Fikiranku menerawang jauh.Hatiku pula mula berbisik yang tidak-tidak.Segala macam perasaan kini bercampur menjadi satu.Ah! Adakah aku cemburu?
Tentu sahaja aku cemburu.Dia seorang gadis yang cantik.Tubuhnya tinggi lampai persis seorang model.Penampilannya nampak anggun dan elegan.Berbeza sekali denganku.Ternyata dia mempunyai aura yang tersendiri.
Namun, siapakah dia? Tetapi yang pastinya, gadis itu amat mengenali Irhan Hadi.Sikapnya sebentar tadi jelas menerangkan segalanya. Adakah Irhan Hadi turut mengenalinya?Apakah ada hubungan istimewa antara mereka?Aduh!Hatiku terasa pedih memikirkannya..
"Ara...", Ammar Mirza mengetuk meja untuk memanggil ku.Segera lamunan ku terhenti di situ.Nampaknya lelaki itu menyedari tentang fikiran ku yang melayang entah ke mana.
"Err..sorry..", serba-salah aku jadinya.Hampir dua puluh minit kami bertapa di restoran makanan laut ini tetapi dalam tempoh itu, aku lebih bersikap menyendiri dan melayan perasaan.
"Are you okey, Ara..?, tanya Ammar Mirza penuh perhatian.Dia tahu Ara Alana kini berada di dalam dunianya sendiri.Makanan yang terhidang langsung tidak terusik.
Aku mengangguk.Kemudian menggeling.Selepas itu mengangguk kembali.Eh!Are you crazy, Ara Alana.. Sebetulnya aku betul-betul tak okey time tu..
"Err... agak-agak.. siapa ya gadis cantik tu..?"
"Yang mana?",Ammar Mirza pura-pura memerhati sekeliling.Kononnya mencari gadis tersebut. Dalam hati dia tahu, siapa sebenarnya yang Ara Alana maksudkan.Sengaja dia ingin mengusik gadis itu.
"Ish!!Mr Ammar nii...yang itulah..",aku sudah memuncungkan bibir.
"Yang mana satu? Rasanya hanya ada seorang gadis yang cantik di sini...",dia tersenyum menawan sambil terus memerhatikan ku.Dan aku juga tahu, siapa yang dia maksudkan.Please Mr Ammar..I'm not being sued at all.
"Ala...yang cantik manis...yang kat depan pintu lif..yang mencari Mr Irhan Hadi itulah..."
Ammar Mirza tergelak besar.Comel betul gadis yang seorang ini, fikirnya.
"Oo.. yang itu..That's my little sister.."
"Jadi, yang itu adik Mr Ammar... patutlah muka lebih kurang..",aku bersuara seolah-olah berbisik.
"Sorry..?", nampak sangat Ammar Mirza kurang dengar.
"Err..tak.. mereka nampak rapat.Nampak sepadan.Macam pinang dibelah dua.Agaknya apalah hubungan dia dengan Mr Irhan, ya..."
Ammar Mirza menarik nafas panjang.Kemudian menghembus nafas dengan malas.Tujuannya membawa gadis itu makan di luar adalah untuk menyelesaikan persoalan yang membelenggu dirinya.Dia ingin menagih jawapan daripada Ara Alana.
Tetapi Ara Alana, dari tadi lagi asyik menyebut nama Irhan Hadi. Bercerita tentangnya.Bercakap mengenainya. Malah setiap ruang masa Ara Alana terselit Irhan Hadi di dalamnya.
Ammar Mirza cemburu.Sangat-sangat cemburu. Bertuahnya Mr Irhan Hadi.Nampaknya Ara Alana sudah mula menyukai lelaki itu.Dia juga nampak peluangnya untuk memiliki Ara Alana sudah semakin menipis.
Dan sekiranya dia bertegas juga untuk menagih jawapan daripada Ara Alana, sudah pasti keputusan tidak akan berpihak kepadanya.Jadi Ammar Mirza bertekad untuk menyokong kedua-duanya.
Namun, itu bukanlah bermaksud dia menyerah kalah.Dia sebetulnya sudah kalah sebelum bermula lagi.Ara Alana bukan ditakdirkan untuknya.Dan andai ditakdirkan gadis itu bersatu dengan Mr Irhan Hadi, dia tumpang bahagia.
Tetapi Ameera Hanna? Bagaimana dengan adik kesayangannya?Dia juga ingin bahagia...
Share this novel