Lelaki separuh abad itu menyambutnya dengan mesra.Begitu juga dengan dua orang lelaki lagi.Seorang dianggarkan berusia dalam lingkungan belasan tahun dan seorang lagi mungkin sebaya dengannya.Wajah kedua-duanya ala-ala Ara Alana sikit.Ah!Mungkinkah mereka adik-beradik?
Walaupun begitu, masih jelas menampakkan mereka sekeluarga sedang berdukacita.Tetapi itulah dia.Itulah dia wajah keluarga kesayangan Ara Alana.Ternyata mereka orang yang peramah dan baik hati.Alangkah bertuahnya jika Ammar Mirza sendiri berjaya menempatkan diri di dalam keluarga terhormat itu.
"Ooo..kawan tempat kerja Ara, ya..Sila..sila.. susah-susah je datang dari jauh...",Encik Adam sudah mempersilakan dua orang tetamu itu duduk di ruang tamu.
"Terima kasih,pakcik.Maaf juga kerana mengganggu pakcik sekeluarga,"Fariz Adha berbasa-basi.
"Ish! Mengganggu apanya.. terima kasih sebab sudi datang..",ada getar di penghujung ayat lelaki itu.
"Salam takziah daripada kami, pakcik.Ini ada sedikit sumbangan.Ikhlas dari pihak kami..", Ammar Mirza menghulurkan sekeping cek yang diletakkan di dalam sampul surat kepada lelaki itu.
Pada mulanya lelaki itu menolaknya.Tetapi akhirnya akur jua apabila Ammar Mirza tetap menggesanya agar menerima sumbangan tersebut.
Teringat Ammar Mirza tentang peristiwa siang tadi.Baharu sahaja dia dan Fariz Adha memutuskan untuk memandu ke rumah Ara Alana nun jauh di utara, Hanis Hyda menyampaikan khabar duka tentang kematian ibu gadis tersebut.Tidak dapat Ammar Mirza membayangkan betapa sedihnya keadaan Ara Alana saat itu.
"Malam ni, tidur je di sini..Nak balik lewat sangat dah rasanya ni..", pelawa Encik Adam sambil mengerling anak bongsunya yang datang menghidangkan minuman.
"Ish..Tak usah susah-susah,Pakcik.Kami boleh je tidur kat hotel..",Fariz Adha menolak mentah-mentah.
Ammar Mirza yang berada di sebelahnya sempat menyiku lengannya berkali-kali.
Pada mulanya Fariz Adha tidak dapat mengagak apa yang sedang bermain di fikiran sahabat baiknya itu.Lama-kelamaan baharulah dia mengerti tentang situasi sebenar.Ammar Mirza memang berhajat untuk bermalam di rumah itu.
Dalam perjalanan panjang mereka siang tadi, Ammar Mirza telah meluahkan isi hatinya kepada Faiz Adha.Tentang perasaannya terhadap Ara Alana.Tentang rahsia perkahwinan Ara Alana. Malah apa sahaja yang berkaitan dengan gadis itu, habis diceritakannya.Ah! Patutlah selama ini Fariz Adha tertanya-tanya.Seperti ada yang tidak kena dengan sahabatnya yang seorang itu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mi maggie.
"Tapi kalau pakcik dah kata camtu, kami ikut aje..", lega Ammar Mirza mendengar tambahan kata-kata daripada Fariz Adha.
"Bagus... baguslah kalau macam tu.Nanti pakcik minta Ara kemaskan bilik,ya.."
Mereka berdua sekadar mengangguk tanda faham.
"Dah,dah...jemput minum..",pelawa Encik Adam lagi.
"Ara mana, pakcik..?Dia okey ke?"
"Ada dalam bilik.Dia okey je.Sekejap lagi dia keluar la tu..".
"Ha..tu pun diaa.."
Serentak dengan itu Ammar dan Fariz cepat- cepat memandang ke satu arah.Kelihatan Ara Alana sedang melangkah longlai menghampiri mereka.Hati Ammar Mirza seperti berbunga- bunga.Di belakang Ara Alana, seseorang sedang membuntutinya.Terasa seperti familiar sahaja wajah itu.Bukankah dia..??
"Yang belakang tu, suami dia.. Irhan Hadi!" Tersembur kopi yang diminum Ammar Mirza. Tersedak-sedak dia.Betulkah apa yang baharu didengarinya?
Ara Alana kelihatan terpinga-pinga.Begitu juga dengan lelaki yang dianggap musuh tidak rasmi itu.Fariz Adha pula sudah terlopong mulutnya. Dan apa yang dirasakan Ammar Mirza kini seperti belati tajam yang menoreh-noreh jantungnya.
Terasa sakit dan pedih tetapi tiada siapa yang tahu...
Share this novel