyimpulkan bahawa lelaki tersebut masih berada di pejabat.Jadi aku membuka setiap suis lampu yang ada.Baharulah terang biji mata.Atau aku sebenarnya penakut.Opss!!
Apa-apapun, lelaki itu sememangnya dikategorikan dalam golongan yang gila kerja. Hidupnya penuh dengan kesibukan.Sehinggakan, sekali pun dia tidak menghubungi ku sepanjang aku bertugas di luar daerah.
Ah! Bukannya aku mengharapkannya untuk menelefon ku berjam-jam lamanya.Cukuplah sekadar menaip teks pendek bertanyakan khabar. Dah makan ke?Sihat ke?Tidur dah ke? Sesungguhnya hanya itu yang aku inginkan. Secebis perhatian! Tetapi adakah dia masih lagi marah denganku?
Mungkinkah juga harapanku terlalu berlebih untuk seorang Irhan Hadi.Untuk seorang bergelar pengantin pengganti.Untuk seorang yang bakal mengakhiri hubungan ini nanti.Ah! Apa yang aku mahukan sebenarnya, Ara Alana...
Berbalik kepada Mr Ammar Mirza.Aku sebetulnya cukup terkejut dengan luahan perasaannya tempohari.Sememangnya dia melayan ku dengan baik.Malah, dia sentiasa ada di saat aku memerlukan.Tetapi tentu sahaja aku tidak menjangkakan perkara tersebut.
Menurutnya, dia sudi memberikan ku waktu dan bersedia untuk menunggu.Jadi, bagaimana pula dengan Mr Irhan Hadi? Walaupun aku sendiri masih tidak tahu apa perasaan ku terhadap lelaki yang seorang itu, tetapi hatiku seolah-olah belum bersedia untuk mengakhiri hubungan kami.
Namun apa yang pasti, aku sebenarnya takut.Aku takut untuk menyanyangi dan menyintai.Aku takut untuk berharap pada sesuatu yang tak pasti.Rasa sakit masih berbekas di hati.Ah! Haruskah aku menyendiri?
Disebabkan malas melayan perasaan sendiri yang mengusutkan fikiran, aku lantas mencapai tuala lalu terus ke bilik mandi.Apabila sahaja air yang suam-suam kuku itu membasahi badan, baharulah terasa segar dan nyaman.
Fikiran ku yang tadinya sedikit kusut kini beransur hilang.Alhamdulillah..Selepas ini aku berkira-kira untuk terus tidur sahaja memandangkan aku telah menunaikan solat jamak fardhu maghrib serta isya' semasa dalam perjalanan tadi.
Setelah selesai membersihkan diri, aku yang hanya berkemban dengan tuala separas paha terus meluru keluar.Dan alangkah terperanjatnya aku apabila mata ku menangkap sesusuk tubuh yang amat ku kenali.Irhan Hadi?
Opss!! Dia juga serentak memandangku. Mata kami bertembung.Lama kami berkeadaan sebegitu seolah-olah masa seperti berhenti.
Akibatnya, wajahku terus merona merah. Berderau darah ku dibuatnya.Jantungku jangan cakaplah! Rasanya sudah hampir luruh! Alamak!Secara tiba-tiba pula, tubuhku menjadi kaku di situ.Alahai..! Kau dah kenapa, Ara Alana..Tak kan kau nak buat free show kat depan lelaki tu kot!
"Err...", lelaki yang sedang duduk di ruang makan itu kelihatan terkulat-kulat.Wajahnya turut bertukar warna.Dia nampaknya juga seperti terkejut yang amat sangat.Apatah lagi apabila buah epal ditangannya yang telah digigit, secara tidak sengaja jatuh bergolek.
Dan seperti baharu tersedar dari mimpi, lelaki itu bergegas mendapatkan kembali buah epalnya lalu terus meninggalkan ruangan tersebut tanpa menoleh lagi.
Aku pula?Ah! Kenapa aku jua yang masih seperti tadi...??
Share this novel