Jam di tangan sudah melangkaui ke angka 6 petang.Aku mengeluh malas.Lambat lagi hari ini.Seperti biasa,aku terpaksa pulang lewat bagi menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Kini baharu sebulan aku bekerja di sebuah syarikat perisian milik bersama Malaysia dengan Korea.
Dan dalam sebulan inilah masanya seakan-akan terhenti.Fuh!Rupa-rupanya alam pekerjaan sungguh mencabar.Tidak seperti zaman belajar dahulu.Huhu.. Teman-teman sepejabat yang lain ramai yang sudah pulang. Hanya tinggal aku,Hanis dan dua orang pekerja lagi masih setia di meja masing-masing.
"Ara,tolong check balik semua report meeting dengan client..last month.. Cepat!Bos nak tengok.."Hanis Hyda yang merupakan seorang setiausaha merangkap sahabat baikku telah melonggokkan setimbun fail di atas meja.
"Semua ni..?",mataku membulat.
"iya lah.. semua tu.. Atau kau nak lagi...?",Hanis tersengih.
Cepat-cepat aku menggelengkan kepala.Ini pun sudah cukup banyak.Kalau ditambah lagi, alamat berkampunglah aku di sini.
"Ok,makesure siapkan sebelum pukul 7."
"What..?!", mataku semakin membulat.Ini betul-betul kerja gila!
"Yes,aku faham..But kau kena siapkan juga.Yang minta ni,bos Korea...Bos Korea!!", perkataan Bos Korea di penghujung ayat itu ditekankan agak kuat.
Aku sedikit tersentak.Terasa bulu romaku mereding seram.Walaupun aku masih belum berkesempatan bertemu dengan CEO yang satu ini, tetapi cerita tentangnya telah menular di kalangan semua pekerja bawahannya.Menurut mereka, terdapat dua orang CEO yang mewakili kedua-dua buah negara.Malaysia dan Korea. Kedua-duanya mewarisi syarikat daripada keluarga masing-masing.
Bos Malaysia dikatakan seorang yang baik hati, bertimbang rasa dan peramah.Pendek kata semua yang baik-baik ada pada bos yang seorang ini.Berlainan pula dengan Bos Korea.Dia dikatakan mempunyai sifat yang berlawanan dengan sekutunya.Ketegasan dan kedinginannya benar-benar menggerunkan sesiapa sahaja. Jangan kata hendak bertegur sapa dengan orang-orang disekeliling ,nak senyum pun susah!Opss..
"Let's go, Ara...you can do it!" diriku berkata-kata sendiri.
Setelah itu, aku terus menarik nafas dalam- dalam.Lantas fail setinggi bukit itu ku ambil satu-persatu.Ah! Terlalu cepat rasanya masa berlalu.
"Ara.. Ara...dah pukul 7 ni..siap dak lagi",Hanis Hyda sedikit cemas.
"Ya,sikit lagi ni.."
"Ok,sudah siap bawa terus ke bilik Bos Korea, ya..Aku kena balik dulu.Pengasuh anak aku dah call sebab lambat..",Hanis sudah sedia untuk beredar.
Aku sekadar mengangguk faham.
"Sebelum jumpa bos baca doa banyak-banyak, tau..mana tahu kan..Hope kau dipermudahkan urusan hendaknya..", sempat gadis itu berpesan dengan diiringi tawa yang memanjang.
Lima minit selepas itu...
"Ara,cepat!Bos dah panggil tu..!"Kak Melati menjerit kuat.
"ok..ok.."Cepat-cepat aku mengutip fail yang berselerakan di atas meja.Disusun elok-elok lalu terus ke bilik milik CEO Korea.
Pintu kayu berwarna coklat itu ku ketuk tiga kali.Diam.Tiada sahutan.Perlukah aku menunggu?Emm..Ok.Lama juga aku menunggu. So aku putuskan untuk terus mencuba buat kali yang kedua.Juga tiga kali ketukan.Masih lagi diam tiada sahutan.Alamak!Nak buat apa ni? Haruskah aku menunggu atau terus redah masuk je.Ok! last..last..Kalau tiada respon juga dari dalam, jangan salahkan aku sekiranya pintu ni terbelah dua..Opss..
"Masuk!", baharu dua kali ketukan dia sudah menyahut. Aku tersenyum sumbing.Oh!Pandai berbahasa Melayu oppa Korea kita rupanya.Terus sahaja aku melangkah masuk.Sempat aku mengerling sekilas ke arah mejanya.Terdapat plug kaca berukir MR CEO IRHAN HADI.Eh!Melayu ke Korea?
"Err...ni fail meeting client yang bos nak tu.."
Diam.Tiada respon dari Mr Bos yang seorang ini.Dia masih menaip sesuatu di komputernya. Wajahnya sedikit terlindung di sebalik komputer yang agak besar itu.
Aku sedikit mengeluh.Hajat dihati teringin juga untuk melihat sendiri wajah ala-ala K-pop milik Mr Bos.Apakah wajahnya juga setampan idola kesukaanku Taehyung Bts?Atau adakah dia memiliki aura macho man seperti Taecheon 2pm?Tidak pun setinggi Rawoon Sf9?Ah! Sempat lagi otakku berfikir yang bukan-bukan.
"Err..kalau macam tu, saya tinggalkan fail ni di sini..ya, Mr Bos..", kataku sambil meletakkan fail itu di atas meja.
Nampak seperti dia mengangguk lalu menisyaratkan agar aku segera meninggalkan bilik tersebut.
"err.. kamsahamnida.." sempat pula aku berterima kasih dalam bahasa Korea sambil menunduk hormat.Nak tergelak pun ada..Namun begitu,tak sia-sia aku menonton Kdrama saban hari.Well done Ara!
Tanpa menunggu jawapan, terus sahaja aku keluar dari bilik tersebut.Lantas meja yang tadinya berselerak kini ku kemaskan.Setelah berpuas hati dengan keadaan tersebut,terus kucapai beg sandang kesayangan.Sempat ku perhatikan sekeliling.Tinggal aku sendiri di ruangan yang besar ini.Lalu suis lampu utama dimatikan.Kini hanya lampu kecemasan yang menyala dalam keadaan yang samar-samar.
Dan baharu sahaja aku mula melangkah, tiba-tiba...
Share this novel