BAB 51

Romance Series 16994

Ammar Mirza melangkah longlai memasuki villa mewah bertingkat tiga itu.Rasa letih dan penat benar-benar menguasai dirinya.Malahan otaknya hampir-hampir tidak berfungsi memikirkan hal yang tidak-tidak.

Nampaknya hubungan Irhan Hadi dengan Ara Alana semakin berkembang.Seperti ada sesuatu yang istimewa terjadi di antara mereka.Ini jelas terbukti apabila Irhan Hadi melayan gadis itu dengan baik.

Walaupun lelaki itu tidak banyak berbicara tetapi setiap perbuatannya melambangkan betapa dia mengambil berat tentang Ara Alana. Sesungguhnya seorang Irhan Hadi tidak pernah melayan sesiapa sebaik itu.

Ara Alana pula, sikap malu-malunya mencerminkan segalanya.Wajahnya yang putih akan segera merona merah apabila matanya bertembung dengan Irhan Hadi.Tentu sahaja itu tidak akan berlaku jika gadis itu berhadapan dengannya.

Ah! Mungkinkah Ara Alana terlalu selesa dengannya?Mungkinkah juga Ara Alana langsung tidak menyukainya? Apatah lagi sehingga kini, gadis itu masih lagi belum memberikan apa-apa jawapan.

Ammar Mirza akui.Dia sebenarnya sedikit takut untuk mendengar jawapan daripada gadis itu.Kerana itu Ammar Mirza membiarkan sahaja. Entah mengapa dia merasakan Ara Alana tidak menganggapnya sebagai seorang yang istimewa. Mungkinkah disebabkan Irhan Hadi?

"Abang Ammar...", suara itu betul-betul mengejutkan Ammar Mirza.Dia bertambah terkejut apabila melihat wajah yang tidak dijangka itu.
Gadis berambut perang itu kemudiannya terus berlari mendapatkan Ammar Mirza lalu memeluknya erat.

Ammar Mirza mengukir senyum.Dibalasnya pelukan si empunya diri.Itu adalah Ameera Hana. Adiknya.Ya! Itulah dia satu-satu adik kesayangan Ammar Mirza.Hampir beberapa bulan yang lepas mereka tidak berjumpa.Ameera Hanna belajar dan menetap di Amerika Syarikat bersama datuk dan nenek mereka.Manakala Ammar Mirza tinggal bersama ibubapanya di Malaysia.Hanya sesekali adiknya itu akan pulang ke Malaysia.

"Ala... rindunya kat Abang Ammar.. Kenapa tak datang melawat Hanna...?".
Ammar Mirza sudah mula melepaskan pelukannya.Geli-geleman pula rasanya bila sudah besar panjang ni.Adiknya itu langsung tidak berubah.Umur sudah masuk 23 tahun.Tetapi masih lagi manja dan keanak-anakan lagaknya. Mungkin itu penangan asuhan daripada datuk dan nenek agaknya.

"Sorry, Hana..Abang betul-betul sibuk..".
"Okey, maaf diterima..But after this, Abang Ammar hutang kat Hanna satu perkara..!"
"Hutang apa pula..Dah..dah..Abang belanja shopping, okey.."

Gadis itu menggelingkan kepalanya.
"Ala, tu dah biasa...takpa.. kita simpan dulu.Bila Hanna nak tuntut, Hanna cakap, ya.."
Ammar Mirza sekadar mengangguk.Dia selalu sahaja kalah jika bertanding dengan adiknya yang seorang ini.

"Kenapa Hanna balik sini..?"
"Tak boleh ke Hanna balik..?"
"Ish... tentu la boleh.Tapi tentu ada sebab kan. Tak akan la Hanna saja-saja nak balik.. rasanya sekarang, bukan cuti musim panas.."

Ameera Hanna tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.Dipandangnya wajah abang kesayangan yang penuh tanda tanya itu.

"Mama yang suruh balik..."
Ammar Mirza masih lagi menumpukan perhatian kepada si adik.
"Katanya nak kahwinkan Hanna..."

Terbatuk kecil Ammar Mirza dibuatnya.Biar betul...She only 23.Life goes on..Rasanya masih terlalu awal untuk gadis ini menamatkan zaman bujangnya.Kerja pun tak lagi.Tetapi nak hairan apa.Duit mama dan abah berkepuk dalam bank. She is only their daughter.

Tetapi itulah.Rasanya adiknya itu masih belum puas 'enjoy'.Dia bukan tidak tahu perangai Ameera Hanna.Pergaulannya sangat bebas dan teman lelaki baginya ibarat pakai buang!

Ammar Mirza akui.Dulu, dia juga sebegitu.Masa dan wang ringgitnya banyak dihabiskan untuk gadis-gadis hidung belang yang tergila-gilakan diri dan duitnya.Arak, dadah dan segala macam pil larangan juga pernah dicubanya.Cuma satu sahaja yang Ammar Mirza tidak pernah buat. Meniduri anak orang!

Sesungguhnya Ammar Mirza tidak lah sejahat itu.Dia tidak sanggup untuk memusnahkan hidup orang lain.Apa lagi jika terpaksa bertanggung- jawab ke atasnya.

Kini dia sudah jauh berubah.Semenjak dia mengambil-alih Syarikat Perisian bersama milik abahnya, Ammar Mirza menjadi lebih dewasa dan bertindak lebih waras.Tambahan pula apabila dia mula mengenali Ara Alana.Gadis itu seperti membawanya ke satu era kemajuan yang maha dahsyat.

"Jadi Hanna terima...?"
"Of course tak lah..."
"Tapi...", suara Ameera Hanna terhenti di situ.Dia kemudiannya mengukir senyuman paling sinis. Ammar Mirza mengerutkan keningnya.Lain macam betul budak ni..
"Tapi, bila Mama tunjukkan gambar dia...terus Hanna setuju.I'm fell in love, Abang Ammar..He is very handsome..so handsome..like..like..."

Ammar Mirza mendengus perlahan.Memang dah boleh agak..
"Like...like..you know thats guys?Ala...the chinese actor..Yesz..thats right! Yang Yang...He's really..really..like him..."

Sekali lagi Ammar Mirza mengerutkan keningnya. Yang Yang? Yang pastinya ada seseorang yang berlegar-legar di fikirannya saat itu.Adakah dia yang dimaksudkan?Kalau betullah dia..Ah!Makin rumit jadinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience