Penerbangan ke Korea mengambil masa selama 7 ke 8 jam.Cukup lama bagi seorang Irhan Hadi.Dalam keadaan itu dia sempat memerhatikan keadaan sekeliling.Rata-rata penumpang dalam kelas bisnes ini sedang asyik melakukan aktiviti sendiri.Ada yang sedang membaca.Ada yang sedang menonton aplikasi.Malah ada juga yang sedang nyenyak tidur.
Dalam sibuk memerhati,tidak semena-mena matanya bertembung dengan pemilik si baju merah.Gadis itu menghadiahkan Irhan Hadi secebis senyuman.Irhan Hadi cepat-cepat mengalihkan pandangannya.Tidak kuasa dia hendak melayan.Dia bukan seperti lelaki lain yang mudah tergoda dengan keindahan dunia sebegitu.
Emm.. betulkah dia tidak mudah tergoda dengan keindahan sebegitu? Bagaimana pula dengan Ara Alana? Bukankah dia juga tertarik dengan senyuman gadis berlesung pipit itu?Ah!
Mengingati gadis itu sahaja sudah cukup membuatkan jantungnya berdegup kencang. Entah aura apa yang terdapat dalam diri si gadis sehingga dia berubah wajah. Hahaha.. Buktinya..tentulah cerita malam tadi.Tidak disangka-sangka seorang Irhan Hadi boleh bertindak sejauh itu.Sebetulnya,dia hanya ingin meluangkan masa dengan Ara Alana tetapi dalam masa yang sama pula,Irhan Hadi tidak mahu Ara Alana menyedarinya.
Namun begitu, siapa lelaki berkereta putih itu? Wajahnya kurang jelas pada pandangan Irhan Hadi.Susuk tubuhnya pula tinggi dan sasa.Irhan Hadi yang ketika itu memerhatikan Ara Alana dari jauh berteka teki. Melihat kemesraan mereka membuatkan Irhan Hadi tidak senang duduk.Pasti ada sesuatu yang istimewa antara keduanya.
Dia perlu menyiasat siapa lelaki berkereta putih itu.Ya!Dia perlu menyiasatnya.Dengan perasaan teruja, diambilnya handphone didalam poket seluar yang masih berstatus off.Hajat di hati,dia ingin bertanyakan hal itu kepada Fariz Adha.Mungkin Fariz Adha mengenali siapakah gerangan si empunya diri.Mungkin juga Fariz tahu tentang pertalian antara mereka.Mungkin..
Namun begitu, Irhan Hadi segera mematikan hasratnya apabila menyedari yang dirinya masih berada di dalam pesawat. Perlahan-lahan dia mengeluh sendiri.Diketuknya kepala berulang kali.Terasa sedikit pening. Mungkin kerana dia terlalu banyak berfikir perkara yang bukan-bukan.Lalu Irhan cuba memejamkan matanya.
"Are you okay?", suara itu membuatkan mata Irhan kembali membulat.Rupa-rupanya si pemilik baju merah yang bertanya.
"Yes, I'm ok..",Irhan cuba menutup matanya kembali.
"if you don't mind..I have this headache medicine..do you want it? ".
"No.I don't want", Irhan Hadi menutup matanya kembali.Sengaja dia mengiringkan badannya sedikit supaya tidak mengadap si baju merah.Malas dia nak layan.Biarlah si baju merah terkulat-kulat sendiri.Dia bukannya seorang yang baik hati mahupun peramah.Dengan gadis yang tidak dikenali pula tu.. Memang tidak le..
Share this novel