Entah mengapa ku rasakan seperti lif bergerak agak perlahan.Suasana tiba-tiba sahaja menjadi sepi.Masing-masing membatukan diri. Mungkinkah kerana ada rahsia antara mereka?
Aku yang berada di tengah-tengah menjadi serba-salah.Akukah penyebab mereka berkeadaan sedemikian? Mereka bukannya berkawan tetapi bukan juga bermusuh.Mereka adalah bos bersama yang bergerak seiringan. Hanya kerana aku mereka seperti tidak saling mengenali.
Ku perhatikan wajah Ammar Mirza.Sifat cerianya bertukar pendiam dalam sekelip mata.Nampak sangat dia kurang menyenangi lelaki yang seorang lagi.Apa-apapun, sifat ceria itulah yang membuatkan hatiku tertarik dan selesa untuk berdampingan dengannya.
Tetapi untuk berdampingan dengannya melebihi seorang kawan, mungkin tidak..Aku akui.Dia seorang yang menarik.Malah dia mempunyai pakej lengkap yang diidam-idamkan para gadis. Cara dia melayan ku turut membuatkan ku tersentuh.Namun hanya setakat itu.
Sehingga kini, masih tiada tanda-tanda getaran jiwa apabila bersama dengannya.Ah! Tentu sahaja ianya sedikit berbeza sekiranya itu adalah Irhan Hadi.Lelaki yang seorang itu memang pandai membuatkan hatiku berdebar-debar.
Bercakap mengenai Irhan Hadi, dia kelihatan agak lain hari ini.Wajahnya seperti menyimpan perasaan amarah yang maha dahsyat. Renungannya begitu menakutkan.Terasa seram sejuk jadinya.Adakah dia cemburu?Opss...
"Cantik Ara hari ni..",puji Ammar Mirza memecahkan kebuntuan.
Aku hanya tersenyum malu.Tidak tahu samada harus mengucapkan terima kasih atau tidak.Yang aku tahu,aku hanya berpakaian biasa seperti hari-hari lain juga.Tiada apa yang istimewa.
"Of course! She is my wife..", tiba-tiba Irhan Hadi menyampuk.
Tidak cukup dengan itu ditariknya aku supaya lebih rapat kepadanya.Terkebil-kebil aku dibuatnya.
"Are you sure..?",kali ini Ammar Mirza pula bertindak.Ditariknya aku kembali.Dan begitulah seterusnya.Aku ditarik mereka silih-berganti.
Irhan Hadi ku lihat mula mengetap bibir.Begitu juga dengan Ammar Mirza.Mereka kemudiannya saling merenung antara satu sama lain ibaratkan dua ekor singa berebutkan kawasan. Masing- masing tidak mahu kalah.Tak pasal-pasal aku pula yang menjadi mangsa.Nasib tak lunyai dibuatnya.
"Okey,okey...stop!!",aku sudah tidak tahan. Kejadian ini mengingatkan aku kepada peristiwa di hadapan restoran beberapa bulan yang lepas. Ni flashback ke apa ni.. Tetapi sumpah malu wei..time tu..
So, nak tak nak..mereka harus diberhentikan.
"Mr..Mr..bos ni dah kenapa?Macam budak- budak!!",suaraku sedikit meninggi.Macam marah, tetapi di dalam hati hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa kecutnya perutku.Itu Bos Korea dan Bos Malaysia, kot...
Namun begitu, mereka kelihatan agak terperanjat.Hampir terlopong mulut kedua- duanya.Apa?Ingat Ara Alana tidak tahu marah ke?Silap haribulan ada juga yang merasa penampar free baharu tahu.
Tanpa berkata apa-apa, mereka mula melepaskan pegangan.Pucat lesi keduanya.Tahu pun takut.. Sengaja aku menjauhkan diri daripada kedua- duanya.Biar mereka rasakan!
Aku kemudiannya berdiri menghadap pintu lif. Betul-betul membelakangkan mereka.Pura-pura tidak mahu ambil tahu.Dan tanpa aku duga, kedua-duanya saling memaut lenganku di sebelah kiri dan kanan.
Kali ini aku pula yang terperanjat.Dan ianya menjadi terperanjat kuasa dua apabila pintu lif secara tiba-tiba terbuka.Malahan ia terus meningkat menjadi gandaan tiga bila aku terpandang Hanis Hyda dan seorang gadis cantik betul-betul di hadapan lif.Alamak!
Share this novel