Sampai sahaja di pejabat pagi itu, Irhan Hadi terpandang selonggok fail di atas mejanya.Nasib baik!Dia sememangnya memerlukan fail-fail itu dengan segera.Minggu depan,dia akan pulang ke Korea untuk menguruskan hal tersebut. Nampaknya, gadis itu telah mengotakan janjinya.
Kemudian,diambilnya salah satu fail itu. Tangannya mula membelek satu-persatu dan dia akhirnya mengeluh perlahan.Terlalu banyak kesalahan ejaan dalam report yang diberikan. Sesungguhnya Irhan Hadi memang pantang sekiranya terdapat kesalahan yang bersifat basic seperti itu.Menurutnya setiap kerja harus dilakukan dengan sempurna.Tidak pasal-pasal darahnya mula menyirap ke muka.
Apatah lagi apabila pintu biliknya terkuak tiba-tiba.
"Err..boss..", wajah yang amat dikenali itu muncul di balik pintu.
Irhan Hadi mengerling si empunya diri dengan pandangan yang penuh makna.Terasa ingin menelan setiausaha peribadinya itu hidup-hidup. Melihat keadaan yang agak mengerikan itu,Fariz Adha meneguk liurnya.Alamak!Salah timing rupanya..
"Err.. sorry bos..Ni saya bawakan kopi ais untuk bos.Favourite bos nii...boleh pula menyejukkan hati..",Fariz Adha tersengih sambil terus menyuakan cup besar tersebut kepada Irhan Hadi.
Dia hanya menjeling dengan ekor matanya yang tajam.Sekali lagi Fariz Adha meneguk liurnya.Kali ini ia disulami dengan taburan peluh dingin satu badan.Serammm..
"Err..ada apa-apa yang perlu saya buat ke bos..",akhirnya dia sendiri meletakkan cup tersebut di atas meja tanpa disambut tuannya. Risau pula Fariz Adha dengan bosnya yang seorang ini.Dia bukan tidak kenal dengan Mr Irhan Hadi.Bos campuran Melayu Korea yang penuh misteri.Dunianya hanya kerja.Bercakap tentang kerja.Makan pun sambil kerja.Pendek kata hidupnya tidak akan sempurna tanpa kerja!
Tidak pernah sekalipun Adha melihat bosnya itu berkawan dengan sesiapa.Apatah lagi seorang perempuan!Jika angin puting beliungnya datang..makin teruk jadinya.Jangankan kata perempuan,dia sendiri takut untuk mendekati lelaki yang seorang itu.Harapkan muka je hensem.. Silap-silap haribulan boleh sentap sehingga tujuh keturunan,you all...
"Who is she?!.."
"Err.. siapa bos...?"Fariz Adha mengerutkan keningnya.Di pandangnya ke kiri dan ke kanan. Siapa yang Mr Bos maksudkan? Hantu ke? Dalam bilik ini...?Eeiii..seram sejuk Fariz Adha dibuatnya.
"Who made this report ...I want him!!"
"Oo..Ara..Ara Alana..."
"Who is Ara Alana? Who ever she is..bring her!Now .. !!", Nama itu seperti pernah didengarinya. Fariz Adha pula terkebil-kebil.Terus sahaja dia berlari terkedek-kedek keluar mencari si empunya diri.Habislah gadis malang tu..
Sesudah berjumpa dengan apa yang dicarinya,gadis itu terus dibawa ke bilik Irhan Hadi.Ditinggalkan gadis manis bertocang satu itu terkulat-kulat sendiri.Hope dia tak apa-apa.Omel Fariz Adha sendiri.
"Err...Mr Bos cari saya..", aku bersuara sedikit gugup.
Lelaki yang ku panggil Mr Bos itu sedang
membelakangkan ku.Tangannya sedang memegang fail yang ku kira hasil kerja keras ku semalam.
"Yup! What have you done! You can't do even a small thing like this..!!"suara Irhan Hadi kuat. Tangannya sudah mencarik-carik lembaran kertas itu dengan kasar.
Meroyan ke apa mamat ni...Terasa seperti hati ku pula yang dicarik-carik.Aku meneguk liur. Alahai...habislah!
"Err..I'm sorry boss. What's wrong ... I can fix it",aku cuba perbetulkan keadaan.
"No...!!!", Irhan Hadi memusingkan tubuhnya lalu
melemparkan cebisan-cebisan kertas itu ke arahku.
Mr Ceo yang diberi nama Irhan Hadi itu tergamam.Aku lagilah tergamam.Rasanya inilah kali pertama kejadian seperti ini terjadi semenjak aku menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.Apa besar sangatkah kesalahan ku? Besar sangatkah kesilapan ku? Disebabkan itu maka, aku harus diperlakukan sedemikian rupa?Ah!Terasa seperti kerja keras ku tidak dihargai.Dan tanpa ku minta, bebola hangat sedang bergenang-genang di kelopak mata.
Irhan Hadi masih lagi tergamam.Wajah itu seperti dikenalinya.Bukankah wajah itu milik gadis di perhentian bas tempoh hari?Wajah yang sedikit sebanyak mencuit hati egonya...Wajah yang berjaya membuatkan dia tersenyum.. yang selalu dicarinya walau ke mana sekalipun dia pergi..Wajah yang...
Ah!Melihat wajah itu mula menahan tangis, hatinya mula menjerit sakit.Seribu penyesalan menyelubunginya saat itu.Apa yang kau dah lakukan ini Irhan Hadi..
Share this novel